harakahdaily - [...] Bercakap pada ceramah yang diadakan di Lanchang, dekat sini, baru-baru ini Abdul Rahim menambah, masyarakat luar bandar terutama orang Melayu perlu menjadi fokus utama terhadap usaha menambah maklumat agar mereka tidak hanya terdedah kepada apa yang diperolehi dari pemimpin Umno semata-mata.
"Keputusan pilihan raya umum lalu kita nampak bagaimana pengundi bandar yang dapat banyak maklumat telah melakukan perubahan besar-besaran memilih Pakatan Rakyat. Mereka tolak Umno kerana mereka dapat banyak maklumat tentang penyelewengan pemimpin Umno.
"Di kampung, orang Melayu ditipu pemimpin Umno dengan pembohongan dan ugutan. Mereka cakap pada orang kampung kalau bukan Umno yang perintah akan berlaku huru-hara. Rakyat takut kerana percayakan pembohongan pemimpin Umno yang masuk kampung.
"Mereka bohong rakyat. Di Kelantan PAS dah lama memerintah tak ada huru hara pun. Sekarang di Kedah, di Pulau Pinang, di Perak di Selangor, Pakatan Rakyat berkuasa rakyat undi mereka tak ada pun huru hara. Tak ada huru-hara tapi Umno dan pemimpin mereka yang huru hara kerana kalah, sampai sekarang inipun masih huru �hara. Sebab itu rakyat kena tingkatkan pembentukan minda politik," katanya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 13, 2008
Rakyat diseru pertingkat minda politik melalui sumber alternatif
Labels: Belit media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment