KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 20, 2008

SPR gagal jawab isu bawa masuk 1031 undi pos

Helmi Khalid
harakahdaily.net

ALOR STAR, 20 Feb (Hrkh) - Jawapan SPR berhubung isu pemindahan 1,031 undi pos di Daerah Mengundi Kota Aur, Dun Belantik, Sik amat melucukan, tidak masuk akal dan bohong, tegas Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Cikgu Yahya Abdullah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sik, Mohd Sanusi Md.Noor memberitahu, salah seorang pegawai di Pejabat SPR Putrajaya ketika rombongan PAS Pusat dan Kedah menyerahkan memorandum bantahan isu tersebut baru-baru ini, tidak mengakui SPR telah menipu, tetapi tindak tanduk serta jawapan lisannya menggambarkan dia hanya menjawab untuk melepaskan diri.

PAS Kedah membangkitkan isu tersebut kerana senarai 1,031 pengundi pos tersebut tidak tercatat ketika nama bagi DPT 3 (Daftar Pemilih Tambahan) 2007 dibuka untuk pameran dan bantahan, tetapi diwartakan dalam DPT 3 sebagai pengundi pos yang dibawa dari Kem Sungai Petani dan Kem Gerik, Perak.

Kota Aur hanyalah Pangkalan Hadapan, yang beroperasi mengawal sempadan dan dalam satu jangka masa hanya menempatkan sekitar 200 orang anggota tentera sahaja.

Kata Sanusi, pegawai SPR di Putrajaya itu mendakwa SPR telah membuat pameran untuk proses bantahan itu di Pejabat SPR di Bangunan Persekutuan yang terletak di tengah bandar Alor Star.

Jawapan itu bagi membuktikan kononnya senarai 1,031 nama itu ada dicatatkan dalam DPT 3 ketika dipamerkan dalam pejabat berkenaan, tetapi kenapa pula tidak terdapat dalam senarai yang diberikan oleh SPR kepada pihak PAS Kawasan Sik.

Jelas Sanusi lagi, apabila peguam Hanifa Maidin meminta borang yang ditandatangani oleh 1,031 anggota tentera itu untuk tujuan memohon berpindah tempat mengundi, SPR gagal membuktikannya.

Pagi tadi, PAS Kedah diwakili Pegarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN), Ir. Haji Phahrolrazi, Ketua Penerangan PAS Kedah, Haji Amiruddin Hamzah, Setiausaha JPN, Kapt. (B) Zamri Ibrahim, Cikgu Yahya dan Sanusi membawa memorandum bagi membantah tindakan tersebut serta mencadangkan untuk Daerah Mengundi Kota Aur, SPR mewartakan mengikut warta DPT 2 2007.

Jelas Haji Phahrolrazi, SPR boleh melaksanakan cadangan tersebut memandangkan Pengarah Pilihanraya Negeri Perlis baru-baru ini dalam satu kenyataan media telah memutuskan untuk menggunakan senarai mengikut DPT 3 2007 bagi isu pemindahan 700 pengundi dari Dun Beseri ke Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar bagi pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun apabila dikemukakan perkara tersebut, Pengarah Pilihanraya Negeri Kedah, Zainal Abidin Zakaria mendakwa belum ada keputusan mengenai isu Padang Besar dan jumlah pemindahan juga hanya beberapa orang sahaja, ini mengikut perbincangan terkini beberapa hari lalu di Putrajaya, katanya.

Namun, untuk isu Kota Aur, beliau tidak memberikan sebarang komen, sebaliknya akan membawa perkara itu kepada pihak SPR di Putrajaya.

Beliau juga memberitahu belum menerima sebarang pemakluman mengenai isu Kota Aur dari Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Menurut Sanusi lagi, SPR tidak boleh menggangp segala penipuannya akan terlepas, dengan maklumat yang ada, pihaknya cukup bersedia membawa isu ini ke mahkamah, dan sekiranya dalam pilihan raya 8 Mac ini SPR masih menggunapakai senarai yang tidak sah ini, maka pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. - mns

Manakala di dalam berita BERNAMA

PAS Kedah Mahu SPR Batalkan 1,031 Pengundi Pos Yang Didakwa Palsu

ALOR STAR, 20 Feb (Bernama) -- PAS Kedah hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempamerkan senarai 1,031 pengundi pos di Sik untuk semakan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

Senarai pengundi pos itu juga didakwa tidak terdapat dalam Daftar Pemilik Induk yang diwartakan pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah, Phahrul Razi Mohd Zawawi.

Beliau mendakwa pengundi pos itu adalah anggota tentera dari Kem Gubir yang sebenarnya tiada sebarang unit tentera yang diletakkan secara tetap di kem itu.

"Pengundi tersebut sebenarnya berpangkalan di Kompeni A, 19 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Petani dan Kompeni A BN 304 Rejimen Askar Wataniah yang berpangkalan di Gerik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Phahrul Razi berkata PAS Kedah mahu pihak bertanggungjawab membatalkan segera nama 1,031 pengundi pos itu daripada senarai daftar pemilih bagi Daerah Mengundi 01 Kota Aur dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik dan Parlimen Sik.

Pada pilihan raya umum 2004, calon BN Datuk Dr Wan Azmi Ariffin menewaskan Pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak dengan memperoleh 15,357 undi.

Pengarah SPR Kedah Zainal Abidin Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata anggota tentera terbabit mendaftar sebagai pengundi semasa mereka bertugas di Kem Gubir, Sik.

"SPR menerima pakai pendaftaran mereka berdasarkan alamat tempat mereka bertugas dan dianggap sah daripada segi undang-undang," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive