malaysiakini - [...] Gerakan Mansuh ISA (GMI) berkata kerajaan tidak wajar terus menahan Buhary Seyed Abu Tahir di kem tahanan Kamunting di Taiping jika ia mempunyai bukti warga Sri Lanka itu menjadi orang tengah antara Scomi Precise Engineering, sebuah syarikat milik anak perdana menteri, dengan program nuklear Libya.
"Siasat jaringan BSA Tahir dan dakwanya di perbicaraan terbuka dan adil dengan bukti kukuh penglibatannya dengan senjata nuklear," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata jika kerajaan enggan berbuat demikian, ia akan dilihat cuba menutup misteri penglibatan Tahir melalui penahanannya bawah ISA.
Scomi, yang diterajui oleh Kamaluddin Abdullah, menafikan penglibatan syarikat itu membekalkan "centrifuge" ke Libya dan menegaskan penghasilan kompenan itu untuk projek loji petroleum dan gas untuk kegunaan di Dubai.
Syed Ibrahim mengulas kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk terus menahan Tahir sejak Jun 2004. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 13, 2008
Dakwa tahanan ISA isu senjata nuklear
Labels: Scomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment