KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

Jika ketuanan Melayu hilang...!

penyokongKJ

Jika ketuanan Melayu hilang dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Jika Melayu berpecah dinegara ini...Siapa Pembunuhnya?
Jika Melayu lenyap dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Jika Umno dan PAS mati dinegara ini....Siapa Pembunuhnya?
Saya merujuk kepada ucapan oleh Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Faris Petra semalam. Baginda khuatir ketuanan Melayu akan hilang dinegara ini jika ia tidak ditangani dengan segera.

Walaupun hak orang-orang Melayu itu terjamin seperti termaktub didalam perlembagaan negara tetapi siapakah yang bertanggongjawab merosakan dan memusnahkannya?
a. Apa dah jadi dengan nilai-nilai 'Agama Islam' dinegara ini....Siapa penyebabnya?
b. Apa dah jadi dengan 'Bahasa Melayu' dinegara ini...Siapakah yang membiarkan ia dirojak dan dipinggirkan?
c. Apa dah jadi dengan kuasa 'Raja Melayu' sekarang....Siapakah yang mencabut dan menderhaka kepada Raja-raja Melayu sekarang?
Sebenarnya rakyat telah memberi amanah kepada mereka untuk menguruskan tanah air ini dengan sebaiknya. Tetapi mereka menjadi pengkianat agama, bahasa dan bangsa. Malah lebih dari itu mereka berlagak mahu menderhaka pula kepada Raja-raja Melayu.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika ketuanan Melayu itu hilang. Ini kerana rakyat telah pun memberi kepercayaan dan amanah kepada mereka untuk tempoh melebehi 5o tahun.

Akhirnya Melayu juga yang akan melenyapkan Melayu. Melayu juga yang akan melenyapkan ketuanan Melayu. Melayu juga yang akan menjadikan Melayu menjadi seperti kaum pendatang dibumi sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

umno pandai sebut pasal perpaduan ngan bela bangsa.....

tapi cakap je....

padahal.....siapa yg tak tau....dia yg perosak dan pemusnah nye.....

menyorok pulak dia.

Anonymous said...

Masa Anwar seorang yang berdarah melayu dihina dengan segala macam hinaan mana badan bertindak melayu ini sekarang mana ada orang melayu tak bersatu kerana bersatulah maka PAKATAN RAAYAT MENANG/

Posting terkini

Blog Archive