KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

Ku Li Jangan Harapkan Mahathir

Msomelayu - SESETENGAH penyokong fanatik Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) bergitu optimis Dr Mahathir Mohamad akan memberi sokongan kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam persiapannya untuk mententang Abdullah Ahmad Badawi untuk merebut jawatan Presiden Umno hujung tahun nanti.

Mereka ini tampaknya melupai sejarah hitam antara mereka berdua, bahawa Dr Mahathir telah mengecewakan Ku Li tidak kurang daripada dua kali. Pertama Dr Mahathir mungkir janji untuk menyokong Ku Li sebagai timbalan perdana menteri.

Walaupun Dr Mahathir pernah berjanji untuk memberi laluan kepada Ku Li atas dasar membalas budi baik Ku Li yang memberi laluan kepada Dr Mahathir ketika Umno berhadapan mencari pengganti Hussein Onn kira-kira 26 tahun lalu namun janji itu dialpakan begitu sahaja.

Dr Mahathir sengaja mengalpakan janjinya itu. Sebabnya bukan apa kerana Dr Mahathir selamanya melihat Ku Li sebagai berfahaman feudal dan bangsawan. Dr Mahathir sangat anti kepada golongan bangsawan dan anak raja. Tindakannya meminda perlembagaan bagi mengurang umuniti Raja-Raja tahun 1986 mencerminkan sikap antinya itu.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive