Razak Baginda tunjuk berang tendang meja mahkamah
mstar.com
SHAH ALAM: Abdul Razak Abdullah Baginda yang sebelum ini sentiasa tenang semasa perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Rabu mengejutkan semua yang berada di Mahkamah Tinggi di sini apabila menendang dan menghentak tangannya ke pintu.
Penganalisis politik itu turut dilihat mengalirkan air mata sebelum ditenteramkan oleh ibunya dan peguam Wong Kian Kheong, yang mewakilinya.
Insiden 'mengamuk' itu berlaku selepas prosiding ditangguhkan untuk waktu makan tengah hari tetapi sebelum itu kira-kira pukul 9.30 pagi, sebelum prosiding bermula, Abdul Razak telah menampakkan riak wajah tidak puas hati apabila dibisikkan sesuatu oleh bapanya Datuk Abdullah Malim Baginda.
Bagaimanapun, ketika prosiding beliau hanya berdiam diri dan asyik menulis serta membaca buku.
Perbicaraan hari ke-90 ini melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan pukul 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini. More...
No2umnO - Mungkin kah kebimbangan mula menghantui? Mungkin kah beliau sudah tidak tahan? Atau mungkin kah beliau sudah tahu berita pilihanraya dan bimbang jika Barisan Nasional tumpas? Atau pun mungkin beliau bimbang kalau kehakiman menjadi adil dan telus? Tunggukan perkembangannya ....
Feb 20, 2008
KENAPA TIBA TIBA RAZAK MENGAMUK?
Labels: Altantuya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment