PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Ribuan pekerja di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) panik apabila terpaksa bergegas keluar dari bangunan itu berikutan gegaran yang dirasai pada pukul 4.10 petang ini.
Menurut salah seorang pekerja di bangunan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Marziah berkata tiba-tiba beliau berasa pening dan beberapa barang yang berada di atas meja bergegar.
"Saya ingat saya pening kerana banyak kerja. Tetapi selepas itu beberapa rakan memberitahu bahawa pihak pengurusan Komtar suruh kami semua turun kerana berlaku gegaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati semua pekerja berada di bawah dan bagaimanpun keadaan terkawal.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Meterologi Pulau Pinang berkata gegaran itu dirasai kira-kira lima minit di beberapa bangunan tinggi di negeri ini.
Katanya gegaran itu berikutan gempa bumi di Sumatera Utara dan ia terletak di latitud 3.1 utara longitud 97.2 timur, 427 km dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Gegaran yang pertama berlaku dengan kekuatan 7.2 pada skala ritcher pada pukul 4.08 petang, 5.2 skala ritcher (4.28 petang) dan 5.0 skala ritcher (5.05 petang), katanya.
Beliau berkata antara bangunan tinggi yang merasai gegaran itu ialah Komtar, Wisma TNB, Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Permatang Pauh.
"Kita menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian gegaran di Komtar dan mereka tidak perlu bimbang kerana gegaran itu tidak menyebabkan gempa bumi atau tsunami kerana kita tidak menerima amaran atau isyarat mengenainya," katanya.
No2umnO - 3 kematian setakat ini
Date-Time Wednesday, February 20, 2008 at 09:05:08 (UTC)
Location 2.60N 96.23E
Depth 35.0 kilometers
Region SIMEULUE, INDONESIA
Distances
290 km (180 miles) WSW of Medan, Sumatra, Indonesia
300 km (190 miles) WNW of Sibolga, Sumatra, Indonesia
610 km (380 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1515 km (940 miles) NW of JAKARTA, Java, Indonesia
0 comments:
Post a Comment