mazlanyasin | ... “Sebut UMNO ni ,saya JELAK , JELAK” iatulah kata-kata yang diluahkan oleh DS Adnan Yaakob, MB Pahang dalam satu temuramah yang disiarkan dalam buletin utama malam ini.
Kenyataan ini dilahirkan atas rasa kecewa beliau kerana gajala rasuah di dalam UMNO yang sukar dibendung. Manakala pemilihan pucuk pipinan parti kali ini menujukkan amalan rasuh yang terburuk dalam dalam sejarah.
Hakikatnya ialah peimpinan tetinggi UMNO tahu keadaan UMNO telah parah dan sukar diubat lagi. Persoalanya kenapa mereka masih tunggu lagi? Kepentingan diri, kemewahan hidup dan bermacam permainan dunia yang mereka kecapi.... selanjutnya.
Nov 13, 2008
Adnan Yaakob JELAK dengan UMNO
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 3, 2008
UMNO di cadang bersumpah !!!
Wakakakak .... UMNO .... UMNO .... kelakar,
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.UMNO besumpah ??!!!
''Bagaimana saksi hendak mengemukakan bukti yang tidak mempunyai keraguan munasabah seperti memberikan bukti bergambar atau rakaman video kerana ia sukar dilakukan dalam kes seperti ini.
''Maka saya berpendapat tiada jalan lain kecuali kita mengguna pakai sumpah saksi yang menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk menyabitkan pihak terlibat kerana sumpah itu adalah penyudah kepada segala sumpah," katanya. ... selanjutnya.
wakakakakakakk !!!! .....
Minta Allah swt tunjukkan pada diorang bagaimana akibat bermain dengan nama Allah swt untuk menipu.
Rasuah ...dan bersumpah. Biasa la ....
Labels: Adnan Yaakob, Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
May 23, 2008
Adnan Gadai Tanah Melayu
suarakeadilan - KeADILan membongkar sindiket menggadai tanah melayu di negeri Pahang membabitkan Menteri Besar negeri itu, Adnan Yaakob, dan pemimpin-pemimpin Umno negeri.
Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 17 Mei lalu mendedahkan pembabitan Adnan Yaakob menjual tanah-tanah orang kampung seluas 30,000 di mukim Ulit, daerah Maran kepada seorang towkey.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ucapannya di Dewan Rakyat mengkritik keras skandal penjualan tersebut. Dianggarkan Adnan Yaakob menjual tanah orang Melayu kepada towkey itu pada RM600 juta ringgit.
“Adnan Yaakob telah memperdaya rakyat Melayu Pahang. Di kala rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan, gelagat rakus dan gelojoh MB Pahang ini menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, tidak selamat di bawah Umno-BN,” tegas Fuziah.
Bukti salahlaku Adnan ini disebut dalam laporan Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Mei lalu. Sehingga ke tarikh berita ini dibuat, Abdullah tidak mengumumkan sebarang siasatan dibuat keatas penjualan tanah orang Melayu ini.
Sementara itu juga, KeADILan berjaya memperoleh rekod Jabatan Tanah dan dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan salahguna kuasa Menteri Besar Pahang ini.
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 16, 2008
Adnan dicabar beli semula tanah Umno
malaysiakini - [...] "Tidak perlu mengugut saya kerana Adnan sendiri telah tahu perkara tersebut.
"Saya mencabar Adnan supaya membeli semula tanah itu kerana ia milik parti," kata bekas setiausaha perhubungan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Malaysiakini hari ini.
"Kisah ini memang benar dan penjualan tanah itu telah empat tahun lalu."
Beliau mengulas kenyataan Adnan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya susulan aduannya tentang hal itu kepada presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi dalam surat bertarikh 5 Mei.
Menurut Ahmad Tajuddin, menteri besar itu mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk saman fitnah ke atas ketua bahagian Paya Besar itu seperti ucapan Adnan dalam rakaman cakera padat video (VCD).
Menurutnya lagi, Adnan juga mencabarnya tentang kesahihan jualan tersebut dalam ucapannnya yang dirakam dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan di satu bahagian di Pahang baru-baru ini.
"Adnan mencabar saya supaya membuka kitab (rekod untuk memastikan sama jualan itu terjadi atau tidak)," kata Ahmad Tajuddin, sambil menambah VCD itu beliau edar kepada semua pemimpin atasan dan ketua bahagian Umno seluruh negara.>> selanjutnya
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 15, 2008
Krisis Umno Pahang semakin panas
siasah - [...] Setelah tuduh menuduh diantara Adnan dengan seorang pimpinan Umno dinegeri itu yang dipercayai tercetus ekoran daripada krisis kepimpinan, suhu politik Umno Pahang semakin panas apabila penyelewengan melibatkan penjualan tanah turut didedahkan kepada umum.
Antaranya Seorang Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga bekas Setiausaha Umno Pahang, mendedahkan beberapa fakta terhadap Adnan yang beliau percaya tidak mampu dinafikan lagi malahan telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta-fakta tersebut di dalam cekera padat (CD).
Adnan didakwa ugut dan bohong
Dalam suratnya (gambar atas) kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Tajuddin berkata, dalam rakaman itu terkandungnya ugutan dalam usaha menutup kemungkinan pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan atau pun rasuah dalam satu urusan penjualan tanah Umno Pahang beberapa tahun lalu.Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
May 13, 2008
Adnan nafi terlibat isu jual tanah
Utusmeloya - [...] Menurut beliau, dakwaan itu juga seolah-olah menuduhnya menyalahgunakan kuasa untuk tujuan itu.
Mengikut rekod, ujarnya, beliau langsung tidak terlibat dengan penjualan tanah tersebut sebaliknya, Ahmad Tajuddin yang telah menandatangani surat perjanjian antara tiga parti yang bertarikh 27 April 2004.
Beliau berkata, perjanjian tiga parti itu ditandatangani antara UMNO Pahang, Rangkaian Delima Sdn. Bhd. dan Prosper Trading Sdn. Bhd. (Prosper Trading) sebagai pembeli.
''Dia (Ahmad Tajuddin) yang ada dari mula lagi, baik sebelum tanah dijual dan semasa dijual. Tandatangan dia pun ada, sedangkan tandatangan saya satu pun tak ada, bila dia buat tuduhan begini, orang melihat seolah-olah saya yang salah guna kuasa," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Menteri Besar berkata demikian ketika mengulas mengenai urusan penjualan tanah Badan Perhubungan UMNO Pahang kepada dua buah syarikat bukan bumiputera yang disiarkan oleh TV3 semalam....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 11, 2008
KUDA TUA DICADANGKAN JADI KETUA PEMUDA UMNO
pasbukitkatil - Kuda tua, Adnan Yaakub dicadangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.
Kalaulah Adnan Yaakub ini diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno, kita bimbang nanti pemuda-pemuda Umno habis menjadi samseng kerana Adnan terkenal dengan perangai samsengnya sepertimana beliau pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang, Pahang beberapa tahun dahulu.
Selain itu Menteri Besar Pahang ini pernah mengatakan "Go to Hell" kepada wartawan ketika sessi perbahasan di dalam DUN Pahang.
Media melaporkan bahawa Pemuda Umno Pahang berpendapat bahawa Khairy belum sesuai untuk menjadi Ketua Pemuda dan mencadangkan beliau mempertahankan jawatan naib ketua yang beliau sandang sekarang.
Semalam, Utusan Meloya melaporkan bahawa kesemua 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan Adnan Yaakob bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.
Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 21, 2008
LAPURAN UTUSAN YANG MENJADI KEMARAHAN ADNAN
Berita hari ini .....
Penjelasan MB Pahang
PADA Sabtu 19 April 2008, Utusan Malaysia telah menyiarkan komen Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengulas pelantikan Exco Pahang, Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. - Utusan Meloya
Kemarahan beliau merujuk kepada berita berikut .....
Jawatan Exco gugur - MBBerita berkaitan: Kabinet: Lantik Maznah, Tiada Lagi Exco Dari Wanita UMNO Di Pahang !!
Utusan Meloya
KUANTAN 18 April - Jawatan Datuk Maznah Mazlan sebagai Exco kerajaan negeri Pahang akan digugurkan sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, buat sementara waktu, jawatan tersebut tidak akan diisi sehingga beliau mengadakan perbincangan lanjut dengan Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang.
Menurutnya, walaupun perlu mengosongkan jawatan Exco tetapi Maznah akan terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah.
''Saya difahamkan Perlembagaan membenarkan Datuk Maznah menjadi ADUN dan juga Timbalan Menteri. Ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak,'' katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Maznah akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri pada 21 April ini.
Ditanya kemungkinan pengganti Maznah juga adalah wanita, Adnan katanya, perkara itu tidak semestinya berlaku dan sebagai Menteri Besar, beliau mempunyai hak mutlak untuk melantik sesiapa sahaja.
''Tentang kedudukan dalam Exco negeri atau Kabinet, tidak ada satu peraturan tetap bahawa parti sekian dapat sekian sebaliknya ia bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang," katanya.
Dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Maznah bermakna terdapat tiga kekosongan jawatan Exco negeri Pahang setakat ini.
Adnan ketika mengumumkan senarai Exco barunya selepas pilihan raya umum lalu hanya melantik lapan ADUN dengan portfolio masing-masing berbanding 10 ADUN pada penggal sebelumnya.
Maznah, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang sejak tahun 2004.
Mengulas lanjut, Adnan percaya Perdana Menteri mempunyai sebab tertentu mengapa beliau memilih Maznah untuk mengisi jawatan timbalan menteri.
''Saya berpendapat pelantikan ini tepat dan ia dapat memantapkan susunan pentadbiran di peringkat Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,'' katanya.
Menurut beliau, ramai yang melihat langkah Perdana Menteri itu sebagai satu pelantikan yang memberi penghormatan kepada wanita kerana Maznah ialah Exco Wanita UMNO.
''Ada juga yang melihat ini sebagai penghormatan kepada negeri Pahang kerana beliau berasal dari Pahang.
''Apa pun saya percaya Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan dan saya secara peribadi berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada ahli Exco saya,'' kata Adnan.
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 17, 2008
MB PAHANG MALU JADI PEMIMPIN UMNO
mymassa - Semalam, MB Pahang Dato Seri Adnan Yaakub, begitu kesal, dukacita dan marah sekali terhadap UMNO. Apakah Adnan hendak lompat ke PAS atau PKAR pulak agaknya? Ikut kata MB itu, dia malu mengaku UMNO kerana partinya kalah dan orang-orang UMNO berpecah belah. Orang UMNO bertelagah sama sendiri berebut kedudukan. Tahukah MB itu mengapa UMNO kalah? PM kata orang orang UMNO subortaj. Betulkah? Kalau tidak masakan UMNO Pahang kalah di Kuantan. Untuk pengetahuan Adnan, orang Melayu sebenar sudah muak dengan kerenang pemimpin dan orang-orang tertentu dalam UMNO. Mereka tak cara rakyat, tapi berebut kekayaan dan kesenangan semata-mata. Orang kampung mengadu, minta tanah sampai lima enam tahun tak dapat, tapi ada orang luar datang baru seminit dua dah dapat tanah. Sampai ada orang kampung beritahu, baik mengaku Komunis, dapat juga dikurnia tanah daripada mengaku taat setia pada UMNO apa pun tak dapat. Lepas itu kata mereka, kalau ada projek-projek besar atau sederhana, usah haraplah kontrktor UMNO kecil-kecil dapat, melainkan entah UMNO entah tidak orang dari luar yang dapat. more...
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 25, 2008
MB Pahang Bakal Jatuh 3 Bulan Lagi !!
Seandainya maklumat ini benar, mungkin ia juga ada kaitan dengan tindakan MB Pahang itu yang menggugurkan beberapa orang exco kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shukri (ADUN Pulau Tawar) dan Dato' Shahiruddin (ADUN Dong) dari senarai terbarunya untuk penggal ini. Alasan yang diberikan ialah untuk memilih hanya mereka yang bersih sahaja menjadi exco pada kali ini.
Dato' Shukri yang merupakan bekas exco kesihatan, belia dan sukan negeri sebelum ini dipercayai banyak terlibat dengan penyalahan guna kuasa. Beliau banyak terbabit dengan isu rompakan balak terutamanya di daerah Jerantut Pahang. Cucu mendapat maklumat, beliau menggunakan kuota JKKK untuk memohon kawasan balak yang kesemuanya dikatakan seluar lebih dari 100 ekar. Kabarnya lebih 30 buah JKKK telah mendapat habuan balak bahkan ada JKKK yang mendapat tiga kali pusingan. Namun rahsia terbongkar bila seorang JKKK di sebuah kampung mendedahkan penipuan Dato' Shukri. Bayaran yang diterima oleh JKKK sepatutnya mencecah ratusan ribu ringgit. Namun oleh kerana kebijaksanaan beliau untuk menipu orang-orang kampung, setiap kelulusan kawasan balak beliau hanya memberi tidak kurang dari RM50,000 sahaja kepada JKKK, selebihnya habuan beliau. Bayangkan kalau satu kawasan mendapat keuntungan bayaran mencecah RM300,000 ! Bayangkan juga beliau mengambil keuntungan daripada lebih 30 JKKK. Berapa banyak wang yang disapu oleh bekas exco ini?. Itu belum termasuk penipuan rumah PPRT di Kg. Pulau Tawar sendiri yang pernah cucu dedahkan dalam akhbar Berita harian satu ketika dulu. Projek yang hanya menelan belanja sekitar RM1.2 Juta, tetapi Dato' Shukri memohon peruntukkan sehingga RM1.8 Juta, ini bermakna beliau mengaut lagi keuntungan atas angin sebanyak RM600,000 disitu. Inilah sikap sebenar Dato' Shukri, exco yang digugurkan MB Pahang itu. - tranungkite
Labels: Adnan Yaakob
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 20, 2008
SAMSENG PAHANG TERPELANTING DAN TERLENTANG ?

Adnan Yaakob terpelanting, Jamaluddin Jarjis calon MB Pahang?
Fuad Rahim
harakahdaily
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato' Seri Dr Jamaludddin Jarjis disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar (MB) Pahang, menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob selepas pilihan raya umum kali ini, jika BN masih memerintah, dipercayai usaha memperukuhkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Najib Tun Razak.
Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin dikatakan 'orang Najib' yang dinaikkan dalam politik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Menteri Kewangan Kedua.
Sebaik sahaja Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Jamaluddin ditukarkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang dilantik menjadi Menteri Pertanian.
Jamaluddin tidak lama di kementerian itu apabila selepas pilihan raya umum 2004, di pindahkan ke kementerian sekarang.
Dalam politik Umno di Pahang, Jamaluddin menerajui Umno Bahagian Rompin apabila dia menewaskan bekas Timbalan Menteri Besar, Dato' Hasan Arifin. Sebelum itu, Jamaluddin adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan. Disebabkan Najib mahukan dia bertanding Parlimen, maka Jamaluddin diletakkan bertanding di Parlimen Rompin menggantikan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Mohd Amin Daud.
Sejak itu, Jamaluddin memasang cita-cita untuk menawan politik Pahang dengan menyingkirkan Hasan dan kini berjaya mengenepikan Adnan Yaakob yang dikatakan orang kuat Perdana Menteri.
Jamaluddin dipercayai akan membuat rombakan besar-besaran Exco Pahang dan beberapa kawasan Umno diramalkan terlepas ke tangan pembangkang kali ini ekoran protes penyokong Adnan yang tidak bersetuju dengan perubahan ini.
Dalam pilihan raya umum 1999, Pahang adalah antara negeri yang berjaya ditembusi Pas dan PKR selain kerusi DAP di Triang.
Najib sendiri nyaris-nyaris tidak bergelar YB apabila dia hanya menang dengan undi pos berjumlah 231.
Beberapa pmindahan pengundi terpaksa dilakukan selain merubah kawasan pilihan raya Parlimen Pekan, kem tentera dimasukkan di bawah kawasan tersebut.
Tidak hairanlah kalau dalam pilihan raya umum 2004, majoriti Najib bertambah besar kerana hal ini.
Jika semua berjaya diatur, tIdak mustahil kekuatan Najib di Pahang akan memudahkan lagi Najib untuk merebut kerusi Presiden Umno selepas ini, jika pun tidak untuk 'menjamin' dia terus kekal sebagai Timbalan Presiden tanpa ganggu gugat. - mr
Labels: Adnan Yaakob, UMNO samseng
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

