MOHAMAD TARMUDI menunjukkan salah sebuah
bangsal menternak babi di Kampung Tumbuk, Sepang semalam.
Kosmo
SEPANG - "Buat apa mengetuai sebuah kampung yang ada ladang ternakan babi, lebih baik saya letak jawatan kalau projek itu dilaksanakan."
Demikian tegas Ketua Kampung Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang benar-benar kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ternakan ladang babi moden di kampungnya sehingga sanggup meletakkan jawatan.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat luar memanggilnya sebagai ketua kampung yang bagaikan menyokong keputusan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri menentang sekeras-kerasnya projek itu.
"Saya tak nak nanti bila projek ini dah siap orang ramai gelar saya sebagai 'ketua kampung babi', lebih baik saya berundur (meletak jawatan) dulu," jelasnya. More...
No2umnO - Kecewanya seorang ketua kampung ni. Kesian juga. Dia berjuang untuk orang kampung sampai tak sedar selama ini memang dia dah jadi Ketua Kampung babi..... Macam macam jenis meraban dah ketua kampung sekarang. Maklumlah projek tanam keladi tak jatuh ke tangannya. Makkkk aiii... kaya tu beb kalau dapat projek supply keladi ke kandang babi. Satu kandang moden bela 250,000 ekor. Berapa banyak keladi sehari....
3 comments:
"satu babi, 1 sen keladi, 250,000 babi, RM250,000.00. Itu satu hari. Kaya aku, Belalang. EEE uuuuuu"
kesian kat kau mat tamudi,diperkudakan BN sanggup ugut letak jawatan, kau kerja utk bn atau utk kampung kau atau utk tekak kau sendiri? engkau jawablah sendiri. orang skrg bukannya bodo...kontot
Elok tu, letak jawatan,satu keputusan yg amat baik,dan kembali kepangkal jalan,Bertaubat memohon keampunan dari Allah.s.w.t sementara masa masih ada.
Ajak ahli Kriah(org kampung)bersama mengimarahkan Masjid,surau,atau apa apa yg berkaitan Agama.
(Membangun Bersama Islam)
Post a Comment