KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 20, 2008

KENAPA ANAK SEKOLAH MEMBEBANKAN?

Siapa tidak marah kalau belanja anak ke sekolah berlebih lebih dari yang sepatutnya. Hari ini aku berkunjung ke sekolah menghantar anak. Bapa mithalli kononnya, tapi tujuan adalah untuk lihat sejauh mana anak anak ke sekolah memakai baju kokurikulum sebagaimana yang diarah oleh sekolah. Diamati, masih tidak ramai. Tak sempat beli atau ibu bapa tidak mampu?

Menurut artikel yang terdahulu. ibu bapa di arah untuk membeli baju kokurikulum/aktiviti sekolah untuk anak anak mereka. Diarahkan tanpa kertas hitam putih untuk memakai baju uniform mana mana kumpulan kadet yang anak anak kita minati. Setiap baju, memerlukan kos sekitar RM80 ke RM100 sepasang, siap dengan lencana dan topi.

Anak anak yang ghairah untuk kelihatan tanpa dan jelita dengan pakaian seragam, terpengaruh dengan arahan ini. Tapi yang menjadi mangsa adalah bapa dan penjaga.

Awal sessi persekolah, ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja yuran, buku dan pakaian seragam. Aku sendiri terpaksa mengeluarkan hampir RM2,000 untuk 3 orang termasuk yang baru memasuki asrama. Kini ibu bapa merugut lagi dengan arahan dari guru.

Teringat akan ketika sekolah dahulu dimana, pasukan pakaian seragam, tidak wajib. Kepada mereka yang sanggup dan mampu untuk mengeluarkan belanja. Menjadi ahli kepada Persatuan Bulan sabit atau pengakap atau apa sahaja. Tapi sekarang, sudah menjadi perkara wajib. Aktiviti yang tidak selalu itu telah menyebabkan pembelian itu bagaikan satu pembaziran. Kalau belanja tersebut boleh digunakan untuk pembelajaran dan kos belanja harian anak anak, kini terpaksa di khususkan untuk pertunjukan fesyen anak anak sekolah.

Mungkin ada ibu bapa yang setuju dengan aktiviti ini, kononnya menambahkan ilmu serta disiplin anak anak tetapi kepada yang tidak mampu, tiada bantuan yang boleh diberikan kecuali merungut sendiri. Tidak mampu berbelanja untuk semua ini akan menyebabkan anak anak ditimpa dengan masalah physologi. Anak anak kecewa dan merasa rendah diri dikalangan kawan kawan.

Ada sesetengah sekolah memberikan pakaian pinjaman. Cukup tahun, ianya harus dipulangkan dan sekiranya baju itu rosak, duit cengkeram akan dipulangkan. Kaedah yang baik, cukup untuk meringankan beban ibu bapa. Tapi bukan semua sekolah menyediakan perkhidmatan ini.

Fikir kan sendiri. Mampukah anda? Membesarkan anak sudah cukup membebankan. Pengaruh kawan kawan dan rakan rakan turut menjadikan anak hilang rasa hormat kepada ibu bapa kerana ketidak mampuan mereka.

Ada ibu bapa turut merasakan beban apabila ada di kalangan guru guru yang turut menjual buku yang mahal harganya sehingga RM30.00. Ianya buku lukisan dan kepada murid murid yang teringin menjadi pandai di dalam matapelajaran lukisan, amat teringin untuk memilikinya. Malahan buku itu mempunyai pelbagai warna yang menarik. Itu baru satu buku dan bagaimana pula kalau ramai dikalangan guru turut menjadi agen penjualan buku sebegini?

Apakah ini yang kita mahu? Aku tidak mampu, tapi mungkin anda. Tapi aku percaya bukan aku seorang yang merasakan begitu, masih ramai lagi ibu bapa yang merungut seperti ini. Aku tahu, ada guru yang tahu perkara ini. Tapi apa kan daya, kalau dilawan, digelar pembangkang. Kalau diikutkan, bakal jadi bahan tohmahan.

Kenapa kerajaan Barisan Nasional suka membebankan ibu bapa. Suka meletakkan diri rakyat di dalam keadaan yang serba salah. Tidak keluar belanja, anak tidak sekolah. Hendak Diikutkan, kemampuan tiada. Istilah percuma sudah tiada lagi. Dan kalau ada pun sudah pasti kualitinya tiada. Akibatnya buang masa, anak kecewa dan ibu bapa pun hampa. CUkup lah sampai disini. Aku tak mahu lagi bebanan hidup bertali arus. Bukan setakat berdoa, kita juga mesti berusaha. Berusaha untuk merubah semua ini. Siapa yang perlu ditukar? Adakah guru guru, kakitangan kerajaan atau kerajaan pemerintah?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive