KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 21, 2008

Krisis oh Krisis

sebastianjoshua

Lama dulu kita sibuk pasal krisis kelapa, gula, tepung, minyak masak dan sekarang kita ada krisis beras. Belum kita cerita lagi yang bebarang naik harga mendadak seperti bawang, lada, sayuran, ikan udang sotong daging dan banyak lagi. Kelam kabut dengan barangan yang naik, dalam diam sebenarnya banyak lagi barang naik seperti barangan pembinaan, tol, pakaian sekolah dan bermacam macam. Batu ladung memancing pun naik harga.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Orang kata puncanya adalah dari minyak kerana minyak dunia sekarang ini dalam sekitar USD 129.50. Kalau harga minyak melambung tinggi maka SEPATUTNYA Petronas jadi makin kaya raya. Petronas tu kan hak kerajaan Malaysia maka SEPATUTNYA kerajaan Malaysia jadi kaya raya dan SEPATUTNYA kerajaan Malaysia ini asalnya dari rakyat maka SEPATUTNYA rakyat hidup senang dan kaya raya.

Sapa salah ni? Rakyat salah kerana terlalu bermewah ke atau kerajaan yang tidak stabil?

Lagi sedikit bab minyak. Rasanya dua tahun lepas Iran telah menyelar dunia kerana menggunakan matawang US Dollar untuk perdagangan. Hari ini terbukti bahawa matawang Amerika penyebab utama barangan dunia meningkat dengan mendadak. Minyak melambung bukan kerana permintaan mendadak tetapi kerana ekonomi Amerika telah runtuh.

Maka barangsiapa yang masih lagi taksub dengan US Dollar akan terperangkap satu hari nanti kerana matawang Amerika tidak akan bernilai lagi.

Itu krisis barangan, krisis moral dan kehidupan rakyat macam mana? Siapakah yang melambakkan pendatang haram di Malaysia? Kes jenayah yang melambung tinggi seolah olah tiada kesudahan. Rasuah seakan sarapan pagi yang wajib diambil untuk kesihatan poket. DAN siapa yang mencipta bohsia, borjan, mat rempit, mat pit, pelacuran dikalangan siswi serta lambakan bayi dalam tong sampah.

Adakah ibu bapa yang salah atau kerajaan yang tidak faham erti nilai modal insan?

Krisis terbaru, DRM keluar UMNO. Dikatakan bahawa salah Pak Lah yang menyebabkan ketidakstabilan UMNO dan salah Pak Lah menyebabkan PRU 12 hilang majoriti di Parlimen.

Siapakah geranan manusia yang memimpin UMNO selama 22 tahun sehingga menyebabkan rakyat jelata memandang UMNO sebagai anjing kurap yang tidak henti menyalak?

Siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan diri mereka kebal dengan undang-undang?

Siapakah manusia yang menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO yang hidup mewah, boros dan laparkan duit?

Siapakah manusia yang mendidik pemimpin-pemimpin UMNO yang riak, takbur, sombong, bongkak, besar diri, bangga diri dan tidak boleh ditegur?

Siapakah manusia yang melahirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa, kedudukan, pangkat untuk diri dan sanak saudara?

Dan akhir sekali, siapakah manusia yang meruntuhkan kehidupan masyarakat Malaysia dengan idea dan perancangan serta pembangunan pesat tanpa mengira kemampuan masyarakat untuk mengikutinya.

Oh sebelum itu, siapakah manusia yang mencipta pemimpin-pemimpin UMNO yang cukup berkuasa di dunia ini?

Krisis oh krisis, rakyat yang menjadi mangsa. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Burung Josh

sebastianjoshua
An amazing birds from paradise came and build a nest infront of me... Cool without any fear. My neighbours all are really surprise, never before this kind of bird can actually live with human.

People says that these birds brings luck... errr who want to buy my house? RM 1.5 million... Innocent


The nest at car porch


The bird smiling at me


Waiting turns to take care of their eggs

Bersama Umno New-baru!..ayuh.

kalamperdana - “Mahathir itu Umno dan Umno itu mahathir” , dahulunya. Namun hari ini tidak lagi. Sebenarnya satu penipuan jika dikatakan Umno yang ada hari ini telah berusia 62 tahun itu cerita karut wal marut. Umno hari ini adalah Umno baru bikinan Tun Mahathir idola saya. Maka setalah idola saya ini keluar dari Umno, sepetutnya rakyat melihat Umno bikinan Mahtahir telah hancur dan yang ada hari ini adalah Umno baru yang benar-benar baru. Lebih baru dari yang baru!

Ayuh bersama Umno ‘New-baru’ (istilah ‘upgrading’ yang belum di luluskan oleh Dewan Bahasa)….hehehe…

Tindakan idola saya semestinya memberi sinafikan yang tersendiri, ramai percaya factor utama adalah kerana Pak Lah cuba membuang Mahathirisme dalam Umno dan cuba mencantas benih Mahathir junior ( Mj) dengan meletakan KJ sebagai pencabar Mj.

Politik Mahathirisme dan ‘politik dua beranak’ ( pinjam istilah orang lain) telah mengalami zaman kemalapan, maka kejutan harus di cipta moga-moga segelintir ahli Umno panik dan menangis teresak-esak lagi persis masa-masa lalu, namun tidak. Nehii!! Umno tidak penik lagi dan saya lihat terus sahaja ‘cool’, lembut serta lemah gemalai.... selanjutnya.

JOM MURTAD DARI UMNO!


1426.blogspot- Para ahli totok UMNO sering menyamakan yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Sekiranya dilihat dari perlembagaan, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dengan sendirinya UMNO itu Islam.

Begitulah konsep ketuanan Melayu menjadi perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Walaupun dari segi perjuangan sebenarnya adalah KETUANAN UMNO di muka bumi tanah Melayu.

Setelah UMNO (original) dikuburkan oleh mahkamah dan UMNO (Baru) dilahirkan, masih sahaja propaganda yang keduanya adalah satu dan sama dicanangkan dengan menyambut ulangtahun UMNO (original) yang sudah tiada di muka bumi.

UMNO bukan agama, malah agama pun ada yang boleh keluar masuk sebagai penganut. UMNO mahu jadi lebih dari agama dan lebih dari Melayu walaupun nama UMNO itu sendiri bukan bahasa Melayu dan tidak semua penganutnya orang Melayu (seperti isteri presiden) dan Islam.

Sehingga dulu, kini dan selamanya menjadi slogan yang sekali pandang memang boleh memesongkan akidah. Masuk kubur nanti tiada pertanyaan, "Apakah nombor keahlian UMNO anda?" ... selanjutnya.

I'm no hero, says man who dared Dr M

nst - The reason, they say, is that he dared to challenge former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to take the lead in quitting Umno after he had goaded party members to leave the party temporarily as a sign of protest against the leadership of his successor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

But the 42-year-old Ismail, who is Jerlun Pas division deputy chairman, resented the hero tag.

"No. I never intended to challenge or dare him to make the first move," Ismail said here yesterday.

"I have been following his statements in the newspapers and I think many people would have expected him to make such a move and that it was just a matter of timing, and I am no hero.

"Honestly, I wasn't challenging him although he had responded by saying that he thought I was issuing him a challenge.

"I also did not ask him as a politician because the organisers had reminded us that it was an event to discuss the future of the Malays, regardless of their political affiliation."

Ismail added that he had attended the talk, organised by the Kedah Malay Assembly Hall on Monday, representing the non-governmental organisation, Badan Bertindak Warga Darulaman.

Ismail said he wanted to hear what Dr Mahathir had to say about the future of the Malays after the 12th general election.

On Dr Mahathir's announcement, he said it showed him as a man of his word.

Karpal receives a live cartridge

sun2surf - [...] A round of live cartridge and a note were sent to DAP chairman and Bukit Gelugor MP Karpal Singh today warning him of impending death if he continues to question the special rights and privileges of the Malays and the Malay Rulers.

Viewing the warning as a serious threat to his life, the lawyer lodged a police report in the Dang Wangi police headquarters at about 5pm today.

Speaking to reporters after making the report, Karpal, who was accompanied by his son and Puchong MP Gobind Singh, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang and two other DAP MPs, said the typed note and cartridge came in an envelope hand-delivered by a man to his staff in his office on Jalan Pudu Lama at about 12.45pm.

He said the man, who wore a helmet with a visor covering his face hurriedly left the office and sped off on a motorcycle on handing over the envelope.

Karpal, who was at home at the time, said his staff opened the envelope and a bullet fell out. After reading the note, she immediatly called to inform him.

The note which he showed reporters read: "Don't you try to question the privilages of the Malays. Dont you try to question the powers of the Malay Rulers. If you do not stop, this bullet will be embedded on your forehead. Remember this Bengali! Do not forget! This is your first warning!!!!.... selanjutnya.

Pas Perlu Waspada Dengan Mahathir

msomelayu - [...] Tidak cukup dengan majlis itu pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menghadiri majlis makan malam bersama Mahathir di sebuah hotel di Kota Bharu. Selepas itu Mahathir dipanggil untuk memberi ucaptama dalam satu persidangan mengenai Dinar Emas Kelantan di PWTC. Pas telah menggunakan pemikiran dan aura politik Mahathir mempengaruhi orang ramai.

Atas kerjasama ataupun layanan politik Pas kepada Mahathir mungkin telah memberi sumbangan kepada kemenangan besar Pas dalam pilihan lalu khususnya di Kelantan?
Berdasarkan strategi itu tidak hairan kini kalau ada orang berpendapat keputusan Mahathir itu terus memberi keuntungan kepada Pas. Malahan ada orang mula mengira bagaimana Mahathir akan turut berceramah di atas pentas Pas selepas ini. Peristiwa tahun 1969 akan berulang kembali.... selanjutnya.

Raja Politik Wang cuna tunjuk alim


tranungkite - " Ali Rustam di dalam blognya cuba menunjukkan dirinya seorang bersih, telus dan bertanggungjawab. Beliau menyampaikan kata-kata nasihatnya melalui blognya. Ali Rustam menasihatkan Pakatan Pembangkang supaya perlu menghentikan politiking mereka untuk membeli ahli-ahli parlimen BN. Kata beliau, usaha ini bukan sahaja tidak demokratik, tidak akauntibiliti, tidak telus bahkan korupted.

Seterusnya Ali Rustam mengomel lagi katanya usaha pembangkang yang berterusan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur beranggapan politik Negara tidak stabil dan akan membantutkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi kerana mereka akan tunggu dan lihat.

Kerana itu pembangkang patut hentikan taktik kotor ini. Mereka perlu hormati rakyat yang telah memilih BARISAN NASIONAL (BN) Kenyataan kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Rumah Sejahtera Orang Tua-tua di Paya Ikan pagi ini jam 10.00, 18 Mei 2008 Barangkali Ali Rustam lupa bahawa semua orang termasuk orang Umno tahu bahawa beliaulah sebenarnya pengamal politik wang di mana banyak aduan dibuat oleh ‘kumpulan’ penentangnya dalam Umno tentang pengelibatan Ali Rustam merasuah perwakilan Umno dalam pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden sehingga beliau berjaya memenanginya di belakang Isa Samad.

Nasib baik Pak Lah dan pemimpin Umno lain menyelamatkan beliau demi sehingga tidak dibuktikan bersalah untuk menyelamatkan maruah Umno kerana jika beliua dihukum bermakna dua orang Naib Presiden Umno terlibat dengan rasuah politik wang setelah Isa Samad dihukum. Semua orang kampong juga tahu siapa di belakang kontraktor-kontraktor melayu di Melaka sehingga projek-projek kecil pun disebat oleh orang-orang tertentu ini.... selanjutnya.

Mahathir is disloyal - Rafidah

thestar - Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation was an act of disloyalty to the party, said Wanita Umno chief Datuk Seri Rafidah Aziz.

She said she was shocked to hear about Dr Mahathir’s departure, considering that he was someone who always talked about being loyal to Umno.


Talk of the town: Opposition Leader Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail (left) chatting with Rafidah at the Parliament lobby yesterday.

“We understand that the issues raised by Tun was about leadership but this is a process that must take place graciously and it should not come to (the level of) bringing people down.”

Rafidah said that Umno’s position as the backbone of the Government also had to be taken into consideration.... selanjutnya.

Anggota Parlimen kutuk ugutan bunuh terhadap Karpal

bharian - [...] "Karpal tidak pernah menghina Raja-raja atau orang Melayu,” kata Anggota Parlimen Bagan itu.

Semalam, Karpal membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menerima surat ugutan berserta sebutir peluru hidup pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Karpal dipetik oleh sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, nota ugutan itu antara lain meminta beliau supaya jangan mempersoalkan kuasa Raja-Raja Melayu dan ia merupakan amaran pertama.... selanjutnya.

Golongan muda lebih tertarik dengan sumber berita Internet

utusmeloya - Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa sebahagian besar pengundi muda kini lebih tertarik untuk mendapatkan sumber berita dan maklumat dari Internet atau media alternatif berbanding media perdana.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan menyedari hakikat itu dan ia juga dilihat mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-12 lepas.

"Walaupun tidak ada kajian tepat yang dibuat bagi menyokong kenyataan tersebut setakat ini, suasana dan peredaran masa yang berlaku pada hari ini telah mendorong perubahan tersebut berlaku,” katanya.

Menjawab soalan Pang Tsu Ming (BN-Semambu) berkenaan keputusan pilihan raya ke-12 baru-baru ini adalah akibat golongan muda mendapatkan maklumat dari media alternatif berbanding media perdana, Mohd Sharkar berkata: "Persoalan golongan muda mendapatkan maklumat melalui media alternatif tidak harus menjadi isu kerana kerajaan memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat mendapatkan maklumat atau disebut “pendemokrasian maklumat”.

"Tetapi persoalan yang patut diberikan perhatian ialah tentang kesahihan maklumat yang diperolehi daripada sumber tersebut dan sama ada rakyat boleh membezakan antara maklumat yang benar atau dakwaan, spekulasi,” katanya.... selanjutnya.

Angkara Mahathir buat BN kucar kacir di Parlimen

harakahdaily - [...]Kata Mahathir, Abdullah tidak faham signal yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Mahathir menyertai tiga Presiden Umno sebelumnya iaitu Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn untuk bersara di luar Umno.

Ada banyak rumours diperkatakan di kalangan Ahli Parlimen (MP), wakil-wakil media dan orang-orang politik. Di mana sahaja sudut Parlimen, sama ada dalam dewan persidangan, ruang istirehat MP, lobi, kantin dan ruang legar, semuanya membincangkan topik mengenai Mahathir.

Ada yang kata bekas PM itu membuat keputusan tergesa-gesa, spontan dan tidak dirancang ketika dicabar seorang peserta perhimpunan.

Ada yang kata, Mahathir memang merancang untuk keluar Umno dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Ada yang kata, tindakan Mahathir keluar Umno didorong oleh tindakan Abdullah yang membenarkan Peguam Negara menyiasat kemungkin berlaku salahlaku bekas PM itu sebagaimana saranan Suruhanjaya Klip Video Lingam.

Apa pun andaian, hakikat yang disebut Mahathir amat jelas, beliau tidak mahu Abdullah menjadi Presiden Umno dan PM. Hanya jika Abdullah meletakkan jawatan baru lah beliau akan kembali kepada Umno.

... selanjutnya.

Azalina berbohong di Dewan Rakyat

harakahdaily - [...] Tegas beliau, tuduhan Azalina itu bersifat tohmahan dan finah terhadap kerajaan Kelantan apatah lagi ia dijadikan alasan untuk membatalkan perjanjian persefahaman program pelancongan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.

"Menteri tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kerana ia boleh memberi kesan kepada semua pihak yang mendengar hal ini, seolah-olah ingin menggambarkan kerajaan negeri Kelantan telah menganiayai staf pelancongan.

"Saya sudah merujuk isu ini kepada lima orang individu yang berkaitan iaitu Exco Perlancongan negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hasan; Exco Perlancongan negeri sebelumnya, Dato' Anuar Tan; Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan, Haji Mohd Arif Mohd Nor; Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan, Nik Azman Nik Ahmad dan Pengarah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Haji Sulaiman," katanya.

Berdasarkan penjelasan kelima-lima individu ini jelasnya, kes ini telah berlaku enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002.

"Mana mungkin Dato' Azalina boleh bangkitkan hal ini sedangkan beliau baru berkhidmat sebagai menteri Perlancongan selama dua bulan, kerana pada ketika itu menteri yang bertanggungjawab adalah Dato' Seri Abdul Kadir Syeikh Fadzir yang kemudian diambil alih oleh Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor," ujarnya. ... selanjutnya.

UMNO dah tak ORI?

Bharian - Datuk Mokhzani Mahathir mengesahkan bahawa beliau sudah menghantar surat keluar daripada Umno ke pejabat Umno Bahagian Merbok menerusi faks, semalam.

"Saya membuat keputusan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya.

Mokhzani, 47, bekas Ketua Pemuda Bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".
... selanjutnya.

1,649 missing children cases in 2007

thestar - More than half of the 242 children reported missing between January and March this year are still lost according to police statistics, Deputy Women, Family and Community Minister Noriah Kasnon said.

Replying to an oral question by Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Noriah said there were 1,649 cases of missing children reported last year.

"The ministry is serious about such cases and have taken numerous steps to tackle the issue," she said.

Noriah said of the 1,649 cases in 2007, 86% were from the 14-17 age group and that there was a high possibility that they ran away on their own.

"It also cannot be denied that the number of cases may actually be higher than what is reported because families may be embarrassed about reporting such cases."

... selanjutnya.

Sam kecam Mukhriz

agendodaily - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini mengecam tindakan anak buahnya Datuk Mukhriz Mahathir yang semalam umum beliau nak kekal dalam UMNO tetapi bagi syarat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan."Saya tak boleh terima dalam konteks kesetiaan dan tergamaknya beliau untuk meletakan keahliannya dalam parti dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk letak jawatan,"katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen.selanjutnya

Mukhriz akan di hadapkan ke jawatankuasa pengurusan parti

malaysiakini - [...] "Sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu," kata ketua pergerakan itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.

Beliau menambah, sebagai ahli parti, Mukhriz tidak wajar meletakkan syarat sedemikian kepada presiden parti dan perdana menteri.

Beliau juga menyatakan desakan Mukriz semalam bukan kali pertama dan tindakannya itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi Umno.

"Saya menyeru pemimpin dan ahli Pemuda Umno melihat ke depan dan merapatkan barisan," katanya.... selanjutnya.

GERAK kecewa pada BPR

malasiakini - [...] Dalam memorandumnya Ogos lalu kepada menteri belia dan sukan waktu itu Datuk Seri Azalina Othman Said, Yap mendakwa, elaun bulanan RM1,300 terus dimasukkan ke dalam akaun banknya bagi tempoh 14 bulan bermula November 2005 hingga Disember 2006 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18,200.

gerak malaysia sports council pc 270807Dakwanya lagi, separuh daripada wang tersebut perlu diberikan kepada seseorang menjadi pengantara dengan MSN bagi membolehkan elaun tersebut dibayar kepadanya.

Pengarah siasatan BPR Datuk Shukri Abdul berkata, selepas merakam percakapan 14 saksi termasuk Yap sendiri dan menjalankan siasatan bermula 12 September tahun lalu, BPR mendapati tiada bukti berlakunya permintaan rasuah oleh pegawai MSN terbabit.

"Kita juga sudah sedaya upaya mengesan mereka yang terbabit walaupun Yap tidak menyatakan nama dan jumlah wang yang diminta.
... selanjutnya.

Perhimpunan bulanan di pejabat SUK Selangor

Hah...perhimpunan di SUK. Menarik rujuk berita lanjut dari blog Teressa Kok.

Mokhzani quits Umno

The image “http://www.cuti.com.my/news/200803111029insidepix1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

TheSTar - Businessman and former Youth wing treasurer Datuk Mokhzani Mahathir announced Wednesday that he was quitting Umno.

His announcement comes two days after his father Dr Mahathir resigned from the party.

On Tuesday, Umno Youth exco member and Jerlun MP Datuk Mukhriz, who is also Mokhzani's brother, had announced that he will not quit the party.

He however called on Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to resign.

Selangor Baru 22 Jun

tranungkite - [...] Kalangan pengundi, penyokong Pakatan Rakyat, dan rakyat pendukung PKR, khususnya, pula mahu melihat perubahan yang dijanjikan semasa kempen PRU-12.

Menurut Haji Mohd Yahya Sahri, pegawai khas Tan Sri Khalid, lebih 20 item dalam manifesto PR bakal dinikmati rakyat Selangor, menjelang 2012. Yakni, secara berperingkat!

Menurut Tan Sri Khalid selaku MB, mulai Jun ini, rakyat Selangor mendapat air bersih percuma bagi kegunaan sehingga 20 meter padu setiap bulan, bersamaan RM11.40.

Para pelajar yang mendapat tempat belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, bakal menerima bantuan khas sehingga RM1000.

"Bagaimana pula dengan pertukaran ketua-ketua jabatan dan bo-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang "diragui" tindak tanduk mereka, atau kini masih "memihak" kepada Dr. Khir Toyo dan geng Umno?" Tanya penyokong, petugas, pemerhati @peminat PR.
Dr. Khir Toyo menerusi blog sendiri, dan Senator Tan Sri Muhamad Taib, menerusi media arus perdana, terus berusaha meneropong, mengkritik dan 'mengambil berat' terhadap pentadbiran negeri Selangor yang diterajui Tan Sri Khalid@PKR.
"Bila lagi Tan Sri Khalid nak bertindak, tukar itu, ubah ini, buat itu...Mengapa lambat sangat?" Tanya penyokong, petugas, pemerhati@peminat PR.
Mungkin selepas 100 hari pertama. Tunggu tarikh 22 Jun 2008. Era Selangor baharu, mesti dimulakan. Kita yakin, Tan Sri Khalid (dan barisan kepemimpinan PR) tentu sudah sedia dengan senarai pelan tindakan konkrit yang bakal direalisasikan mulai tarikh tersebut.
"Kita harap ketua-ketua jabatan atau bos-bos syarikat milik kerajaan negeri, yang berasa diri mereka bakal "diganti" selepas 100 hari PR mentadbir Selangor, segeralah undur secara terhormat, atau 'dihapuskan'". Tegas kumpulan 'advocat' PKR.
"Tan Sri Khalid dan barisan kepemimpinan PR Selangor, pasti sudah menyediakan sejumlah pakar dan korporat yang lebih profesional, berpengalaman, tidak rasuah, berjiwa rakyat, jujur, amanah, dan tekun bekerja, yakni lebih hebat daripada tinggalan MB Selangor terdahulu. ... selanjutnya.

No2umnO - Kekadang kita kena jadi RAKUS seperti UMNO. Kalau tak, rakyat tak paham.

10 bergilir ‘ratah’ pelajar

Hmetro - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di negeri ini terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi hamba seks kepada 10 lelaki, termasuk kekasihnya ketika ponteng sekolah selama tiga hari.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh semua suspek dalam tempoh terbabit sejak 9 Mei lalu.

Dia dikesan keluarganya, Sabtu lalu, selepas sembilan hari dilaporkan hilang berikutan memencilkan diri di rumah seorang rakannya di Muar, Johor.

Menurut sumber, mangsa terpaksa menceritakan penderitaannya apabila didesak keluarga yang kemudian membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penangkapan sembilan suspek pada hari sama.... selanjutnya.

Suami Mas Anizan, Dato Ali Bapoo ... meninggal dunia

Hmetro - Datuk Ali Bapoo, ahli perniagaan yang mengahwini artis terkenal 90-an, Mas Anizan Mohd Shahid, meninggal dunia di rumahnya di ibu negara akibat serangan angin ahmar jam 7.55 petang kelmarin.

Allahyarham yang berusia 61 tahun yang juga bekas adik ipar Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Makam Diraja Pekan di sini, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Allahyarham meninggalkan dua anak, Mas Aliza, 13 dan Mohd Masli Daniel, 8, hasil perkongsian hidup dengan Mas Anizan.

Menurut Mas Aliza, keadaan kesihatan arwah bapanya tidak memuaskan sejak beberapa tahun lalu hingga memaksa arwah menerima rawatan hampir setiap bulan.
... selanjutnya.

Surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman ... dulu la

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma'af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra'ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta'akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra'ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta' berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo'a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Ada yang layak jadi Presiden Israel - Mahathir

harakahdaily - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini.

"Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.

Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.

"Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis.

LINGAM: Goreng pisang panas

malaysiakini - [...] Lima puluh nashkah yang dijual di jabatan halehwal perundangan, Jabatan Perdana Menteri, mulai jam 3 petang tadi, habis dibeli dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.

lingam tape 160508 reportLaporan tersebut - yang mengandungi empat jilid - dijual dengan harga RM541. Mereka yang gagal membelinya hari ini terpaksa menunggu cetakan semula.

Yang menariknya, difahamkan firma guaman Datuk VK Lingam memberi 10 nashkah laporan tersebut.

Ekoran laporan tersebut telah habis dijual hari ini, maka menyiarkan jilid pertama setebal 191 muka surat - yang merupakan bahagian utama laporan tersebut - dalam versi PDF.

Jilid kedua (1,187 muka surat) mengandungi nota-nota mengenai bukti, manakala jilid ketiga pula mengandungi semua pengisytiharan berkanun (513 muka surat) yang dikemukakan kepada suruhanjaya diraja dan jilid terakhir mengandungi bahan bukti (998 muka surat).... selanjutnya.

Baghu 3 bulan Yeop .......

http://www.motiontrends.com/2006/m02/volvo/volvo_s80_bs.jpgRadenjowo
Hebat.....orang politik, memang hebat. Bukan semua tapi tak ramai. Tak selalu tapi kadang kadang. Yang betul kita puji tapi yang melencong, kita kritik. Kritik membina bukan kritik membabi buta. Bimbang kalau kalau terlanjur, susah nak berundur. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah nanti membawa padah. Jangan dah ngandung, baru nak pakai baju kebaya. Jangan dah botak, baru nak pakai tudung.

Artikel yang wak baru cerita sebelum ini berkenaan dengan bekas Ketua AMK, Johor, merangkap bekas orang kuat Ezam, yang Pulang ke kampung halaman, Sungai Besar nak cipta kuasa. [rujuk: Gila talak dalam politik]

Bukan tak boleh ..... boleh, tapi kena ingatlah, sebelum ini dia dah letak jawatan dan tinggalkan parti, alih alih nak kembali rebut kuasa. Itu kata orang disana.

Ada kemenangan yang membawa berkat dan ada yang membawa mudarat.

Pekan Sungai Besar bukan lah pekan besar. Nama nya saja Besar, tapi kalau duduk disana, semua kenal antara satu sama lain. 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan sebulan kalau kalau ada yang nak cuba jalan kaki.

Pekan kecil itu membolehkan kita Alik alik jumpa muka yang sama. Ke kanan pun dia, ke kiri pun dia. Keluar pagi jumpa si polan, malam pun boleh jumpa muka yang sama. Kalau yang kaki mengeteh (minum teh di kedai) pula, asyik asyik sembang dengan orang yang sama. Kalau tak bertemu satu hari, mereka akan kirimkan berita. Begitu lah perihatinnya orang sana.

Cuma kita kene ingat, Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang ..... lebih besar kalahkan mulut tempayan.

Kali ni wak nak cerita tentang seteru Nasir Tasrip, bernama Bakhtiar. Menyandang gelaran Ketua AMK Bahagian Sungai besar. Bukan YB tapi cuma ketua AMK. Sebelum pilihanraya tempoh hari, dia dan van buruknya kesana kemari. Membawa penuh dengan muatan poster poster pilihanraya untuk ditampal. Macam macam gambar poster yang diusung, termasuklah gambar DS ANwar Ibrahim dan Ustaz Badrul Amin. Perjuangan contoh kepada rakyat setempat.

Ada ahli PAS yang merungut kerana tidak dibenarkan membantu. Tak tahu kenapa, tapi sejak itu, penyokong PAS tidak mahu bertanya soal poster dan masing masing dengan operasi tampal masing masing. Selepas selesai pilihanraya, banyak poster masih berada di dalam Vannya.

Sebelum ini, Bakhtiar memang aktif dengan pasukan kompang dan aktiviti kemasyarakatan. Maklumlah, kuasa belum ada, kerja pun kurang. Kalau nak tengok Bakhtiar menebeng di kedai kopi dan majlis rakyat, pasti ada muka dia. Jolokan mesra alam memang sesuai untuk dia kerana ketika itu Alam pun mesra dengannya.

Pernah sebelum pilihanraya yang lepas, mahu kan namanya menjadi calun pilihanraya, tidak cukup syarat syarat, maka PAS mengambil peluang pencalunan. Tak per la, kerana Bakhtiar pun masih muda dan mungkin pada PRU 13 nanti, akan ada peluang.

Itu Bakhtiar dulu, Bakhtiar sekarang lain pulak ceritanya..... Selepas bekerja keras bersama VAN buruknya ketika pilihanraya, kini Bakhtiar sudah tukar kenderaan. VOLVO S80, baru tu beb..... Waduhhhh tijah, hebatnya. Banggalah penduduk kampung dengan kejayaan anak bangsa. Buat contoh pada jenerasi akan datang ..... atas mana yang baik aje.

Bagaimana dia dapat kereta itu? Itu kena tanya dia beb......gua tak mau cerita, takut tohmah pulak. Bagaimana, siapa dan bila dia mendapat kereta itu bukan wak punya tanggung jawab. Itu adalah tanggung jawab masyarakat dan kepimpinan untuk tanya sendiri. Kalau tak betul..... diingat ingatkan. Kalau melencong....dibimbing bimbingkan. Pada yang tak bertanya sesat jalan. Jalan tak der papan tanda pun boleh buat orang sesat.

Dcngar cerita, Bakhtiar dah tak campur penduduk kampung lagi. Maklumlah, tanggung jawab besar, kerja banyak dan jadual pun penuh. Macam macam nak rancang untuk persedian PRU13 akan datang. Hah..... orang kampung jangan tak tau. Tapi kesian gak orang kampung, duduk tepi kedai ..... vooooossshshhh pemimpin lalu depan dengan kereta yang berkilat belum berkarat.

Cuma tanggung jawab wak adalah mengingatkan kepada para pemimpin agar, jangan lepas geram. Berubah perangai selepas menang. Banyak cerita tentang PKR ni, tapi takut dedah banyak banyak ..... usaha tutup UMNO tergendela pulak. Tapi dalam usaha, kena ingat. Nanti orang kata No2umnO belasah satu pihak aje.

Wak ingat lagi pesan DS Anwar Ibrahim ketika awal tempoh kemenangan dulu, agar jangan belanja pada yang bukan bukan. Sedangkan Exco Selangor sendiri di larang menggunakan rumah banglo EXCO di Shah Alam dan menukar kenderaan baru. Tapi DS Anwar tak boleh kawal semua.

Kalau boleh yang di atas jaga di bawah. Di bawah jaga di dasar dan di dasar jaga akar. Baru lah semua berjaga jaga. Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada hidung cium, ada perut ... tapi jangan kembong.

Hai Yeob....buat sabor sabor le....baghu 3 bulan. Mate oghang kampung terbeliak tu yeop.

Ezam mengamuk

matsamankati - [...] Dua artikel yang siap dengan gambar semasa mesyuarat Gerak telah di'delete' kan dari blog tersebut. Malah mungkin juga Ezam mengamuk kerana rakan-rakan beliau telah mula mempromosikan Ezam sebagai bakal Ketua Pemuda Umno.

Ezam perlu ingat, dia sudah banyak mengorbankan rakan-rakan didalam reformasi untuk kepentingan dirinya. Lokman Adam banyak mengetahui rahsia beliau.Begitu juga dengan rakan-rakan yang kini terpaksa merempat seperti Zool Helmi Yahya, semata-mata kerana ingin menyelamatkan Ezam dari politik kotornya. Tetapi selepas matlamat Ezam tercapai, rakan-rakan dibiarkan begitu sahaja.

Ezam memang sudah lama mahu kembali kepangkuan Umno. Malah semasa Roslan Kassim dan Gang 12 belot dan menghentam Keadilan dalam PRU11, Ezam sebenarnya merupakan perancang utama. Tetapi apabila dimarahi Anwar, beliau kecut disaat akhir. Apatahlagi permintaannya untuk sebuah kerusi Menteri tidak dilayan oleh Najib. Ezam merelakan rakan-rakanya seperti Roslan Kassim, Hanapiah Man, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip masuk kedalam Umno, untuk dijadikan penghubung dan 'safety valve' bila dia masuk menyertai Umno.... selanjutnya.

Opposition MPs twice tried to refer Azalina to Committee of Privileges

sun2surf - Opposition MPs twice called for Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said to be referred to the Committee of Privileges while winding up the debate for her ministry in Parliament today.

Azalina first riled Opposition members when she said the signature events in the Opposition-led states were dropped because of a negative experience in Kelantan before.

"We have experienced it in Kelantan, whereby the staff of the State Tourism Action Council (MPTN) were not paid (their salary) for three months," she said to a point raised by Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak).

She then told Nga Kor Ming (DAP-Taiping), who said she should have displayed a more respected political maturity, that the decision was made because of the contradicting policies between those practised by the federal and state governments.

This prompted shouts of protests from Opposition MPs like M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) and N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and many of them stood up to argue, including Nga and Mohd Azmin.... selanjutnya.

Politik Tiga Beranak Lawan Politik Dua Beranak

mesomelayu - [...] Orang cekap dan pintar dalam politik dapat membuat kesimpulan mudah dengan sikap Mukhriz itu. Mengapa beliau tidak keluar Umno dan semacam kontras dengan langkah bapaknya. Ada motifnya! Sebenarnya Mukhriz berbuat begitu bukan kerana politiknya tetapi atas nasihat bapaknya juga. Suara politik Mukhriz sebelum ini pun adalah air liur bapaknya.

Semacam tektik Mukhriz berbuat begitu. Dia mungkin tahu dan sedar kalau dia bertindak keluar Umno ianya tidak memberi apa-apa kesan dan untung. Malahan tindakan itu boleh memberi kesan buruk kepdanya. Begitu juga kalau beliau melepaskan kerusi Parlimen Jerlun ia satu kerugian besar. Menyebabkan suara Mahathir tidak akan sampai lagi ke Parlimen.

Sekurang-kurangnya kalau beliau terus tercokol di situ beliau dapat membawa suara bapanya ke dalam Parlimen.

Apa yang Mukhriz dan bapaknya berharap daripada tindakannya itu ialah mereka mahukan Mukhriz diambil tindakan disiplin oleh Umno. Mereka mengharapkan Mukhriz dipecat daripada Umno. Apabila Mukhriz dipecat maka simpati kepada Mahathir akan bertambah-tambah. Itulah motif di sebalik tindakan Mukhriz itu.... selanjutnya.

Mahathir mulakan plan B

"Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia" - Tun Mahathir

"Kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah" - Anwar Ibrahim.
siasah - Selain daripada menyatakan kegembiraan atas keputusan beliau dan menganggap tindakan itu mengambarkan kehancuran yang sedang berlaku dalam parti Umno, ada beberapa perkara yang perlu dilihat serta dianalisis terutamanya oleh pembangkang.

Berpuluh tahun berada kancah politik Malaysia dengan 22 tahun daripadanya sebagai Perdana Menteri adakah Mahathir meninggalkan Umno semata-mata kerana
emosi beliau yang terlalu kecewa dengan pimpinan Umno sekarang yang disifatkan tidak demokratik, lupa perjuangan, pembodek dan macam-macam lagi itu.

Mahathir memulakan apa yang boleh disebut sebagai peperangannya dengan Abdullah tidak lama selepasjawatan Perdana Menteri itu diserahkan oleh beliau sendiri kepada Abdullah. ... selanjutnya.

Mukhriz wants to be his own man

malaysiainsider - There may have been a time when Datuk Mukhriz Mahathir was known for being the son of Tun Dr Mahathir Mohamad, for 22 years the most important man in Malaysian politics. If so, that time has passed.

At 6pm today, Mukhriz stepped out from under his formidable father's deep shadow when he announced his decision to stay on in Umno and continue to challenge the party leadership from within.... selanjutnya.

KEADILAN tawar Mahathir masuk Parti

MStar - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau sentiasa mengalualukan Dr Mahathir atau anggota Umno lain untuk menyertai PAS, malahan sanggup bekerjasama dengan bekas presiden Umno selama 22 itu dalam perjuangan menuntut kesejahteraan rakyat dan negara.

"Kami sedia terima sesiapa sahaja yang nak sertai PAS termasuk Tun (Dr Mahathir) tapi terpulanglah kepada diri masingmasing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membuka pintu parti itu kepada Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat.

"Kami amat mengalualukan mereka (anggota Umno)," kata Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu.

"Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan...saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr Mahathir," katanya kepada pemberita di Shah Alam ... selanjutnya.

No2umnO - Macam perli je .....

Mukhriz tidak ikut Mahathir, tapi desak PM undur

Tidak ikut jejak Dr M: Anggota Parlimen Jerlun dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir bersama penyokong-penyokongnya selepas sidang media di Hotel Seri Pacific hari ini.

MStar - "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti".

Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad - terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.

Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.... selanjutnya.

'Ayah Pin ipar saya'



Kosmo - "Saya tak pernah menuntut ilmu dengan Ayah Pin."
Demikian penafian Mohamed Nor Awang, 57, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ketua ajaran sesat itu sehingga mendorongnya mengikut gaya hidup Ayah Pin berkahwin empat.

Bagaimanapun, menurut pemandu lori itu, beliau memang mengenali rapat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 68, kerana mempunyai ikatan kekeluargaan dengan lelaki berkenaan.

"Dia menjadi adik ipar saya selepas dia berkahwin dengan adik saya, Che Jahara Awang (isteri kedua Ayah Pin)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Mohamed Nor, beliau tidak tahu mengenai sebarang ilmu yang dimiliki pemimpin 'Kerajaan Langit' itu termasuk kononnya boleh memikat wanita untuk dijadikan isteri kerana tidak pernah menjadi pengikutnya.

... selanjutnya.

Rasuah: Bekas penguat kuasa MBSA dipenjara 4 bulan

utusmeloya - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah memperoleh rasuah RM150 daripada seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dianggap olehnya telah berkelakuan tidak senonoh.

Hakim Azimah Omar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ramdzan Abd. Rahim, 33, yang ketika kejadian bertugas di Unit Taman MBSA. Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh akan dipenjarakan selama enam bulan lagi.

Ramdzan didapati telah secara rasuah memperoleh suapan tersebut daripada Mohd. Khairol Khelmi Mat Jani untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya dan rakannya, Puteri Nur Hazwani Megat Mohd. Fauzi.

Suapan tersebut sebagai dorongan kononnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan oleh tertuduh telah berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Ramdzan didapati memperoleh suapan tersebut pada pukul 3.55 petang, 9 Mei 2004 di restoran KFC di tingkat bawah, Kompleks PKNS di sini.

... selanjutnya.

Karpal terima ancaman peluru hidup

karpal singh live bullet threat police report 200508 03malaysiakini - [...] Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive