Adnan Yaakob terpelanting, Jamaluddin Jarjis calon MB Pahang?
Fuad Rahim
harakahdaily
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato' Seri Dr Jamaludddin Jarjis disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar (MB) Pahang, menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob selepas pilihan raya umum kali ini, jika BN masih memerintah, dipercayai usaha memperukuhkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Najib Tun Razak.
Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin dikatakan 'orang Najib' yang dinaikkan dalam politik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi Menteri Kewangan Kedua.
Sebaik sahaja Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Jamaluddin ditukarkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang dilantik menjadi Menteri Pertanian.
Jamaluddin tidak lama di kementerian itu apabila selepas pilihan raya umum 2004, di pindahkan ke kementerian sekarang.
Dalam politik Umno di Pahang, Jamaluddin menerajui Umno Bahagian Rompin apabila dia menewaskan bekas Timbalan Menteri Besar, Dato' Hasan Arifin. Sebelum itu, Jamaluddin adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan. Disebabkan Najib mahukan dia bertanding Parlimen, maka Jamaluddin diletakkan bertanding di Parlimen Rompin menggantikan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Mohd Amin Daud.
Sejak itu, Jamaluddin memasang cita-cita untuk menawan politik Pahang dengan menyingkirkan Hasan dan kini berjaya mengenepikan Adnan Yaakob yang dikatakan orang kuat Perdana Menteri.
Jamaluddin dipercayai akan membuat rombakan besar-besaran Exco Pahang dan beberapa kawasan Umno diramalkan terlepas ke tangan pembangkang kali ini ekoran protes penyokong Adnan yang tidak bersetuju dengan perubahan ini.
Dalam pilihan raya umum 1999, Pahang adalah antara negeri yang berjaya ditembusi Pas dan PKR selain kerusi DAP di Triang.
Najib sendiri nyaris-nyaris tidak bergelar YB apabila dia hanya menang dengan undi pos berjumlah 231.
Beberapa pmindahan pengundi terpaksa dilakukan selain merubah kawasan pilihan raya Parlimen Pekan, kem tentera dimasukkan di bawah kawasan tersebut.
Tidak hairanlah kalau dalam pilihan raya umum 2004, majoriti Najib bertambah besar kerana hal ini.
Jika semua berjaya diatur, tIdak mustahil kekuatan Najib di Pahang akan memudahkan lagi Najib untuk merebut kerusi Presiden Umno selepas ini, jika pun tidak untuk 'menjamin' dia terus kekal sebagai Timbalan Presiden tanpa ganggu gugat. - mr
Feb 20, 2008
SAMSENG PAHANG TERPELANTING DAN TERLENTANG ?
Labels: Adnan Yaakob, UMNO samseng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment