almuslimin2 - [...] Kita mesti faham bahawa selepas merdeka Komunis telah mengadakan gerakan pemberontakan komunis di hutan dan di bandar dan menyerap dalam persatuan politik dan buruh. Ini lah suasan politik pada masa itu.Orang melayu merupakan tulang belakan pasukan askar yang berjaya mematahkan gerakan pemberontakan kominis. Walau pun sebahagian besar pemberontak kominis adalah orang Cina , ramai orang Cina mahu hidup aman dan berniaga.
Dari situlah tercetusnya 13 mei dan berita berkaitan peristiwa ini ada yang di tulis dan ada yang hanya di ceritakan dari mulut ke mulut. Sebuah buku yang di anggap laporan kertas putih peristiwa 13 mei di keluarkan oleh kerajaan untuk memberi tahu rakyat tentang peristiwa itu . Saya masih ingat kempen jangan percaya khabar angin yang di siar melalui radio dan tv . TV masa itu hitam putih dan saya rasa program yang paling menarik masa itu ialah ultraman.
Pertempuran berlaku hanya di KL dan ia tidak berlaku di Kelantan atau Terengganu. Memang pada masa itu saya masih kecil dan saya tidak mendengar pun orang melayu bunuh orang Cina di Terengganu. perkara ini telah di puji oleh ramai bangsa yang bukan melayu kerana ia menunjukkan Islam mengatasi segala nya dalam tindakan orang melayu terengganu.
Mengikut cerita , terdapat kejadian menyedihkan dan boleh dikatakan pembunuhan beramai ramai terhadap orang Melayu islam di KL dalam kekalutan rusuhan. Di dalam sebuah panggung wayang di kawasan majoriti Cina , penonton melayu melihat tulisan cina disiar pada screen. Orang Cina mula keluar tetapi orang melayu yang tak tahu bahasa cina masih terus menonton. Selepas itu lampu di padam dan orang melayu yang keluar melalui pintu yang sempit di bunuh seorang demi seorang. Sampai sekarang kalau saya tengok panggung wayang lama di KL saya akan teringat kisah sedih itu.
memgikut cerita orang tua , sungai klang penuh dengan mayat orang melayu dan cina dan india yang menjadi mangsa tragedi 13 mei. terdapat serang menyerang kampung stinggan dan usir mengusir . Begitulah kelam kabut nya keadaan. Mujurlah askar berjaya mengembalikan keamanan dan peristiwa itu berakhir dengan cepat walau pun perasaan marah masih membara di kalangan mangsa di semua pihak.
13 mei membawa cerita sedih tetapi 13 mei juga lah yang menyebabkan kesedaran di semua pihak betapa penting nya semua bangsa di malaysia menghormati dan toleransi antara satu lain. Punca ketidak seimbangan pemilikan ekonomi yang di anggap faktor penyebab 13 mei telah cuba di perbetulkan dengan program socio ekonomi Dasar ekoonomi baru yang bermatlamat menjadikan target penyamaan ekuiti bumiputera 30 peratus.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 13, 2008
Mengingati peristiwa 13 mei 1969
Labels: 13 Mei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment