kudaranggi - (...) Sebelum kerajaannya tumbang, Khir Toyo termasuk diantara pemimpin Barisan Nasional (BN) yang agak tidak gemar dengan penulisan blog yang mereka sifatkan sebagai alat pembangkang dan anti-kerajaan. Tetapi, sekarang Khir Toyo sendiri menulis blog dan menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat dan sebagai wadah perjuangan politiknya. Melalui blognya itu, Khir Toyo turut mendesak Pak Lah berundur selaku perdana menteri. Itu hak Khir Toyo dan kita mesti menghormatinya. Sekurang-kurangnya Khir Toyo sedar akan betapa penting dan bergunanya blog.
Saya ingin menyahut cabaran Khir Toyo untuk mempersoal 'ketelusan dan kebersihan daripada rasuah' pentadbirannya selaku Menteri Besar Selangor. Saya juga ingin tahu apa dah jadi dengan laporan yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) termasuk oleh mantan timbalan Menteri Besar Selangor Dr Zainal Abidin Ahmad yang kini Ahli Parlimen Hulu Selangor mewakili Pakatan Rakyat.
Saya ingin kembalikan ingatan Khir Toyo kepada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 29 April, 2003, dimana Khir Toyo berkata kerajaan negeri pimpinannya bercadang untuk mengurniakan tanah kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berusaha untuk memajukan Selangor.
Beliau berkata niat untuk mengurniakan tanah tersebut adalah bagi melaksanakan pembahagian tanah secara adil dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja.
Kerajaan Negeri Selangor, kata beliau, bukan hendak mengurniakan tanah kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri sahaja tetapi juga kepada kakitangan peringkat bawahan seperti kerani, budak pejabat dan pemandu.
Khir Toyo berkata demikian apabila menjawab pertanyaan ADUN Bandar Klang dari DAP, Teng Chang Khim mengenai tindakan kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah di Lot 557, Mukim Dengkil dan Kampung Labu Lanjut, Sepang kepada beberapa orang yang menurutnya mempunyai kepentingan. more...
Apr 21, 2008
Khir Toyo dan isu pemberian tanah di Selangor
Labels: Belit Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment