SEBUAH van yang diletakkan di bahu jalan di tepi Sungai Muar di pekan Panchor, terperosok dalam tanah jerlus ketika kejadian tanah runtuh petang semalam. Sembilan kenderaan milik peniaga pasar malam yang diletakkan di tepi Sungai Muar mengalami nasib sama dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bharian
Apr 21, 2008
9 KENDERAAN TERPEROSOK DALAM TANAH JERLUS
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAS Terengganu sokong Menteri Besar minta Pusat kembalikan royalti.
(Foto:Tun Salleh bersamaExco Terengganu meneliti dokumen sebelum memfailkan saman pada 2001)
Buletinonline - Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta Wang Royalti Petroleum sebanyak lima peratus diserahkan kembali sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu walaupun agak terlewat, namun bertepatan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Dato’ Mad Said berkaitan perkara tersebut kelmarin.
Belia u berkata sejak royalti petroleum di tarik balik pada 5 September, 2000, PAS yang memerintah Terengganu ketika itu telah menjadikan usaha 'tuntutan wang royalti' sebagai agenda negeri.
Beliau berkata pada 12 September, 2000, Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah meluluskan usul tergempar, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan prinsip demokrasi dan sistem kerajaan berpersekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Pusat berikutan tindakannya membatalkan royalti minyak kepada negeri Trengganu. more...
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Makkal Sakthi meeting rocked Penang!
penangwatch
The enthusiatic 5000 crowd at Penang's Chinese Assembly HallThe enthusiatic 5000 crowd at Penang's Chinese Assembly Hall
Panel speakers: Latiffa Koya, Lim Guan Eng, P Ramasamy (not on stage yet) ...tohether with relatives of Hindraf 5 detaineesPanel speakers: Latiffa Koya, Lim Guan Eng, P Ramasamy (not on stage yet) ...tohether with relatives of Hindraf 5 detainees. More interesting pics .....
Labels: Makkal Sakthi
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Bincang blog: Berilah peluang kepada RTM
detikdaily - (...) MENGENAI rancangan Blog di TV1 semalam, rasanya tidak payahlah saya mengulas terlalu panjang. Saya sudah pun beri maklum balas kepada petugas RTM yang ramai hadir.
Saya yakin mereka faham. Malah saya yakin menteri, Ahmad Shabery Cheek, telah mendapat banyak maklum balas, faham dan akan bertindak.
Menang waktu terlalu singkat. Masa berbincang tak sampai 15 minit. Tetapi anggaplah ia sebagai proses pembelajaran -- buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Selain ulasan berharga saudara dan saudari dalam blog ini, saya juga menerima SMS dan panggilan telefon mengenai program itu. Terima kasih.
Kalau banyak yang menonton dan kecewa itu menunjukkan “promo” RTM berjaya tetapi program sebenar gagal menetapi harapan penonton. Kesimpulannya RTM ada pengaruh tetapi tidak berjaya memenuhi harapan khalayaknya.
Namun kita berilah peluang kepada RTM. Saya rasa bukan mudah bagi mereka mengadakan program seperti ini. Saya lebih cenderung melihat yang positif.
Misalnya, pertama daripada pengundian telefon atas tajuk “mampukah blog menjadi media alternatif,” kalau tidak silap saya, 94 peratus responden menjawab “ya.” Hanya enam peratus menjawab “tidak”. More...
Labels: Belit media, Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khir Toyo dan isu pemberian tanah di Selangor
kudaranggi - (...) Sebelum kerajaannya tumbang, Khir Toyo termasuk diantara pemimpin Barisan Nasional (BN) yang agak tidak gemar dengan penulisan blog yang mereka sifatkan sebagai alat pembangkang dan anti-kerajaan. Tetapi, sekarang Khir Toyo sendiri menulis blog dan menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat dan sebagai wadah perjuangan politiknya. Melalui blognya itu, Khir Toyo turut mendesak Pak Lah berundur selaku perdana menteri. Itu hak Khir Toyo dan kita mesti menghormatinya. Sekurang-kurangnya Khir Toyo sedar akan betapa penting dan bergunanya blog.
Saya ingin menyahut cabaran Khir Toyo untuk mempersoal 'ketelusan dan kebersihan daripada rasuah' pentadbirannya selaku Menteri Besar Selangor. Saya juga ingin tahu apa dah jadi dengan laporan yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) termasuk oleh mantan timbalan Menteri Besar Selangor Dr Zainal Abidin Ahmad yang kini Ahli Parlimen Hulu Selangor mewakili Pakatan Rakyat.
Saya ingin kembalikan ingatan Khir Toyo kepada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 29 April, 2003, dimana Khir Toyo berkata kerajaan negeri pimpinannya bercadang untuk mengurniakan tanah kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berusaha untuk memajukan Selangor.
Beliau berkata niat untuk mengurniakan tanah tersebut adalah bagi melaksanakan pembahagian tanah secara adil dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja.
Kerajaan Negeri Selangor, kata beliau, bukan hendak mengurniakan tanah kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri sahaja tetapi juga kepada kakitangan peringkat bawahan seperti kerani, budak pejabat dan pemandu.
Khir Toyo berkata demikian apabila menjawab pertanyaan ADUN Bandar Klang dari DAP, Teng Chang Khim mengenai tindakan kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah di Lot 557, Mukim Dengkil dan Kampung Labu Lanjut, Sepang kepada beberapa orang yang menurutnya mempunyai kepentingan. more...
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KETUANAN MELAYU YANG BERSYARAT
cikgunuri
Salam Perjuangan,
Isu ketuanan Melayu tiba-tiba muncul kembali iaitu setelah UMNO kehilangan banyak kerusi di Parlimen. Dulu pada tahun 1999 isu ketuanan Melayu juga ditimbulkan untuk menyelamatkan masa depan politik UMNO. Bagi saya isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan dalam dunia yang global dan glokal sekarang ini. Kalau nak dikira peratus penduduk Melayu dan dinisbahkan kepada kaum bukan melayu, saya kira telah mempunyai peratus yang hampir sama iaitu 50 % : 50 %. Disetengah-setengah tempat kedudukan orang melayu ada yang telah menurun peratusnya contoh di johor negeri yang merupakan tempat UMNO dilahirkan sendiri % orang melayu semakin kecil berbanding kaum bukan melayu. Di Pulau Pinang sendiri negeri tempat kelahiran Paklah pun mengalami nasib yang sama di mana orang melayu tidak sampaipun 50 %. Jesteru itu, berbincang soal ketuanan melayu semata-mata bagi saya seperti kita undur ke belakang. Saya bukannya anti melayu tetapi saya lebih suka kita berbincang isu ketuanan Islam. Bagi saya Islam lebih bersifat terbuka berbanding melayu.
Kalau kita menyorot seerah perjuangan Rasulullah SAW sendiri pun kita melihat baginda tidak membesarkan isu kaum tambah pula dalam keadaan masyarakat yang paling majmuk atas dunia. Islam mempunyai kekuatan tersendiri apabila dapat menyatukan semua kaum di atas nama Islam. Semua orang dari semua kaum akan mendapat penghargaan di atas dasar siapa yang paling kuat Islamnya. Golongan kaya atau miskin, bangsawan atau rakyat biasa semuanya berpeluang untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah melalui kemampuan dan cara masing-masing. Di sinilah letaknya keadilan Islam yang di bawa oleh Baginda SAW.
Penolakan PAS terhadap ajakan UMNO untuk membincangkan isu ketuanan melayu yang dianggap membuang masa adalah satu tindakan yang kena pada masanya. Kita sendiri boleh melihat dengan jelas cara UMNO mempolitikkan isu ketuanan Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Ketika UMNO berada di puncak kuasa dengan majoriti lebih 2/3 UMNO masih menafikan kuasa rakyat memilih kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dengan mengenepikan hak-hak sebuah kerajaan. Ketika ini pun dalam keadaan UMNO sedang nazak sekalipun, UMNO telah menafikan kerajaan pakatan rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan cara membazirkan wang rakyat untuk membiayai penubuhan “kerajaan kedua” di setiap negeri PR. more...
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Save Bukit Gasing Family Day Videos
A Ramachandran - JAC for Bukit Gasing Member
Derek Fernandez - Legal Counsel for JAC for Bukit Gasing
Mr.Aloysious - Representative for YB Sivarasa Rasiah; MP Subang
Ashok Menon - JAC for Bukit Gasing Member/Chairman Maxwell Towers JMB
Our friends from Save Ampang Hills - Christa Hashim & Wei Yen
JAC Bukit Gasing would like to Thank the video production crew especially EY Khoo (Camera Operator) and Grace Kok(Editor). DVCam courtesy of Mark Fallander / Wildsnapper Sdn. Bhd.
Click for progress: Judicial Review – 9 am,Wed. 23rd April at the Jalan Duta High Court
Labels: Bukit Gasing
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hello.....what about Hishamuddin Yunus?
THE CORRIDORS OF POWER
(...) Actually, what was not revealed is that the dinner cum meeting of the Bar Council was organised by the government. It was the government that mooted the idea and asked for the dinner cum meeting to be held. In fact, what was further not revealed is that the government paid for the whole thing. The Bar Council did not have to come out with one Sen. The government underwrote the entire cost and threw in a datukship for the Bar Council Chairman as a bonus. Yes, that’s right, the government used the Bar Council for its little wayang. And the Bar Council allowed itself to be used, for a price.
Well, as they say, everyone can be bought, even some members of the Malaysian Bar Council.
But never mind. Malaysia Today is not against righting whatever wrongs done by the government, even those done as far back as 20 years ago. If they want they can also look at the wrongs done to Malaysians back in time before Merdeka, such as those Chinese rubber-tappers in Batang Kali who were massacred by the government security forces -- and many, many more. Let these people too be compensated for crimes worse than getting sacked from their cushy jobs. Lives were lost, and in a very unjust way on top of that, so if compensation is due then let compensation be made. What Malaysia Today is equally concerned about is the ongoing injustice -- injustice that is still being perpetuated and has not ended -- and we demand that these wrongs be put right as well.
Since we are riding this euphoria of righting the wrongs done to judges, let us look at another case that appears to have gone unnoticed and uncorrected. This is with regards to the injustice done to Hishamuddin Yunus. I know, some of you are going to ask, Hishamuddin who? For those ignorant of whom this most illustrious judge is, read the sections below this piece.
Hishamuddin Yunus, who could actually be the Chief Justice of Malaysia, or at the very minimum the President of the Court of Appeal, has been placed in cold storage. Many other judges below him, some who have the habit of not writing their written judgements -- resulting in many prisoners still languishing in jail -- have been promoted above his head. more...
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kembalikan semula hak rakyat Terengganu!
azzlie.blogspot
Maka sekali lagu lampu spotlight kami, di arah ke tempat negeri kelahiran kami - Terengganu. Keberanian MB terengganu yang baru Dato' Ahmad Said meminta wang royalti minyak dikembalikan kepada rakyat negeri Terengganu seperti yang dilaporkan oleh Bernama amat disokong.
Walaupun berbeza pandangan politik dan perjuangan, kami amat mengalu-alukan usaha MB baru ini. Sudah sampai masanya, duit yang digomol siang dan malam oleh orang-orang tertentu sahaja dipergunakan untuk kebaikan rakyat negeri Terengganu. Angkara wang royalti ini ditukar kepada wang 'ehsan' maka menangislah sekalian rakyat Terengganu. Keajaiban berlaku, di mana duit yang berjumlah berbillion-billion ini digunakan tanpa sebarang audit, akaun dan di bahagi-bahagi sesuka hati mereka kerana semata-mata namanya wang 'ehsan'.
Dan sudah tentu, jika diselusuri kembali kemana wang ehsan ini pergi maka kita akan bertemu seribu satu persimpangan jalan. Negeri Terengganu kembali menguasai tangga kedua peratus kemiskinan di Malaysia dan dalam masa yang sama ia digelar Kuwait Malaysia.
Harap-harapnya duit ini akan dipergunakan sebaiknya oleh MB baru ini jika ia berjaya dikembalikan. Semoga kadar kemiskinan ini diturunkan, dan rahmat wang royalti ini disalurkan ke seluruh rakyat marhaen tanpa mengira parti dan pegangan politik. Syabas diucapkan atas keberanian Dato Said menyuarakan hak rakyat. Maka itu lah politik cerdik namanya. Tidak kira siapa yang memerintah, maka rakyat akan menerima nikmatnya. Tidaklah rakyat Terengganu terus menderita kerana kami mendapati harga barangan di Terengganu hampir sama 'level' dengan harga barang di Kuala Lumpur. Dasyhatnya!!!
-ciklee-
Labels: EMAIL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS
Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!
bulanpenuh2012.blogspot
Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;
(1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.
(2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.
(3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.
Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan.
Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10orang sahaja yang selamat. Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu.
Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.
Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa perang Uhud untuk menghadapi situasi selepas PRU12 ini. Kemenangan yang tidak diduga mungkin sedang menyibukkan kita. Adakah kita telah lupa kepada mereka yang telah merintis perjuangan ini, kemudiannya gugur sebelum dapat melihat hasilnya?
Adakah kita sudah melupakan gerak kerja parti? Adakah kita telah meninggalkan markas parti terbiar dipenuhi sawang dan tahi cicak?
Adakah kita masih lagi menghadiri usrah, tazkirah dan ceramah? Adakah kita masih lagi Subuh berjemaah.
Untuk diri dan rakan2, sesungguhnya musuh sedang memerhatikan kita. Jika tersilap langkah kita mungkin akan membayar harga yang cukup mahal pada PRU13 nanti.
Jika memerlukan petunjuk dan nasihat, rujuklah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mereka maju memerintah, dalam masa yang sama gerak kerja parti dilipatgandakan. Parti utuh dan kerajaan kukuh. Insaflah diri!
anakbulan
Labels: EMAIL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pulau Pinang perlu utamakan orang bukan kereta
Siasah - (...) Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinanf (CAP) mencadangkan agar sistem LRT dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau atau menambahkan lagi perkhidmatan feri.
Dengan cara ini, ia boleh mengurangkan kesesakan di pulau itu yang sedang menjadi masalah besar penduduknya sekarang, kata Presiden CAP, S. M. Momamed Idris dalam suratnya kepada Siasah yang bertajuk utamakan orang ramai dari kereta.
"Sebuah lagi jambatan hanya akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas terhadap jalan raya di Pulau Pinang yang sudah sedia sesak dengan kereta," tulisnya.
Terdapat pilihan yang lebih baik daripada membina Jambatan Kedua. Salah satu daripadanya ialah mempertingkatkan perkhidmatan feri, kata beliau. more...
Untuk tujuan ini, lebih banyak feri diperlukan, dan lebih banyak pangkalan feri dibina di beberapa kawasan strategik di bahagian pulau dan Seberang Perai. Perkhidmatan bas yang mencukupi juga perlu diadakan untuk membawa penumpang dari pangkalan dan ke bahagian lain. more...
Jika hubungan ketiga diperlukan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai diperlukan, maka ia seharusnya dihubungkan dengan Transit Aliran Ringan (LRT), yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang berbanding kereta persendirian yang menyebabkan kesesakan. more...
Labels: DAP Penang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khir Toyo tidak wakili Umno S'gor
Malaysiakini - (...) Sebarang pandangan mana-mana pihak dari Selangor berhubung peralihan kuasa dalam parti dan kerajaan adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Selangor, kata pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Katanya, ini termasuklah gesaan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (kiri) yang meminta supaya peralihan kuasa perdana menteri dan presiden Umno dilakukan segera.
Dr Mohd Khir yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat gesaan tersebut dalam blognya - Cetusan Dr Mohd Khir - baru-baru ini.
Sehubungan itu, Muhd Taib berkata, prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum lalu, tidak sepatutnya dibeban dan dipersalahkan kepada Abdullah seorang sahaja.
"Sebagai ketua bahagian, ketua cawangan, malah bagi negeri yang kalah, pengerusi badan perhubungan negeri juga harus memikul dan mengambil tanggungjawab ini," kata Muhd Taib dalam blognya semalam. more...
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ACA to be made full-fledged commission by year-end
NST - The Anti-Corruption Agency (ACA) will be made a full-fledged commission to include a system of effective checks and balances and will be more independent in terms of its operations, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.
The prime minister said this was one of the four key reform initiatives that would be carried out by the government by year-end in the move to address the public concerns on corruption in the country.
Abdullah said the key element of the commission would be the establishment of an independent corruption prevention advisory board whose members would be appointed by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the prime minister.
“Board members will advise the commission on administrative and operational matters. The board will also be briefed on cases that involve public interest and consequently can enquire or recommend that certain measures be undertaken. more
Related news -
ACA director-general welcomes decision to turn body into full-fledged commission
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mat Taib join kelab blogger
klpos - Orang ramai boleh berkomunikasi secara terus dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana beliau kini mempunyai laman blognya sendiri.
Laman blognya ialah www.muhammadmuhdtaib.com.
Berucap menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang untuk warga kementerian itu di sini hari ini, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai cadangan, aduan, teguran dan kritikan boleh menyampaikannya menerusi laman blog itu.
related:
Blog War in Umno: Khir Toyo vs Mat Taib (Rocky Bru)
Muhammad joins the rank of bloggers
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib aka Mike Tyson Of UMNO
Muhammad Muhd. Taib buka blog sendiri dan BPR distruktur semula
Perang Siber: Tyson dengan Toyo
Muhammad joins the rank of bloggers
TS MUHAMMAD SEORANG BLOGGER
Meriahnya dunia blogger kini dengan kehadiran VIP
Etika Untuk Bloggers
Blog Muhammad Muhd Taib
Labels: Blogger, MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Suara Keadilan Diberi Permit Cetak, Kenapa Tidak Makkal Osai?
KeADILan - Menurut Ketua Penerangan Tian Chua, KeADILan mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri meluluskan akhbar milikan KeADILan ini serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hari ini kerana ia sejajar dengan tuntutan KeADILan dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki dan menerbitkan surat khabar sendiri.
“Maka, keputusan KDN ini akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan idea-idea reformasi KeADILan dengan lebih meluas dan berkesan” kata Tian
Walau bagaimanapun, tindakan KDN meluluskan permit Suara Keadilan dalam tempoh 50 hari selepas pilihanraya adalah sekelumit dari permasalahan yang jauh lebih besar, iaitu dasar kerajaan Barisan Nasional yang masih mengongkong kebebasan media dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
“Sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan demokrasi dalam negara, akta-akta di atas harus dimansuhkan dan langkah yang lebih menyeluruh wajar diambil agar ruang kebebasan media benar-benar terjamin, misalnya apa yang terjadi ke atas surat khabar Tamil Makkal Osai baru-baru ini tidak harus berlaku. more...
Berita lain
Jika mahu kebebasan akhbar...
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Batalkan sahaja Monsoon Cup
Harakahdaily - Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Dato' Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan. Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Rahin berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.
"Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.
Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat. more...
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TERBARU: Badan Pencegah Rasuah pula...
Agendodaily - Selepas mengumumkan cadangan pembaharuan dalam badan kehakiman...pagi Isnin Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu Badan Pencegah Rasuah akan distruktur semula dan kelak akan dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.Beliau mengumumkan demikian masa satu majlis di Kuala Lumpur.Ia bertujuan untuk menjadikan BPR sebuah agensi yang bebas serta meningkatkan keberkesananya.Antara yang akan diwujudkan ialah peruntukkan melindungi para pemberi maklumat.Jumlah kakitangan BPR juga akan ditambah.
Berita lain
ACA to be fully independent
BPR akan jadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia:PM
No2umnO - Bila semua berubah kepada telus dan bersih, ada pulak yang bimbang.....Takut dengan bayang bayang zaman silam. Banyak sangat buat dosa, boleh lepas. UMNO pasti akan berusaha untuk jatuhkan Pak lah sebelum semua sistem berubah. Kalau berubah, UMNO parah.......
Labels: BELIT BPR, Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Selangor FM akhirnya ke Angkasapuri
detikdaily - Jumaat, 18 April, 2008, Selangor FM ke udara di studio Wisma Radio@Angkasapuri, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Disahkan, bilik operasi Selangor FM di Tingkat 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, Shah Alam, dikosongkan mulai pagi ini, dan selesai Isnin, 21 April. Datuk Ahmad Shabery Cheek, peneraju kementerian penerangan pasca Datuk Zainuddin Maidin, pasti lega kerana antara arahan sulungnya lewat 'kuasa seorang menteri', dipatuhi staf "didikan" Shah Alam agar berpindah ke ruang baharu WR@Angkapuri, tepat waktunya.
"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat Selangor menerusi Radio Selangor FM", antara ungkapan autoritatif Ahmad Shabery ketika acara di Nilai, 12 April.
Yang kita maklum, tindakan Selangor FM segera dipindah ke Kuala Lumpur, ekoran surat YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, 3 April, yang "...memohon diwujudkan satu slot khas supaya YAB Dato' Menteri Besar dan YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat memberi penerangan mengenai program, polisi dan pembangunan kepada masyarakat negeri Selangor.."
Surat Tan Sri Khalid ringkas dan jelas. Tiada penjelasan atau justifikasi lanjut mengenai keperluan "ke udara" setiap hari ke? seminggu beberapa kali ke?, atau liputan khas ke udara semasa mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas) ke?
Sehubungan itu, kita tidak berhasrat memperkatakan andaian siapa untung siapa rugi. Yang pasti, Tan Sri Khalid sudah memohon slot berkenaan menerusi surat dan lisan.
Tan Sri Khalid kini "ketua" kerajaan negeri Selangor. Mungkin, kerajaan pusat menerusi Datuk Shabery "buat-buat" tidak mengenal beliau? more...
Labels: Belit media, Selangor FM
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LAPURAN UTUSAN YANG MENJADI KEMARAHAN ADNAN
Berita hari ini .....
Penjelasan MB Pahang
PADA Sabtu 19 April 2008, Utusan Malaysia telah menyiarkan komen Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengulas pelantikan Exco Pahang, Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. - Utusan Meloya
Kemarahan beliau merujuk kepada berita berikut .....
Jawatan Exco gugur - MBBerita berkaitan: Kabinet: Lantik Maznah, Tiada Lagi Exco Dari Wanita UMNO Di Pahang !!
Utusan Meloya
KUANTAN 18 April - Jawatan Datuk Maznah Mazlan sebagai Exco kerajaan negeri Pahang akan digugurkan sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, buat sementara waktu, jawatan tersebut tidak akan diisi sehingga beliau mengadakan perbincangan lanjut dengan Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang.
Menurutnya, walaupun perlu mengosongkan jawatan Exco tetapi Maznah akan terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah.
''Saya difahamkan Perlembagaan membenarkan Datuk Maznah menjadi ADUN dan juga Timbalan Menteri. Ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak,'' katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Maznah akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri pada 21 April ini.
Ditanya kemungkinan pengganti Maznah juga adalah wanita, Adnan katanya, perkara itu tidak semestinya berlaku dan sebagai Menteri Besar, beliau mempunyai hak mutlak untuk melantik sesiapa sahaja.
''Tentang kedudukan dalam Exco negeri atau Kabinet, tidak ada satu peraturan tetap bahawa parti sekian dapat sekian sebaliknya ia bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang," katanya.
Dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Maznah bermakna terdapat tiga kekosongan jawatan Exco negeri Pahang setakat ini.
Adnan ketika mengumumkan senarai Exco barunya selepas pilihan raya umum lalu hanya melantik lapan ADUN dengan portfolio masing-masing berbanding 10 ADUN pada penggal sebelumnya.
Maznah, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang sejak tahun 2004.
Mengulas lanjut, Adnan percaya Perdana Menteri mempunyai sebab tertentu mengapa beliau memilih Maznah untuk mengisi jawatan timbalan menteri.
''Saya berpendapat pelantikan ini tepat dan ia dapat memantapkan susunan pentadbiran di peringkat Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.
Menurut beliau, ramai yang melihat langkah Perdana Menteri itu sebagai satu pelantikan yang memberi penghormatan kepada wanita kerana Maznah ialah Exco Wanita UMNO.
''Ada juga yang melihat ini sebagai penghormatan kepada negeri Pahang kerana beliau berasal dari Pahang.
''Apa pun saya percaya Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan dan saya secara peribadi berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada ahli Exco saya,'' kata Adnan.
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Abdullah dijangka tewas, Khairy tidak diperlukan lagi
harakahdaily - Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.
Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.
'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.
Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.
Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.
Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.
Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap. more...
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Saya tidak memerlukan sebarang liputan lagi oleh Utusan selepas ini - Adnan Yaakob
Penjelasan MB Pahang
Utusanmeloya - PADA Sabtu 19 April 2008, Utusan Malaysia telah menyiarkan komen Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengulas pelantikan Exco Pahang, Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Terdapat dua isu dalam laporan Utusan Malaysia itu, menurut Adnan, tidak tepat seperti yang diperkatakannya pada sidang akhbar yang diadakan di Kuantan pada petang Jumaat lalu.
Berikut ialah kenyataan penuh penjelasan Menteri Besar Pahang berhubung laporan berkenaan.
1. Saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk berita dalam Utusan Malaysia 19 April 2008, hari Sabtu, muka surat tiga bertajuk Jawatan Exco Gugur - MB.
2. Tajuk berita dan isi berita dalam perenggan enam yang melaporkan "dan sebagai Menteri Besar, beliau (yakni Adnan) mempunyai hak mutlak melantik sesiapa sahaja" adalah salah, mengelirukan dan boleh melaga-lagakan Menteri Besar dengan Perdana Menteri dan di antara Menteri Besar dengan Sultan Pahang.
3. Berdasarkan kepada rakaman percakapan yang direkodkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan ramai pemberita lain, saya tidak pernah menggunakan perkataan 'hak mutlak saya' dan tidak pernah mengatakan 'Datuk Maznah Mazlan digugurkan sebagai Exco'.
4. Hak mutlak atau prerogatif diberikan kepada Perdana Menteri dalam pemilihan anggota kabinetnya dengan menyembah nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
5. Sultan Pahang mempunyai hak mutlak melantik Menteri Besar sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang.
6. Mengenai pengisian jawatan yang dikosongkan oleh Maznah saya menyatakan, "Itu kita tunggu saya menyembah nasihat, menyembah maklum, mengadakan perbincangan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang."
7. Saya ada menyatakan juga "kedudukan Maznah dengan sendirinya di Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dikosongkan." Saya tidak pernah menyatakan Maznah akan digugurkan sebagai Exco sebagaimana yang dilaporkan.
8. Berita yang telah tersiar menggambarkan saya sebagai Menteri Besar tidak memahami kuasa dan prerogatif yang ada pada Perdana Menteri dan kuasa dan prerogatif yang ada pada Sultan Pahang, sedangkan pada hakikatnya saya amat memahami.
9. Saya ucapkan terima kasih kerana menyiarkan kenyataan saya ini yang sepatutnya tidak perlu berlaku jika Utusan lebih berhati-hati, beretika dan profesional dalam laporannya.
10. Saya tidak memerlukan sebarang liputan lagi oleh Utusan selepas ini.
ADNAN YAAKOB
MENTERI BESAR PAHANG
Bertarikh: 19 April 2008
Sabtu, 11.29 malam
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BANTU CARI GADIS HILANG
Fotowarung
FARAH SYAFIQAH BT MOHD ROSLI, anak kepada sahabat sekerja saya.
Farah Syafiqah masih belum pulang sejak jumaat 18 April 2009 setelah ke KFC Jalan Kuchai Lama jam 1.00 tengah hari. Farah berumur 18 tahun, warna kulit cerah/putih, ketinggian 1.6m berambut panjang. Keluarga Farah merayu kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa Farah sila hubunginya segera atau pihak yang bertanggunjawab seberapa segera.
bapa : MOHD ROSLI HJ HUSSAIN
voice : 012 6514278
address : 4-3 QTRS ILPKL, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, Jalan Kuchai lama Kuala Lumpur.
Doakan Farah berada dalam keadaaan yang baik.
Labels: Hilang anak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Najib should not be PM - Mahathir
Star - Tun Dr Mahathir Mohamad said he had second thoughts about Datuk Seri Najib Tun Razak becoming Prime Minister as Najib had failed to speak up about the real reasons behind Barisan Nasional’s losses in the general election.
The former prime minister claimed that Najib was not “brave enough” to directly say anything that was not liked by his boss.“We see that he is a penakut (coward). He is always saying, ‘yes sir, yes sir, saya sokong, saya sokong (I support, I support).
He said, when the prime minister blamed Barisan’s losses on sabotage, Najib merely agreed to it.
Dr Mahathir cited another instance when Najib gave his full support for Malaysia to build a bridge to Singapore despite the republic’s disagreement. But Najib suddenly changed his mind when Abdullah decided against the project, he added.
“I believe he should rightly explain the real reasons for Barisan’s losses in the election,” he said when asked on the reason for his change of mind about Najib after giving a talk on “Malay, Malaysian and Malaysia: Challenges Ahead” at the University of Manchester on Saturday.
Dr Mahathir had earlier this month withdrawn his support for Najib to be prime minister but did not give his reason for doing so.
“I’m not so confident (about him taking over as prime minister). Even so, it all depends on Umno to appoint the person to be prime minister.
“Najib will have to face competition from others such as (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri Dr) Rais Yatim, you never know.”
He, however, said if Abdullah were to step down now, it would pave the way for a smooth transition as Najib would succeed him in accordance with Umno tradition.
Dr Mahathir also felt that Datuk Seri Anwar Ibrahim would not be the sole candidate for Prime Minister if Pakatan Rakyat were to win in the next general election.
He believed there were other candidates as well, saying PAS was eyeing the post while (DAP’s Lim) Guan Eng could be premier too.
“Anwar thinks he will be prime minister. It’s not that they loved him but it’s a marriage of convenience,” he added.
On the plan to set up a judicial appointments commission and the goodwill ex-gratia payments to six senior judges, Dr Mahathir claimed it was a political move to boost the government’s popularity.
He said there was no reason for the compensation because everything was done in accordance with the law.
“If they can show me the removal of (former Lord President) Tun Salleh Abas was against procedures prescribed by the law, please let me know,” he said.
Labels: Belit Najib, Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SURAU SEK8 S.ALAM DAH DIBUKA SEMULA
BN jatuh, Surau di buka semula. Bersemangat lah penduduk di seksyen 8, Shah Alam.
ikuti kenyataan di dalam forum Tranungkite.....tengahari tadi 20/04 telah dibuka dengan rasminya surau yg pAling meriah di shah alam sek8 setelah di rantai selama hampir setahun bermula bulan puasa tahun lepas..smoga surau tersebut terus dihidupkan dan kami sedang menunggu kemeriahan kuliah Magribnya yang sememangnya GRAND dan penceramah2 yang poweranges!! TAKBIRRR!!
Labels: Selangor Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY
isuhangat
IS IT DIAMOND !!!!!! NO
IS IT MONEY !!! NO
IS IT OIL !!!!!! NO
CAN YOU GUESS ?????
THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20 TH CENTURY
Please forward this to everyone who dont know about this fact - Most of us dont even know the actual situation.
Labels: ISRAEL LAKNAT
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perak govt to cancel ‘unfair’ decisions
Star - Decisions of the previous administration deemed to be “unfair and (which) had robbed others of their rights” will be cancelled, said Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
“We will cancel such decisions and give back the rights to the people,”
Assuring the people that the new DAP-PKR-PAS coalition government will rule by "universal values of justice, transparency and accountability," Nizar said his executive council (exco) meeting had uncovered certain decisions made by the previous Barisan Nasional government.
He alleged that some of these decisions were unfair and had robbed others of their rights.
“We will cancel such decisions and give back the rights to the people,” he said on Sunday at a thanksgiving lunch organised by Tambun Parti Keadilan Rakyat (PKR) division at Taman Meru here.
“We are doing this because it is our duty to do so. If we continue as before (like the previous administration), the people will only get angry and hate us,” he added.
He also pointed out that the support of the people was crucial and the new coalition government wanted to make changes based on those universal principles.
On April 17, it had been reported that the state government would stop the transfer of land titles to political parties if there had been any irregularities in the initial approval.
Nizar also stressed that the government would quickly clear and approve applications for projects that were deemed fair and to be commensurate with the rights of the people.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Babi berdemo.....opssss berdemo babi di MD Kuala Langat
Cubaan koyak poster oleh UMNO cara Samseng. POLIS JADI TERUS JATUH BODOH ... takut dengan orang UMNO.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tiga Adun Umno tolak tawaran
Bharian - Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang ditawar tempat sebagai ahli jawatankuasa pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, menolak pelawaan itu yang dianggap sebagai perangkap politik.
Mereka adalah Adun Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria; Adun Seberang Jaya, Datuk Ariff Shah Omar Shah dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad.
Mahmud adalah exco bayangan bagi portfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang; Muhamad Farid (Pembangunan Pelancongan, Kesenian dan Warisan) dan Arif Shah (Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar).
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata pihaknya sudah menjangka akan diberikan tawaran sedemikian oleh kerajaan negeri, tetapi sepakat menolaknya.
Beliau yang juga Adun Penaga, berkata Umno mahu memberi ruang 100 peratus kepada kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji kepada rakyat tanpa membabitkan Adun Umno. more...
dari blog
Well Done to Penang Governement....Invite different ideology ...
Labels: DAP Penang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Letter from Pak Lah after PRU 12?
From: Abdullah Ahmad Badawi
Dear fellow Malaysians,
Thank you for voting Barisan Nasional back into power. It is with great honour that I will serve you for another term. I want to share with you what I plan to do in the next four or five years to fulfil your aspirations for the country.
You used your votes to send me a message – a message that I didn’t hear earlier, but which I hear now, loud and clear. Yes, it was a wake up call for a rude awakening and me for all of us at BN. We must never take the Malaysian public for granted.
One of the loudest things I hear from you is ‘No more arrogant, inflammatory and racist rhetoric’. I admit several of my outspoken ministers and yes, even my own son-in-law, have said things that hurt the feelings of many segments of our society, especially the non-Malays. I should have rebuked them immediately but I didn’t.
I didn’t share their views, I’m sure you know that, but I was complacent in thinking such comments would eventually blow over. Little did I realize that many of you had actually taken them to heart. As a prime minister for all Malaysians, I should have been more sensitive. The next time any Umno leaders say things that are out of line, I guarantee you I will slap them down straight away. And if they don’t apologise for the hurt they cause, I will ask them to resign whatever posts they hold in the party or the government. That is how seriously I take the matter.
I was mistaken in thinking that Malaysians would be content and grateful just to have peace and security in this country. But after 50 years, Malaysia has grown up. We are becoming a developed nation. Peace and security is not enough. Economic development is not enough. The people want and deserve civil liberties. more...
Labels: Dollah Pening, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
"Ex-gratia kepada Tun Salleh Abas bersifat politik" Mahathir
klpos - (...) Bercakap pada satu majlis pertemuan dengan pelajar Malaysia di Manchester, England, beliau menolak tanggapan bahawa pemecatan hakim-hakim tersebut bercanggah dengan prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.
“Kenapa bayaran pampasan ini perlu dibuat kerana keputusan (memecat hakim) dibuat mengikut undang-undang. Jika mereka boleh buktikan ia bercanggah dengan undang-undang, tolong buktikan kepada saya…sehingga kini mereka tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan membayar ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat ekoran krisis kehakiman pada tahun 1988.
Selain bayaran ex-gratia itu, Abdullah turut mengumumkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi meneliti dan membuat cadangan perlantikan hakim.
Mengulas mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak boleh dilaksanakan hanya dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri. more...
Labels: Belit Mahathir, Tun Salleh Abas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Abdullah sendiri dijangka gagal peroleh 30 peratus pencalonan
Oleh Siasahdaily
petik: klpos
KL: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini menghadapi dilema besar dan besar kemungkinan beliau terpaksa meletakkan jawatan menjelang pemilihan Umno akan datang ini.
"Pak Lah kini hadapi dilema apabila beliau sendiri dikatakan bakal tidak akan cukup 30 peratus pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berdasarkan cakap-cakap yang beliau dengar dari para pemimpin Umno.
Oleh itu, katanya, cakap-cakap soal kouta pencalonan tidak relevan lagi dalam Umno sekarang.
Hari ini, 16 April, di perkarangan hotel Sheraton Subang, kain-kain rentang dinaikkan meminta Abdullah mengundurkan diri secara terhormat melalui peralihan kuasa dan tuntutan dibuat agar proses itu dipercepatkan.
Mereka menamakan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin Yasin sebagai pengganti Abdullah.
"Jika situasi ini berterusan, besar kemungkinan Pak Lah tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Presiden dan terpaksa berundur lebih awal," kata seorang wartawan yang membuat liputan pertemuan jawatankuasa Pengurusan Umno dengan pemimpin Umno Selangor itu.more...
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Durian runtuh pesawah Thailand
Kosmo - (...) Situasi itu menyebabkan negara-negara pengeluar seperti Thailand dan Vietnam mula menghasilkan lebih tanaman untuk membolehkan negara pengguna menambahkan stok bekalan serta mengurangkan kebimbangan.
Seorang pesawah, Pranee On-lamoon seperti kebanyakan pesawah lain di Thailand terdorong dengan kenaikan itu untuk mengusahakan tanaman padi bagi kali ketiga.
“Menanam padi untuk kali ketiga dalam satu musim adalah satu usaha berisiko tetapi ia juga adalah satu peluang keemasan,” kata Pranee ketika mengerjakan sawahnya seluas enam hektar di wilayah Suphan Buri di utara Bangkok.
“Saya telah menjadi pesawah sejak kecil lagi dan saya tidak pernah melihat harga beras setinggi ini,” kata wanita berumur 56 tahun itu.
Walaupun, para pesawah seperti Pranee mungkin mengaut keuntungan daripada harga beras tetapi mereka juga terpaksa menanggung kos pertanian yang tinggi.
Bagaimanapun, kerja keras mereka itu mungkin tidak berbaloi kerana terdapat risiko harga beras kembali menjunam sebelum musim menuai pada Jun nanti.
Kebanyakan pesawah di Thailand terlepas peluang mengaut keuntungan daripada lonjakkan harga beras pada bulan ini yang mencecah AS$541 (RM1,700) setan.
Pesawah di negara itu terpaksa menjual hasil tanaman pada November lalu akibat kekurangan ruangan simpanan di ladang mereka. more...
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahli UMNO berhak tentukan kedudukan PM
Utusan - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, beliau ti dak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan meskipun sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang perlunya perubahan dalam kepimpinan parti itu.
Beliau bagaimanapun menegaskan, ahli UMNO mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana Abdullah dipilih menduduki jawatan itu berdasarkan keputusan ahli-ahli UMNO yang memilihnya untuk menjadi Presiden parti.
"Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat.
"Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri. more...
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KESIAN NOH OMAR
Pembangkang berpecah di Selangor?
Utusan - Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.
Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).
Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.
"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu. more...
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Bencana alam - 10 kenderaan nyaris hanyut
UTusan - Sekurang- kurangnya 10 buah kenderaan termasuk kereta, lori dan van milik peniaga pasar malam di pekan Panchor di sini nyaris tercampak ke dalam Sungai Muar apabila tebingnya runtuh hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, semua kenderaan terlibat yang diletakkan di tebing sungai tersebut iaitu tujuh buah van, dua kereta serta sebuah lori kecil tergelongsor ke arah sungai dan tanahnya pula mendap hampir lima meter.
Tebing sepanjang kira-kira 100 meter itu dipercayai runtuh disebabkan pergerakan tanah di bahagian dasarnya yang tidak kukuh berikutan kerja-kerja menambak yang sedang giat dijalankan di kawasan itu sejak tiga bulan lalu.
Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan kerana peniaga dan pengunjung pasar malam itu sempat menyelamatkan diri. more...
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO mesti kembali jadi 'parti kampung'
Utusan - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.
Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.
"Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu-isu semasa anjuran Biro Latihan UMNO Bahagian Kepala Batas di Wisma UMNO di sini hari ini. more...
Labels: UMNO pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apa dia, nak Bicang Untuk Bersatu? Bole Blah!
alastani. - Kecohnya tv3 sekarang ni. Semangat nampaknya ada assignment baru ye. Assignment nak hancurkan Pakatan Rakyat dah habis ke? Assignment nak taburkan kekeliruan kat rakyat dah selesai ke? Tugasan nak melaga-lagakan pemimpin PR dah berjaya ke?
Belum pun habis assignment lama, kini tv3 dapat pula assignment baru. Tak letih ke? Owh lupa pulak. Dah memang tugas mereka. Dah memang tugas mereka untuk menjadi jurasampai kepada UMNO. Tu memang kerja mereka. Samada sebelum kempen ataupun selepas kempen pilihanraya, mereka memang berkhidmat untuk jadi jurucakap BN.
Apa assignment terbaru? Yg terbaru ialah mereka menjadi pihak tengah untuk menghubungkan antara pemimpin melayu UMNO, PAS dan PKR. Mereka mempunyai misi yang besar. Amat besar. Mereka mahu supaya pemimpin melayu ketiga-tiga parti ini duduk semeja dan berbincang tentang nasib orang melayu. Ya, sebenarnya bukan mereka yang mahu. Mereka hanya menyampaikan berita sahaja. Mungkin kata mereka.
Tapi kita tahu, sekiranya berita itu datang dari pihak pembangkang, selagi tidak ada 'point' untuk mengutuk mereka tidak akan siarkan. Sekiranya bukan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim menari di Ijok tempoh hari, jangan harap majlis kempen PKR akan masuk tv3. Sekiranya bukan sebab DSAI pergi ke mahkamah tempat perbicaraan HINDRAF, jangan harap nak masuk tv. Tu semua digunakan untuk kepentingan pihak BN sahaja. Semua rakyat tahu. more...
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments