Melalui artikel Harakahdaily ..... adalah seperti berikut,
Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat
harakahdaily
Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.
Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. more...
Rujukan artikel yang dimaksudkan oleh Harakahdaily adalah artikel dari Laman Web Dato' Asri sendiri, bertajuk: Jika Pemerintah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha..
Mari kita lihat siapa yang disindir oleh Ustaz Asri?
Antara dari kenyataan yang dbuat adalah,
"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat,"(Keratan atas) Ia boleh dikaitkan dengan isu babi di Selangor dan isu Radio Selangor FM yang mendiskriminasikan Kerajaan baru Selangor. Menteri yang perlu pasang telinga tentang kenyataan ini adalah Shabery Cheek aka klon Zam.
"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat."(Keratan atas) Kenyataan ini boleh dikaitkan dengan seluruh pemimpin UMNO dan BN yang tidak mahu menyalahkan diri apatah lagi memohon maaf dari rakyat. Terutamanya Dollah Badawi yang sehingga sekarang tidak langsung menyesal apa yang telah beliau lakukan. Baik kepada rakyat atau pun kepada Raja melayu.
"Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan"(Keratan atas) Merujuk kepada kebanyakan pemimpin yang menunjuk nunjuk mewahnya kepada rakyat. Hendak di pilih siapa sukar kerana ia membabitkan ramai pemimpin Melayu UMNO. Hampir semua.
"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar,"(Keratan atas) Kenyataan ini terang terang ditujukan kepada Rosmah isteri najib yang menjadi Bollywood mengalahkan bollywood. Cium pipi dan bermesra di pentas disaksikan ramai orang.
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.(Keratan atas) Ini ditujukan kepada Pemimpin Junjungan UMNO dan BN, Saudara Dollah Badawi. Kalau dia tak terasa jugak, maka memang beliau ditahap yang amat nazak.
Cuma dimasa hadapan, rakyat berharap agar Dato Asri bersikap lebih terus terang kerana ramai pemimpin yang tidak tahu bahawa dirinya bersalah dan kebal dengan semua perkara yang dilakukan. Lebih mudah kalau rakyat sendiri pun tahu siapa pemimpin yang dimaksudkan agar rakyat dapat membezakan perbuatan yang benar dan salah kerana ramai lagi yang masih taksub dengan kepimpinan mereka mereka ini. Nak dikatakan tidak bijak, mereka mereka ini berkelulusan tinggi, tapi kekadang tertutup mata dan hati kerana mungkin harapan atau imbuhan yang diperolehi masing masing. Yang tiada peruntukan tu mungkin terikut ikut ataupun bebal di dalam mengenali antara kaca dan permata. Maklumlah, kaca kekadang pun cuba menjadi permata.
Untuk membaca sendiri artikel yang ditulis oleh Mufti Perlis ini, klik laman blog beliau , drmaza.com
0 comments:
Post a Comment