harakahdaily - Dasar Ekonomi Baru telah lama diabaikan oleh Umno dan Barisan Nasional dan ditukar senyap-senyap kepada Dasar Ekonomi Kroni (DEK), kata Haji Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).
Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyifatkan keriuhan dan aksi begitu bersemangat yang ditunjukkan oleh Umno hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu demi kepentingan parti itu.
Khalid juga menggambarkan bahawa kronisme begitu berleluasa termasuk dalam projek pembangunan yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN).
Walaupun Umno begitu bangga dengan pembangunan, katanya, pembangunan tersebut penuh dengan pembaziran, kronisme dan penyalangunaan kuasa.
Beliau juga menyeru upaya dihentikan sikap berkompromi terhadap kegagalan kerajaan.
Oleh sebab itu, kata Khalid, kesabaran wakil-wakil BN dari Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya dinikmati oleh parti itu.
"Kesetiaan itu wajib dikaji semula," katanya.
Begitu juga dengan amalan rasuah BN sehingga menyebabkan rakyat tidak sanggup lagi menerima parti itu.
"Ada bau, ada bangkai," katanya.
Bau dari bangkai amalan rasuah BN telah begitu merebak sehingga rakyat berkata "Enough is enough".
May 13, 2008
DEB telah lama diabaikan oleh Umno
Labels: Dasar ekonomi Baru, Negeri Selangor, PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment