KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Lucah. Show all posts
Showing posts with label Lucah. Show all posts

Oct 13, 2008

Laman web lucah mudah dilayari



Bharian | SEORANG pembaca Berita Minggu terkejut menerima jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa daripada 25 laman web lucah yang sangat popular terutama di kalangan remaja hanya dua yang boleh disekat.

Selebihnya tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat atau menutup laman web berkenaan.

Khairul Amir yang bimbang dengan perkembangan laman web lucah di negara ini membuat aduan itu kepada SKMM dan menerima jawapan yang mengejutkannya kerana laman web lucah itu bukan saja bebas beroperasi di negara malah mengaut keuntungan besar.

Pengendali laman web pula dikatakan mampu mengelak undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang longgar dan pemeriksaan pengawasan pula hanya dijalankan secara rambang serta berdasarkan aduan. ... selanjutnya.

Jun 19, 2008

Nafsu songsang

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/bangunansekolah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Dengan upah antara RM30 hingga RM50 bagi sekali layanan, seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan bebas menjadikan pelajar lelaki di sekolahnya sebagai tempat melampiaskan nafsu songsangnya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan keji guru berusia 37 tahun berasal dari Klang, Selangor, yang menjadikan kuarters guru sebagai tempat memuaskan nafsunya terbongkar selepas keluarga seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi mangsanya membuat aduan polis, Sabtu lalu.

Difahamkan, keluarga pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas mengetahui guru terbabit menjadikan anak mereka sebagai mangsa.... selanjutnya.

May 21, 2008

10 bergilir ‘ratah’ pelajar

Hmetro - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di negeri ini terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi hamba seks kepada 10 lelaki, termasuk kekasihnya ketika ponteng sekolah selama tiga hari.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh semua suspek dalam tempoh terbabit sejak 9 Mei lalu.

Dia dikesan keluarganya, Sabtu lalu, selepas sembilan hari dilaporkan hilang berikutan memencilkan diri di rumah seorang rakannya di Muar, Johor.

Menurut sumber, mangsa terpaksa menceritakan penderitaannya apabila didesak keluarga yang kemudian membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penangkapan sembilan suspek pada hari sama.... selanjutnya.

May 13, 2008

LAMAN WEB LUCAH BUATAN MALAYSIA

Tak ramai yang tahu tentang ujudnya laman web lucah di Malaysia. Dikatakan terdapat 4,000 clip lucah di dalam satu laman web tersebut. Yang menarik, Pemuda UMNO ni tahu tentang perkara seperti ini. Bagaimana pulak dengan pemantau laman blog? Kadang-kadang ada yang cekap pada benda benda seperti ini...rujuk berita berikut ...

Laman web papar video dan gambar lucah rakyat Malaysia
Satu laman web yang memaparkan 4,000 klip video dan gambar rakyat Malaysia dalam pelbagai aksi seks yang melampau telah mendorong Pemuda Umno Negeri Sembilan mendesak pihak berkuasa supaya bertindak.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata video lucah membabitkan gadis-gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu, menjatuhkan kesucian agama Islam.

Katanya, laman web itu bukan sekadar memaparkan aksi lucah tetapi mengandungi juga sebuah video memaparkan seorang wanita berstatus isteri ditangkap berkhalwat oleh suaminya dan seterusnya menunjukkan perbuatan suami serta rakannya membelasah lelaki itu.

Jamlus berkata badan yang bertanggungjawab memantau internet sepatutnya menyekat kewujudan laman web seperti itu dari peringkat awal.

"Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca dari perbuatan seperti ini,” katanya - Bharian

IKLAN SEKS DALAM BUKU PANDUAN TALIPON


ANTARA iklan khidmat seks yang dipaparkan pada buku panduan telefon terbaru yang telah diedarkan di seluruh negara.

kosmo - [...] Tanpa disedari, iklan-iklan berbau perkhidmatan seks yang dipercayai bernilai lebih RM1 juta telah tersebar ke seluruh negara dengan sewenang-wenangnya walaupun ia telah diharamkan.

Sekurang-kurangnya 70 iklan perkhidmatan urut dan teman penghibur bagaikan 'dihalalkan' apabila didapati dicetak pada enam helaian muka surat dalam buku panduan telefon iklan dan diedarkan secara percuma sejak pertengahan tahun lalu.

Sebahagian besar iklan tersebut hanya memaparkan nombor telefon bimbit dan bentuk perkhidmatan yang disediakan tanpa menyatakan alamat pejabat yang lengkap, dipercayai bagi mengelak premis operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah ada juga yang memaparkan lukisan gadis-gadis dengan aksi yang seksi serta perkataan-perkataan Inggeris yang me narik perhatian pelanggan seperti 'pleasure,' 'young friendly companion,' 'secret' dan 'indoor and outdoor services.'...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Manakala KDN berkata -

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan pihaknya terlepas pandang sehingga buku panduan telefon iklan melampau bagi edisi 2007/08 telah diterbitkan dan diedarkan ke seluruh negara. Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penerbitan KDN, Zailani Hashim."Kami mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak buku di negara ini diterbitkan, bahkan mencecah jutaan buku."Jika kita teliti satu persatu, pasti tak sempat dan ke biasaannya kita hanya mampu mengambil tindakan setelah ia berada di lapangan (pasaran) selepas menerima aduan atau maklumat," katanya. Rujuk [DISINI]


Posting terkini

Blog Archive