KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 21, 2008

Abdullah dijangka tewas, Khairy tidak diperlukan lagi

harakahdaily - Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.

Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.

'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.

Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.

Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.

Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.

Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive