Tak ramai yang tahu tentang ujudnya laman web lucah di Malaysia. Dikatakan terdapat 4,000 clip lucah di dalam satu laman web tersebut. Yang menarik, Pemuda UMNO ni tahu tentang perkara seperti ini. Bagaimana pulak dengan pemantau laman blog? Kadang-kadang ada yang cekap pada benda benda seperti ini...rujuk berita berikut ...
Laman web papar video dan gambar lucah rakyat Malaysia
Satu laman web yang memaparkan 4,000 klip video dan gambar rakyat Malaysia dalam pelbagai aksi seks yang melampau telah mendorong Pemuda Umno Negeri Sembilan mendesak pihak berkuasa supaya bertindak.
Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Jamlus Aziz, berkata video lucah membabitkan gadis-gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu, menjatuhkan kesucian agama Islam.
Katanya, laman web itu bukan sekadar memaparkan aksi lucah tetapi mengandungi juga sebuah video memaparkan seorang wanita berstatus isteri ditangkap berkhalwat oleh suaminya dan seterusnya menunjukkan perbuatan suami serta rakannya membelasah lelaki itu.
Jamlus berkata badan yang bertanggungjawab memantau internet sepatutnya menyekat kewujudan laman web seperti itu dari peringkat awal.
"Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca dari perbuatan seperti ini,” katanya - Bharian
0 comments:
Post a Comment