harakahdaily - [...] Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, media sebenarnya banyak mengeksploitkan kenyataan Pengerusi DAP sehingga ia dianggap menyimpang daripada kenyataan asal.
Sebenarnya masih banyak lagi isu lain yang perlu diketengahkan terutamanya kekurangan dan kenaikan harga beras yang cukup membebankan rakyat sekarang,� katanya di sini, baru-baru ini.
Menurutnya juga adalah menjadi hak Karpal untuk menyuarakan pendapat peribadinya atas kapasiti sebagai seorang pemimpin.
Namun kata beliau sekiranya media tidak memberi liputan meluas terhadap isu tersebut, ia tidak akan menjadi besar dan berpanjangan.
Jadi saya harap media usah memperbesarkan isu itu sahaja, jangan pula ikut rentak dia (Karpal), kalau tak sampai bila pun tak selesai.
Dalam keadaan sekarang media sepatutnya memberikan fokus kepada isu dan agenda negara menghadapi cabaran yang lebih besar khususnya bidang ekonomi,� ujarnya.
Katanya juga ekonomi dunia sekarang semakin terancam dan ia memerlukan perhatian pemimpin negara dan bukannya menyembunyi kekalahan teruk pemimpin Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu....selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 13, 2008
Isu Karpal dicetus cubaan media tutup kelemahan pemimpin negara
Labels: Karpal Singh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment