cikgunuri
Salam Perjuangan,
Isu ketuanan Melayu tiba-tiba muncul kembali iaitu setelah UMNO kehilangan banyak kerusi di Parlimen. Dulu pada tahun 1999 isu ketuanan Melayu juga ditimbulkan untuk menyelamatkan masa depan politik UMNO. Bagi saya isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan dalam dunia yang global dan glokal sekarang ini. Kalau nak dikira peratus penduduk Melayu dan dinisbahkan kepada kaum bukan melayu, saya kira telah mempunyai peratus yang hampir sama iaitu 50 % : 50 %. Disetengah-setengah tempat kedudukan orang melayu ada yang telah menurun peratusnya contoh di johor negeri yang merupakan tempat UMNO dilahirkan sendiri % orang melayu semakin kecil berbanding kaum bukan melayu. Di Pulau Pinang sendiri negeri tempat kelahiran Paklah pun mengalami nasib yang sama di mana orang melayu tidak sampaipun 50 %. Jesteru itu, berbincang soal ketuanan melayu semata-mata bagi saya seperti kita undur ke belakang. Saya bukannya anti melayu tetapi saya lebih suka kita berbincang isu ketuanan Islam. Bagi saya Islam lebih bersifat terbuka berbanding melayu.
Kalau kita menyorot seerah perjuangan Rasulullah SAW sendiri pun kita melihat baginda tidak membesarkan isu kaum tambah pula dalam keadaan masyarakat yang paling majmuk atas dunia. Islam mempunyai kekuatan tersendiri apabila dapat menyatukan semua kaum di atas nama Islam. Semua orang dari semua kaum akan mendapat penghargaan di atas dasar siapa yang paling kuat Islamnya. Golongan kaya atau miskin, bangsawan atau rakyat biasa semuanya berpeluang untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah melalui kemampuan dan cara masing-masing. Di sinilah letaknya keadilan Islam yang di bawa oleh Baginda SAW.
Penolakan PAS terhadap ajakan UMNO untuk membincangkan isu ketuanan melayu yang dianggap membuang masa adalah satu tindakan yang kena pada masanya. Kita sendiri boleh melihat dengan jelas cara UMNO mempolitikkan isu ketuanan Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Ketika UMNO berada di puncak kuasa dengan majoriti lebih 2/3 UMNO masih menafikan kuasa rakyat memilih kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dengan mengenepikan hak-hak sebuah kerajaan. Ketika ini pun dalam keadaan UMNO sedang nazak sekalipun, UMNO telah menafikan kerajaan pakatan rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan cara membazirkan wang rakyat untuk membiayai penubuhan “kerajaan kedua” di setiap negeri PR. more...
Apr 21, 2008
KETUANAN MELAYU YANG BERSYARAT
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Yang peliknya mengapa UMNO sibuk dgn Ketuanan Melayu,sedangkan dalam UMNO itu sendiri adakah semuanya Melayu?.
Maaflah,kadang kadang yg.bercakap,yang berucap, menyebut "Kita org Melayu" tapi dari raut wajahnya,macam bukan orang Melayu.(cuba buka Kamus DBP Ta'rif Melayu} ,malah kita yg melihat mendengar,malu serta tertanya tanya Melayu jenis ni kenapa tidak berkulit sawo matang,.
lagi pun UMNO semasa senang,utk memperkuatkan kuasa,dibuka kepada semua kaum yg di sebut juga Bumiputra,maka bercampur gaul lah Melayu ada ,Iban ada,Kadazan ada,Mamak pun ada dan mcm mcmlah yg bole ada.Ok lah tu.
Habis tu bila sesak,UMNO tu mcm Melayu saja ahlinya.sibuk dgn Ketuanan Melayu.
Post a Comment