msomelayu
Berita Menggemparkan
PENGUMUMAN atau berita paling mengejutkan hari ini ialah mengenai keberanian Umno/BN Terengganu yang menggugurkan beberapa penyandang (wakil rakyatnya) yang selama ini dianggap popular dan menjadi ikon Terengganu khasnya di Parlimen.
Dua orang tokoh popular Terengganu yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar, Rosli Mat Hassan dan Tengku Putra Tengu Awang.
Abdul Rahaman tidak disenaraikan untuk bertanding semula mempertahankan kerusi parlimen Marang, Rosli Mat Hassan di parlimen Dungun dan Terngku Putera di parlimen Hulu Terengganu. Kerusi itu dimenangi mereka pada pilihan raya 2004 lalu.
Paling mengejutkan pengguguran Abdul Rahman dikenali sebagai The Giat Killer kerana berjaya menewaskan Prsiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam pilihan raya ke-11 lalu. Pengguguran itu bermakna Umno Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh langsung tidak menghargai jasa dan budi Abdul Rahman.
Sebelum ini sudah berhembus berita mengatakan Abdul Rahman bakal digugurkan namun berita itu dianggap sebagai angin lalu sahaja. Siapa pun tidak percaya memandangkan prestasi Abdul Rahman sebagai timbalan menteri sedikit sebanyak membanggakan rakyat Terengganu dan tidak mungkin beliau digugurkan.
Melihat kepada komtimen Abdul Rahman dengan tugasnya pemerhati meramalkan beliau bakal dilantik menjadi menteti penuh sekiranya beliau berjaya mempertahankan kerusi Marang 8 Mac kelak. Pengundi Marang sebenarnya sangat mengharap Abdul Rahman dilantik menjadi menteri penuh untuk berhadapan dengan pengaruh Abdul Hadi.
Begitu juga dengan Rosli dan Tengku Putera. Kedua mereka adalah dianggap sebagai pemimpin peringkat nasional yang mewakili Terengganu. Rosli antara ahli Parlimen yang latang menyuarakan kepentingan rakyat di Parlimen manakala Tengku Putra pula pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
more...
Feb 20, 2008
Gelombang Biru Makan Tuan!
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment