KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

Kuasa Petronas ke Tangan Parlimen?

suarakeadilan - Pihak kerajaan hari ini mengelak dari menjawab soalan berhubung bilakah rancangan kerajaan untuk memindahkan kuasa ke atas Petronas daripada Perdana Menteri kepada Parlimen. Soalan tersebut telah ditanya oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang telah meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menjelaskan perkara tersebut.

Kamarudin bagaimanapun tidak dapat hadir pada sesi soal jawab lisan pada sebelah pagi bagi mendengar jawapan terhadap soalan tersebut. Situasi ini telah digunakan oleh kerajaan sebagai alasan untuk tidak menjawab soalan berkenaan. Adalah menjadi persoalan besar bilamana pihak kerajaan tidak menjawab soalan tersebut dengan alasan semata-mata kerana ahli dewan yang bertanya soalan tidak dapat hadir dalam sesi berkenaan. Tambahan pula soalan tersebut adalah isu amat penting dan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.

Seharusnya pihak kerajaan mengambil sikap untuk menjawab soalan berkenaan atas dasar ahli-ahli dewan yang lain khususnya dari Pakatan Rakyat di samping rakyat juga perlu dan ingin tahu jawapan kepada soalan berkenaan. Tindakan untuk tidak menjawab soalan berkenaan menunjukkan bahawa soalan yang ditimbulkan itu amat tidak digemari oleh kerajaan sekaligus mencerminkan sikap BN yang masih enggan mengamalkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam pemerintahan.

Keengganan kerajaan bagi menjawab soalan tersebut turut menutup peluang kepada dua soalan tambahan yang berkaitan dengan isu Petronas yang pastinya ingin ditagih oleh wakil-wakil rakyat khususnya daripada Pakatan Rakyat. Dengan demikian isu mengenai pemindahan kuasa Petronas daripada tangan Perdana Menteri ke Parlimen masih menjadi tanda tanya kepada rakyat sehingga saat ini ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. - Zuwairi Zakwa.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive