KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 21, 2008

LAPURAN UTUSAN YANG MENJADI KEMARAHAN ADNAN

Berita hari ini .....

Penjelasan MB Pahang
PADA Sabtu 19 April 2008, Utusan Malaysia telah menyiarkan komen Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengulas pelantikan Exco Pahang, Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. - Utusan Meloya

Kemarahan beliau merujuk kepada berita berikut .....

Jawatan Exco gugur - MB
Utusan Meloya
KUANTAN 18 April - Jawatan Datuk Maznah Mazlan sebagai Exco kerajaan negeri Pahang akan digugurkan sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, buat sementara waktu, jawatan tersebut tidak akan diisi sehingga beliau mengadakan perbincangan lanjut dengan Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang.

Menurutnya, walaupun perlu mengosongkan jawatan Exco tetapi Maznah akan terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah.

''Saya difahamkan Perlembagaan membenarkan Datuk Maznah menjadi ADUN dan juga Timbalan Menteri. Ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak,'' katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Maznah akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri pada 21 April ini.

Ditanya kemungkinan pengganti Maznah juga adalah wanita, Adnan katanya, perkara itu tidak semestinya berlaku dan sebagai Menteri Besar, beliau mempunyai hak mutlak untuk melantik sesiapa sahaja.

''Tentang kedudukan dalam Exco negeri atau Kabinet, tidak ada satu peraturan tetap bahawa parti sekian dapat sekian sebaliknya ia bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang," katanya.

Dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Maznah bermakna terdapat tiga kekosongan jawatan Exco negeri Pahang setakat ini.

Adnan ketika mengumumkan senarai Exco barunya selepas pilihan raya umum lalu hanya melantik lapan ADUN dengan portfolio masing-masing berbanding 10 ADUN pada penggal sebelumnya.

Maznah, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang sejak tahun 2004.

Mengulas lanjut, Adnan percaya Perdana Menteri mempunyai sebab tertentu mengapa beliau memilih Maznah untuk mengisi jawatan timbalan menteri.

''Saya berpendapat pelantikan ini tepat dan ia dapat memantapkan susunan pentadbiran di peringkat Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.

Menurut beliau, ramai yang melihat langkah Perdana Menteri itu sebagai satu pelantikan yang memberi penghormatan kepada wanita kerana Maznah ialah Exco Wanita UMNO.

''Ada juga yang melihat ini sebagai penghormatan kepada negeri Pahang kerana beliau berasal dari Pahang.

''Apa pun saya percaya Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan dan saya secara peribadi berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada ahli Exco saya,'' kata Adnan.
Berita berkaitan: Kabinet: Lantik Maznah, Tiada Lagi Exco Dari Wanita UMNO Di Pahang !!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive