KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 21, 2008

Apa dia, nak Bicang Untuk Bersatu? Bole Blah!

aalastani. - Kecohnya tv3 sekarang ni. Semangat nampaknya ada assignment baru ye. Assignment nak hancurkan Pakatan Rakyat dah habis ke? Assignment nak taburkan kekeliruan kat rakyat dah selesai ke? Tugasan nak melaga-lagakan pemimpin PR dah berjaya ke?

Belum pun habis assignment lama, kini tv3 dapat pula assignment baru. Tak letih ke? Owh lupa pulak. Dah memang tugas mereka. Dah memang tugas mereka untuk menjadi jurasampai kepada UMNO. Tu memang kerja mereka. Samada sebelum kempen ataupun selepas kempen pilihanraya, mereka memang berkhidmat untuk jadi jurucakap BN.


Apa assignment terbaru? Yg terbaru ialah mereka menjadi pihak tengah untuk menghubungkan antara pemimpin melayu UMNO, PAS dan PKR. Mereka mempunyai misi yang besar. Amat besar. Mereka mahu supaya pemimpin melayu ketiga-tiga parti ini duduk semeja dan berbincang tentang nasib orang melayu. Ya, sebenarnya bukan mereka yang mahu. Mereka hanya menyampaikan berita sahaja. Mungkin kata mereka.

Tapi kita tahu, sekiranya berita itu datang dari pihak pembangkang, selagi tidak ada 'point' untuk mengutuk mereka tidak akan siarkan. Sekiranya bukan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim menari di Ijok tempoh hari, jangan harap majlis kempen PKR akan masuk tv3. Sekiranya bukan sebab DSAI pergi ke mahkamah tempat perbicaraan HINDRAF, jangan harap nak masuk tv. Tu semua digunakan untuk kepentingan pihak BN sahaja. Semua rakyat tahu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive