malaysiakini - [...] "Memang ada pemimpin dalam Umno, di hadapan Pak Lah dia bercakap lain, dan ketika berada di akar umbi dia bercakap lain," kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
"Sekiranya tidak berpuas hati dengan Pak Lah dan kepimpinan Umno, kemukakan pandangan, dan jangan jadi hipokrit."
Bagaimanapun beliau enggan menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkan oleh Abdullah.
"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas," katanya kepada Malaysiakini.
Semasa berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-62 penubuhan Umno, Abdullah mengkritik "pemimpin dua wajah".
"Sudah ada peluang bermusyawarah, bermusyawarahlah kita habis-habisan.
"Jangan kat dalam kata lain, kat luar kata lain pula... kacau-bilau nanti.
"Kita sudah gunakan amalan demokrasi untuk capai keputusan... jadi gunakan sebaik mungkin," katanya di perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
BUKAN SEMUA ORANG SUKA PADA KITA.
1 minute ago
0 comments:
Post a Comment