Aku teringat cerita P Ramlee. Alibaba Bujang Lapuk. lagu yang sampai sekarang masih bermain dalam memori card kepala otak aku .... Di dalam satu babak, Marjina [orang gaji Kassim baba] tuntun si apek tukang jahit untuk datang ke rumah untuk jahit badan Kassimbaba yang dipotong oleh perompak. Dia ada menyanyikan lagu, lebih kurang gini (tentang cerita)
Aiya! Cik Siti (Oh My! Miss Siti)dan bila berita tentang lompat parti ini, lebih kurang aje cerita nye. Semua nya kerana lompat longkang untuk jahit masalah .... Orang tu kata orang ni lompat, orang ni kata, orang tu lompat. Sampai sekarang tak der yang lompat. Orang kat luar ni yang melompat lompat .... Rujuk berita ini ....
Aiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana dah tak heran
Ente tutup mata ana tak tentu jalan .
Marilah apek oi mari sayang
Ikutlah ana apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah oi perlahan-lahan .
Ana tak nak bimbang ana tak nak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab .
Oh Apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ente cepatlah cepat .
Awas Pek longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang .
Mana Lompat Haiyaa Lompat
Haiyaa Lompat apek lompat .
Haiyaaaaaa.........
Adun Pakatan lompat parti?
malaysiakini - "Saya tidak mahu terbabit dalam perdebatan ini, bila tiba tiba masanya kebenarannya akan diketahui juga...masa akan menentukannya," katanya berulangkali mengenainya hari ini.
Hee, yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri (DUN) Perak, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tahu mengenai khabar angin itu, tetapi mendakwa tidak tahu siapa yang di belakangnya dan motif mereka berbuat demikian.
"Khabar angin hanyalah khabar angin. Kita tidak boleh menyekat orang nak sebar khabar angin...saya tidak ada masa untuk menyiasat siapakah yang menyebarkannya," tambah beliau.
Hee mencipta sejarah pada 22 April lalu, apabila dilantik sebagai wanita dan orang kurang upaya (OKU) pertama menjadi timbalan speaker di DUN....selanjutnya [KLIK DI SINI]
0 comments:
Post a Comment