Sinarharian - Perancangan untuk mengadakan forum ‘Dari Gelap Kepada Cahaya Kebenaran’ di Masjid Jamek akhirnya terpaksa diadakan di tepi jalan berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) selepas diarahkan bersurai oleh polis, petang semalam.
Forum anjuran Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) ini bertujuan membangkitkan rentetan reformasi yang diperjuangkan sejak dahulu dan memperjuangkan pembebasan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusi Ikrar, Mustapa Mansor berkata, walaupun mendapat halangan, forum tersebut masih diteruskan sekalipun di tepi jalan.
“Kami ingin menyatakan pendirian sebagai rakyat Malaysia bahawa ISA itu bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan perlu ditentang habis-habisan.
“Mereka ditahan begitu lama sehingga lebih daripada enam tahun tanpa diadili dan tidak mengetahui kesalahan sebenar yang dilakukan,” katanya ketika ditemui dalam perhimpunan tersebut.
Tambahnya, dalam forum tersebut, Ikrar dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut melancarkan kempen pembebasan tahanan ISA dengan mengedarkan poskad kepada orang ramai untuk ditandatangani dalam menyatakan sokongan pembebasan tahanan.
Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Badrul Amin berkata, pengalamannya sebagai tahanan ISA selama dua tahun dua bulan merupakan satu seksaan, manakala kebebasannya sebagai rakyat dihalang.
“Saya ditahan pada April 2001 hanya kerana terlibat dalam reformasi menentang kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rasuah....selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 13, 2008
Polis halang Perhimpunan Ikrar di Masjid Jamek
Labels: Abolish ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment