KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

BILA PR NAK BERHIMPUN, UMNO PUN KECOH

PKR Tidak Pohon Permit Untuk Perhimpunan black 14 - Ketua Polis KL
AdvertisementBernama - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memohon permit untuk perhimpunan "Black 14" di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam esok tetapi hanya menghantar surat pemberitahuan kepada polis mengenai majlis makan malam pemimpin PKR bersama rakyat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pihaknya menerima surat mengenai majlis makan malam itu bertarikh 8 April lalu yang ditandatangani Yahya Shahri, iaitu Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Surat itu menyatakan hasrat PKR untuk mengadakan jamuan makan malam bersama wakil rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada pukul 8 malam esok dan akan dihadiri oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program gotong-royong anak yatim Darul Falah di sini, Ahad.

Muhammad Sabtu berkata walaupun majlis makan malam itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

"Sekiranya mereka hanya menggunakan dewan itu dan tidak mengganggu kawasan sekeliling serta tidak menarik perhatian umum (dengan menggunakan pembesar suara), kami tidak akan menghalang tapi jika sebaliknya kami akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.
No2umnO - Kalau Melayu UMNO buat perhimpunan, tak dengar persoalan tentang permit. Polis tak kecoh, PR pula tak ambil tahu. Kita maklum tentang demokrasi. Rupanya ada orang hilang akal bila PR nak buat perhimpunan.... Kalau tak dengki, bukan UMNO dan kalau tak khianat, bukan lah BN.



Siapa yang nak pertikaikan perhimpunan begini sedangkan mereka mengganggu lalu lintas dan menggunakan pembesar suara ketika berhimpun. Wak dah muak dengan perangai UMNO. Rakyat pun dan meluat dengan dengki khianat bangsa Melayu seperti ini. Nasihat wak kepada pemimpin PKR termasuk Anwar Ibrahim. Kalau nak berhimpunan, datang ke Selangor. Kalau diorang kecoh, penyokong sini ramai. Kerajaan pun milik kita. Stadium Melawati tu masih kosong untuk digunakan. Letih dengan karenah polis dan pemimpin UMNO yang tak habis habis buat onar. Masih tak sedar diri mereka dah kalah teruk.

Rujukan lain:
Perhimpunan Rakyat “countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat”
Perhimpunan rakyat 'Black 14' di Kg. Baru Isnin ini
Black 14 tak perlu permit: Kelab Sultan Sulaiman kawasan persendirian, MB S'gor presidennya

1 comments:

Putra IJ80 said...

Wak,kita pun sudah malas nak becerite tentang kerenah UMNO, smue yg di buat PR ada saja yg tak kena,ada saja halangan,dari soal Radio S'gor ,smpai ke Perhimpunan ini ,.Bosan betul,sakit hati dan marah pun ada.

Cepat cepat lah ambil aleh Kerajaan ni ,Azmin panggil saja lah yg mana na melompat tu ,biar kite yg memerentah bagi KEADILAN pada smue pihak.

Posting terkini

Blog Archive