KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 21, 2008

Batalkan sahaja Monsoon Cup

Harakahdaily - Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Dato' Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan. Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Rahin berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.

"Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.

Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive