KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 21, 2008

Selangor FM akhirnya ke Angkasapuri

detikdaily - Jumaat, 18 April, 2008, Selangor FM ke udara di studio Wisma Radio@Angkasapuri, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Disahkan, bilik operasi Selangor FM di Tingkat 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, Shah Alam, dikosongkan mulai pagi ini, dan selesai Isnin, 21 April. Datuk Ahmad Shabery Cheek, peneraju kementerian penerangan pasca Datuk Zainuddin Maidin, pasti lega kerana antara arahan sulungnya lewat 'kuasa seorang menteri', dipatuhi staf "didikan" Shah Alam agar berpindah ke ruang baharu WR@Angkapuri, tepat waktunya.

"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat Selangor menerusi Radio Selangor FM", antara ungkapan autoritatif Ahmad Shabery ketika acara di Nilai, 12 April.

Yang kita maklum, tindakan Selangor FM segera dipindah ke Kuala Lumpur, ekoran surat YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, 3 April, yang "...memohon diwujudkan satu slot khas supaya YAB Dato' Menteri Besar dan YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat memberi penerangan mengenai program, polisi dan pembangunan kepada masyarakat negeri Selangor.."

Surat Tan Sri Khalid ringkas dan jelas. Tiada penjelasan atau justifikasi lanjut mengenai keperluan "ke udara" setiap hari ke? seminggu beberapa kali ke?, atau liputan khas ke udara semasa mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas) ke?

Sehubungan itu, kita tidak berhasrat memperkatakan andaian siapa untung siapa rugi. Yang pasti, Tan Sri Khalid sudah memohon slot berkenaan menerusi surat dan lisan.

Tan Sri Khalid kini "ketua" kerajaan negeri Selangor. Mungkin, kerajaan pusat menerusi Datuk Shabery "buat-buat" tidak mengenal beliau? more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive