KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

Is Mukhriz all for Abdullah?

rockybru

Spin it again, Kali (Why the MSM is no longer relevant in this country). Rabid Umno supporter, Big Dog, wrote in his latest posting of how Mukhriz Mahathir had asked Pak Lah to get the message the people have sent last Saturday. [Last Saturday was the day the people went to the polls and gave 5 states to Pas, DAP and PKR. The people also used the ballot to deny the Barisan Nasional a two-thirds majority].

Bernama's headline is, "Mukhriz says he's all for Abdullah" and a Government-owned TV station reported on its prime time news that "Mukhriz has confidence in Pak Lah".
I happened to be watching the news and I nearly fell off my chair. The MP for Jerlun did say he has confidence in Pak, but not the way the news reader put it.

Mukhriz's actual quotes:
"I have confidence that the Prime Minister will do the right thing".

Two different kinds of confidence, really.

No wonder this blogger concludes that The Mainstream Media is no Longer Relevant in this Country.

What DID Mukhriz say

labokin

Hj Wan Mohd Yusoff to xlln

I saw the buletin utama on tv3 at 8pm which was translated contrary to this report.

the newsreader said mukhriz expressed that he was confident in the leadership of paklah, and then the video showed mukhriz in a round about way was saying " i am confident that the leadership will know the right thing to do as a result of this poor performance......and we are responsible too for this poor result..."

i was thinking this poor boy should have attended the toastmasters club meeting, then he would have said something like this -

"if a company suffered a lost, the board may keep the ceo hoping that he might turn it around later, but most board would choose to fire the ceo and appoint a new one as it would have been justified and perfectly acceptable to everybody.

in this light, i feel that the continuity of umno and the integrity of all the components of bn is even more significant than that of a company and due to this despite my deepseated fondness of paklah as a person, i and my friends knowing fully well that we are taking a risk of being subject to his wrath,

nevertheless urge on his better judgement to step down and make way for his deputy to assume immediate leadership for the sake of umno, the malays, bn, the chinese and the indians and the country that he loves.

such move would have nursed some of the wounds that had affected all the three main races and project the genuine sincerity of umno to really change for the better so that in five years time the people are able to comeback and vote for the new bn..........."

wan

Berita yang tak dapat masuk Harakah (2)

Kalah teruk - Umno Kelantan akan sewa bas ke KL pula
penarikbeca

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Kalau menjelang pilihan raya umum Sabtu lalu Umno Kelantan menyewa bas dari Kuala Lumpur untuk mengangkut rakyat Kelantan di ibu kota pulang mengundi, kali ini ahli-ahli Pemuda Umno negeri ini bersedia menyewa bas ke Kuala Lumpur pula untuk mendesak Perdana Menteri berundur.

Dalam pertemuan yang diatur antara beberapa anggota Pemuda Umno Kelantan dengan wakil Harakah di sini, salah seorang dari mereka memberitahu, ahli-ahli Pemuda Umno Kelantan hanya "menunggu wisel berbunyi sahaja".

"Kalau ada siapa-siapa dalam parti (Umno) buat perhimpunan mendesak Pak Lah undur, kita akan pergi. Kita konvoi ramai-ramai. Pilihan raya (Sabtu lalu) kita sewa bas Kuala Lumpur bawa balik anak Kelantan mengundi. Lepas ni kita sewa bas Kelantan pergi Kuala Lumpur pula," kata beliau dengan nada marah.

Bagi beliau, kejatuhan Umno di Kelantan bukan disebabkan oleh masalah Umno Kelantan, tetapi "pemimpin atas punya fasal".

"Tahun 1990, Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) tak setuju dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). (Umno) Kelantan kalah. Tahun 1999, Dr Mahathir buang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Umno) Kelantan kalah.

"Tahun ni, kita ingat boleh menang sebab 2004 yang kita kalah (perbezaan) undi sikit. Yang kita menang, (perbezaan undi) banyak. Tiba-tiba, orang marah Pak Lah, kita (Umno Kelantan) yang kalah. Sampai bila? Ni nak masuk 22 tahun, 18 tahun campur empat tahun lagi," kata beliau. more...

MEDIA CONFERENCE: CHEGUBARD

Why Rembau was dirtiest

Chegubard will hold a media conference to expose what the son-in-law did to beat him in the P131 Rembau parliamentary election.

Date; Tomorrow, Tuesday 11/3/08
Time: 11.30 am
Venue: Selangor Chinese Assembly Hall, KL

RASUAH 2004

Dun Ijok Krtitikal : Khir Toyo,Mike Tyson dan Ah Tiam (Bapak Gangster) Bersekongkol Menindas Rakyat.
Cikgu Pencen
18-03-2004

BA Kuala Selangor telah meletakkan Hj.Abd Rahman Moharram Bekas Timbalan Pengarah Maida sebagai calon untuk menentang Dato K.Sivalinggam di DUN Ijok N.011.

Kombinasi Hj.Abd Rahman dengan YM Raja Kamaruddin bin Raja Abd Wahid @ Raja Komando selaku calon Parlimen Kuala Selangor P 096 benar-benar mencemaskan BN.

Pilihanraya kali ini merupakan kali keempat Sivalinggam mempertahankan kerusinya.Sejak p/raya umum tahun 1959 Dun Ijok (dulu Seri Cahaya) tidak pernah diwakili oleh Adun berbangsa Melayu khususnya Umno,walaupun pengundi Melayu adalah majoriti disitu.

Difahamkan Umno kerapkali mencuba untuk mendapatkan kerusi tersebut tetapi gagal.Situasi ini menyebabkan para pengundi Umno dan orang Melayu yang lain merasa cukup bosan berwakilkan MIC.

Sebahagian besar daripada para pemimpin dan ahli-ahli Umno itu diberitakan sudah bertekad untuk tidak lagi menyokong K.Sivalinggam begitu juga MIC Bahagian Kuala Selangor.Mereka cukup kecewa kerana sejak sekian lama pemimpin MIC tempatan tidak pernah diberi peluang menjadi calon.

Kekuatan BA di Dun itu pula terus mantap semenjak p/raya umum 1999. Dikawasan-kawasan mengundi (daerah mengundi) majoriti kaum Melayu -BA menang namun fakor pengundi India dan Cina yang tidak memihak kepada BA menyebabkan Sivalinggam berjaya mempertahankan kerusinya tatkala itu.

Tetapi kini BN tidak lagi mengecapi situasi tersebut.Rata-rata pengundi kaum Cina yang mewakili 22 peratus dari 12404 orang pengundi berdaftar sudah berazam untuk menolak Sivalinggam yang tidak pernah turun kepadang dan mengambil berat masalah rakyat.

Para pengundi kaum itu terutamanya di Pekan Batang Berjuntai berikrar akan menyokong calon Dun BA Hj Abd Rahman anak tempatan yang mereka kenali.Manakala Raja Komando pula diminati kerana kaum Cina memang menyanjung dan menyokong mana-mana tokoh yang berani menentang penyelewengan kerajaan.

BN difahamkan benar-benar panik.Bukan sahaja Siva yang ditolak oleh para pengundi bahkan Mohd Daud Tarihep calon Parlimen pun turut tidak dihiraukan.Daud dibenci oleh sebahagian besar penyokong bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Ust.Sayuti Said.

Ustaz Sayuti merupakan anak jati Ijok dan mengundi disitu.Kaum keluarganya cukup ramai namun Daud menendang Sayuti ke Dun Melawati yang terlalu asing buat bekas MP Kuala Selangor itu. Tujuan Daud adalah untuk menyelamtkan diri sendiri sekali gus berhasrat untuk menyusahkan (menewaskan) Sayuti .
Dun Ijok berada didalam situasi yang amat kritikal sehinggakan DS Mohd Khir Toyo selaku Pengerusi Umno dan BN Negeri Selangor terpaksa diturunkan untuk mengatasi permasalahan.Beliau dijadualkan datang ke Pekan Batang Berjuntai pada 18 Mach 2004.

Manakala TS Mohamad bin Mohd Taib Naib Presiden Umno yang hampir-hampir lupus tarikh perkhidmatannya akan turun ke Kg Jaya Setia pada 20 Mach 2004. Mat Taib pernah berlagak sebagai penyelamat kepada Sivalinggam yang pertama kali bertanding pada tahun 1990.

Tatkala itu S 46 yang diwakili oleh Dato Shahir (kini menjadi ahli Pas seumur hidup) hampir-hampir menewaskan Sivalinggam.Jika bukan kerana `rasuah` Mat Taib kepada pengundi Melayu di Kg Jaya Setia sudah tentu Siva tewas. Ertinya pengundi melayu belot disaat akhir.

Apakah Mat Taib yang sudah lapok itu mahu merasuah sekali lagi pengundi Melayu Kg Jaya Setia ? Hati-hatilah pengundi Melayu jangan anda mudah dirasuah yang hanya dirasai nikmatnya untuk beberapa hari sahaja,sedang untuk lima tahun akan datang kroni-kroni Umno BN terus merompak harta rakyat.

Tak cukup dengan Khir Toyo (Imam Rasuah Selangor) dan Mat Taib ( Makmum Rasuah Selangor) diturunkan untuk menipu pengundi Melayu, Umno BN sudah pun menempah Ah Tiam ( Bapak Gangster,Pengusaha Mesin Kuda,Ekor Gelap,Penyeludup,Perompak Pasir) untuk membawa gangster-gangsternya mengugut pengundi-pengundi kaum Cina di Batang Berjuntai dan Ijok supaya tidak menyokong BA.

Ah Tiam difahamkan telah dijanjikan untuk menyambung semula kerja-kerja mengorek pasir untuk dibekalkan kepadapihak-pihak yang memerlukan.

Sejak 3 bulan sudah aktiviti haram Ah Tiam yang bersekongkol dengan pemegang permit pasir ( AJK Umno Bahagian dan Cawangan termasuk Ketua-ketua Kampong) terencat apabila Khir Toyo mengarahkan sebuah sandiwara untuk memerangi perompak pasir.

Khir Toyo dan Mat Taib merupakan pemimpin rasuah manakala Ah Tiam gangster yang membujur lalu melintang patah asalkan kenyang,apakah manusia semacam ini yang akan menentukan nasib orang Melayu,Cina dan India di Dun Ijok dan Parlimen Kuala Selangor ? Fikir-fikirkanlah jika anda masih bernama manusia !

Cikgu Pencen.

SEJARAH RASUAH UMNO SELANGOR

Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina

detik.daily
Oleh : KAKEK

“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.

Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.

Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.

Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.

Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.

1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.

2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual

3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual

4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.

6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.

7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.

8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.

9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual

11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.

13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam

14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.

15. YB Noh Omar dapat tanah di K uala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.

16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.

17. Bekas YB Hashim Mahmud,Kuala Selangor dapat tanah di Klang dan kemudiannya dijual.

18. Proxy YB Sujak dapat tanah di Shah Alam dan kemudiannya dijual dan tertipu.

19. Proxy YB Raja Idris dapat di Shah Alam - jual.

20. Proxy YB Zainal Dahlan dapat di Sabak Bernam dan Shah Alam - jual.

21. Sudah pasti kroni Mat Taib yang paling banyak dapat tanah atas nama berbagai syarikat. Jika tidak bagaimana dia boleh bawa duit berjuta seberat 20 kg. ke Australia.

22. Pak Nasron, bekas Pegawai Mardi pun dapat tanah. Pak Nasron berasal Indonesia. Ia dapat tanah di Kuala Selangor seluas 10 ekar atas nama City Rider Sdn.Bhd dan telah dijual dengan harga lebih satu juta. Tanah telah diberikan oleh Mat Taib sebab ia rapat dengan Mat Taib kerana jual jamu “kuat” pada Mat Taib.

Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.

Tanah ini tidak termasuk tanah lot kedai atau banglo yang diberikan kepada orang Umno dan telah dijual. Kerja utama orang Umno adalah mencari tanah dan bila dapat -- jual.

Penulis menyokong penuh cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Pejabat Daerah dan Tanah mendedahkan senarai pemimpin Umno dan kroni yang dapat tanah dan dijual.

Penulis cuba menyemak kembali nama-nama dan nama syarikat yang mendapat tanah di salah sebuah pejabat daerah tetapi telah diherdik dan diancam.

Kepada bekas MB Selangor,Mohamad Taib sila nafikan dakwaan ini.

Kita merasa hairan, mengapa tanah TOL yang disewakan kepada Dato’ Hasan Ali seluas 6 ekar sejak hampir 10 tahun dan masih diusahakan telah dijadikan isu besar. Apakah jasa Dato’ Hasan Ali yang mendidik anak-anak dipandang begitu hina berbanding jasa pegawai Mardi (orang asal Indonesia kerja jual jamu) yang diberikan tanah 10 ekar di Kuala Selangor dan telah dijual itu lebih mulia?.

Apakah kerana menjual jamu untuk “kuat itunya Mat Taib” maka Mat Taib sudah menganggap pegawai berkenaan sudah berjasa besar kepada negara sehingga dikurniakan 10 ekar tanah? Ramai lagi pegawai Mardi yang bertungkus lumus memajukan petani dan anak watan tetapi tidak mendapat seinci tanah pun dibumi Selangor ini.

Sindiket menjual tanah oleh pemimpin Umno cukup licik. Mereka memohon tanah atas nama syarikat dua ringgit dan ada proxy. Apabila permohonan oleh mana-mana syarikat diluluskan oleh Exco maka Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan borang A kepada syarikat yang memohon sebagai tanda permohonan lulus. Maka pengarah syarikat itu pun mencanangkan Borang A keseluruh negeri untuk menjualkannya.

Biasanya tanah dijual dengan harga juta-juta. Pengusaha Cina akan membeli syarikat 2 ringgit berkenaan dan secara otomatik tanah milik syarikat itu ikut terjual.Contoh telah diberikan oleh Khir Toyo bagaimana 4 syarikat yang tak mampu bayar premium tanah telah dibeli oleh U-Wood Bhd. Hampir 100% mana-mana atau proxy pemimpin Umno yang dapat tanah telah terjual kepada pengusaha sama ada pengusaha Cina dalam atau pengusaha luar negeri.

Kepada pemimpin Umno,jangan berlagak sombong kununnya Umno sahajalah pembela bangsa. Tetapi nyatanya Umnolah sebagai perosak , pemusnah bangsa,agama dan tanah air.

Idris gagal angkat sumpah – Terengganu bakal dapat MB baru?

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/derishodoh.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline
Kuala Terengganu, 10 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh dikatakan ‘mati kutu’ apabila hari ini dua kali berulang-alik ke Istana Maziah bagi mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Namun begitu, masih menemui kegagalan dan perlantikan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya dijadual pada jam 8.00 pagi tadi ditangguhkan.

Watikah Perlantikan tersebut sepatutnya akan diserahkan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhamad Ismail Tengku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai juga Perdana Menteri, Datuk’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ke Terengganu esok (Selasa) bagi mengadap Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam usaha memujuk baginda menerima perkenan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

“Nama Idris Jusoh kurang diminati pihak Istana kali ini dan beberapa nama baru dicadangkan termasuk Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Awang Tera,” kata sumber yang enggan disebut namanya.

Katanya, ‘tembelang’ Dato’ Idris Jusoh sudah pecah dan ura-ura berlaku kurang senang pihak Istana terhadap beliau bermula sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, nama Dato’ Rosol turut diketengahkan sebagai calon MB tetapi beliau dikatakan kurang berminat dengan jawatan tersebut.

Selain itu, katanya nama-nama lain cuba ditonjolkan seperti Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Awang Tera sebagai calon Menteri Besar Terengganu.

Buletin Online menerima banyak panggilan serta pesanan ringkas SMS memaklumkan berpuluh buah kenderaan yang dipercayai penyokong Idris Jusoh berarak ke Kuala Terengganu.

PESANAN DARI ORANG UMNO

Harapan baru rakyat Malaysia

malay-lad

Agak mengejutkan dan sangat susah untuk dipercayai apabila Barisan Nasional dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen. Ibu saya sendiri terkejut dan bersedih dengan apa yang telah berlaku, sebagai orang kuat UMNO di Shah Alam sudah tentu agak sukar menerima kenyataan ini. Beliau berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk UMNO, adik saya yang ketiga pula membawa bendera keadilan semasa pilihanraya,dengan kata lain membantu kempen calon Keadian. Dalam keluarga kami tak ada masalah sekiranya berbeza pandangan politik. Sangat terbuka, masing-masing boleh menerima perbezaan politik sebagai suatu perkara yang biasa sahaja. Itulah yang menarik dalam keluarga kami.

Beberapa negeri terlepas ke tangan Barisan Alternatif namun begitu jika difikirkan kembali, ini adalah masanya atau pun titik permulaan ke arah mencapai demokrasi yang tulin di Malaysia. Serta ianya boleh dilihat sebagai perkembangan positif untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti serta persaingan yang sihat di kalangan ahli-ahli politik. Secara tidak langsung, pemimpin-pemimpin politik ini akan bekerja lebih kuat serta betul-betul bekerja untuk rakyat.

Selepas ini apa-apa dasar baru yang ingin digubal oleh Kerajaan perlu dilandaskan kepada hujah-hujah yang bernas atau dengan kata lain sebelum sesuatu perkara baru diwujudkan akan ada 'debate' dari kedua-dua Barisan Nasional dan Barisan Alternatif.

Yang amat memeranjatkan saya sendiri ialah apabila parlimen dan DUN Shah Alam jatuh ke tangan calon pembangkang. Di tempat saya sepatutnya mengundi, Dr. Mat Shuhaimi Shafie menang dengan majoriti besar mengalahkan Dato' Amzah manakala Parlimen Shah Alam, Ir. Khalid Samad menewaskan Datuk Aziz Shamsudin. Semua yang beraku diluar jangkaan sama sekali.

Mengenai isu pendidikan pula, perlu diwujudkan lebih banyak lagi peluang-peluang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Pemberian biasiswa sepatutnya diberikan kepada rakyat kelas pertengahan dan miskin. Adalah tidak adil untuk memberikan biasiswa kepada golongan kelas atasan juga golongan yang berpendapatan tinggi.Pengagihan biasiswa perlu lebih adil selepas ini berdasarkan keupayaan dan latar belakang keluarga.

UMNO sebagai sebuah parti yang mewakili orang Melayu perlulah muhasabah diri serta menilai semula apa yang telah menyebabkan rakyat membuat keputusan yang mengejutkan ini. Jika sebelum ini mereka selesa dengan kemenangan demi kemenangan maka sekarang inilah masanya untuk mereka memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan yang ada. masalah dalaman dalam UMNO sendiri sebenarnya yang telah mengalahkan UMNO. Perebutan kuasa serta adanya "kumpulan-kumpulan" tertentu dalam UMNO sendiri adalah punca utama rakyat sudah mula menolak mereka. Tun Mahathir juga adalah faktor kekalahan UMNO, kemarahan dan kritikan Tun sangat-sangat memberikan kesan khususnya di Kedah. Natijahnya Kedah diserahkan kepada parti PAS. Bermulalah episod baru yang ditunggu-tunggu semua orang.

Kepada semua wakil rakyat yang baru dilantik, dah menang tu jangan seronok sangat. Buatlah kerja dengan sungguh-sungguh, tunaikan janji anda sebagaimana pernah disebut. Seperkara lagi, perbezaan ideologi politik janganlah kita jadikan isu yang besar sehingga kita bermasam-masam muka atau pun tidak bertegur sapa. Sebagai orang yang matang,kita mestilah menghormati pandangan serta perbezaan yang ada pada orang lain.

No2umnO - Pesanan yang akhir tu yang syok ...... Perbezaan ideologi politik jangan jadikan isu besar sampai masam masam muka, tidak bertegur sapa. Betul tu .... jangan jadi macam orang UMNO, kalau tengok orang PAS, tak nak bantu. Sebenarnya itu lah sikap yang membezakan antara UMNO dan PEMBANGKANG selama ini.

BA BERTEMU SULTAN

Perak : Wakil Parti Politik menghadap Pemangku Raja Perak



Selangor: Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap Sultan

Email dari Pembaca

This summary is not available. Please click here to view the post.

BERITA GILA, BUAT ORANG JADI GILA ....

Mukhriz: Leadership must take heed of results
Star
thestar

PENANG: Voters in the recent general election have sent a clear message to the country's leaders, Umno Youth exco member Datuk Mukhriz Mahathir said at a press conference in Seberang Jaya here on Monday.
The Jerlun MP said the leadership should take heed of the election results, but he stopped short of calling for party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to step down.
On Sunday, Mukhriz told foreign wire agency AFP that "I hope he (Abdullah) takes heed of that message and does the right thing."

AND .....
Mukhriz sokong penuh Abdullah sebagai PM
mstar

BUTTERWORTH: Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini menyatakan sokongan penuhnya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri.
"Saya akan sokong sebarang tindakan yang akan menambahkan keyakinan terhadap perdana menteri," kata Mukhriz, juga ahli Parlimen Jerlun, pada sidang akhbar penuh sesak.
Dan ini di dalam berita hari ni ....

Mukhriz's press conference causes a stir

Malaysiakini

A drama of sorts unfolded at a press conference by newly-elected Jerlun MP Mukhriz Mahathir today.

The media was alerted to cover the press conference where Mukhriz, youngest son of ex-premier Dr Mahathir Mohamad, was scheduled to speak at 3pm at a hotel in Seberang Jaya, Penang.

The journalists were told that Mukhriz, also an Umno Youth exco member, will call on Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to quit. Youth wing leaders from Perak, Penang and Kedah were expected to back Mukhriz’s call.


However come 3pm, Mukhriz was no where to be found at the hotel. However there were others there, numbering some 200 - majority of whom were plainclothes police - waiting at the hotel for his arrival. There were also police trucks and the light strike force members on standby.

There were also moments of slight tension as journalists were informed that ugly scenes may occur when Mukhriz arrives.

After a 90-minute wait, the journalists were told by Mukhriz’s aide to go to another hotel located nearby quietly to avoid the remaining crowd from following them.

Malaysiakini later learnt that the change of venue was apparently due to some of Abdullah’s supporters who were waiting for Mukhriz to counter his attack against the premier, who was sworn in for the second term this morning.

Security were strict at the press conference, where only the media representatives and Mukhriz’s supporters were allowed in. A large number of plainclothes police were barred from entering the venue.

Mukhriz was seen discussing with his aides and drafting his speech when the journalists arrived. There were also about 100 supporters present.

Remedial actions needed

In the 20-minute press conference which ensued later, Mukhriz however did not call on Abdullah to resign as expected and but in a toned-down statement reiterated that Abdullah should “do the right thing”.

“The voice of the people is very clear, we appeal to the leadership to take cognisance of the people’s wishes and to take the correct initiatives to remedy the situation,” he said when asked on whether he opined Abdullah should quit in the wake of BN’s worst ever polls performance.

He declined to elaborate on what he referred to as ‘correct initiatives’ despite repeatedly being grilled by the horde of journalists, including those from the foreign wires who had flown in from Kuala Lumpur this morning. He merely said people want to see “some changes”.

“I can’t be sure of what the changes will be, but we are confident that Umno and BN will use its own party machinery and process to take remedial action to return to people’s confidence,” he noted.

He expressed hopes that the Umno members will air their views on what measures were needed to be taken in the party’s election which is expected to be held later this year.

According to Mukhriz, there are “a number of people” who shared his father’s view that Abdullah should quit over the polls outcome, which saw the BN denied its two-thirds majority for the first time and losing five state governments to the opposition.

The Umno rising star described this as an “unmitigated, unprecedented situation” and should serve as a wake-up call to Umno and BN.

Among the factors that led to the humiliating elections results, he said, were that the government was not addressing real issues that was close to the people’s heart.

No rally in Penang

The press conference was interrupted briefly when a supporter vented his frustration at Mukhriz for repeating that he was appealing to the leadership to listen to people’s wishes on questions by journalists if Abdullah should step down.

“Is that what you really want to say!” asked the angry supporter.


Asked on the change of the press conference venue, Mukhriz merely said he felt there was “some tensions” going on and that he did not want the event to turn chaotic.

On the widely-circulated SMS alert that he was to call for Abdullah’s resignation, he said he did
not know who was behind the circulation of the text message.

An aide to Mukhriz later also denied that there was a rally, said to be held in Penang tonight and organised by Mukhriz to demand for Abdullah’s resignation.

Mahathir has also urged Abdullah to resign and admitted he had made a mistake in selecting him as prime minister.

UMNO YANG KALAH SUDAH MULA PENING

UMNO MEMANG MACAM TU

Kemarahan penyokong UMNO terhadap Abdullah Badawi memang secara terang terangan. Mereka menyatakan bahawa kekalahan yang berlaku adalah angkara Badawi dan menantu nya. Terlalu banyak isu yang berkaitan dengan kerajaan 3 beranak itu, termasuk pembaziran, kronisme, pencalunan yang tidak merujuk kepada kemahuan penyokong dan campurtangan menantunya Khairy di dalam parti dan juga kerajaan.

Kemarahan ini dapat dirasai selepas kekalahan yang teruk di dalam PRU 12. Seorang pemimpin UMNO bahagian yang wak temui hari ini bercerita tentang perkara yang sama. Marah benar beliau kepada kepimpinan partinya. Namun persoalan wak kepadanya, kenapa tidak bantah sebelum pilihanraya?

Apabila soalan itu wak ajukan kepadanya, dia tak berkata apa apa. Dan kesempatan ini wak ambil untuk belasah mereka secukup cukupnya.

Wak pun ceritakan kepada mereka sikap sebenar UMNO sejak dahulu sehingga kini. Sering menyalahkan pemimpin walaupun mereka sedar sudah lama. Terlalu taksub malah ada yang anggap pemimpin UMNO itu sebagai Tuhan. Bila malapetaka datang, ketika itulah UMNO berubah. Selagi boleh makan, selagi boleh pakai kereta besar, apa yang pemimpin katakan semuanya betul. Bila dah tak der masa depan, baru lah tunjuk sana dan tunjuk sana, salahkan semua orang. Akhirnya pemimpin UMNO lompat parti dan kutuk UMNO sendiri.

Sikap berdiam diri, ikut arahan dan angguk bila disuruh adalah sikap UMNO. Ianya satu budaya Melayu sejak turun temurun. Kerana itu lah maka, UMNO berlonjak di dalam PWTC ketika perhimpunan diadakan. Sedangkan penggulungan yang dibuat oleh pemimpin kebanyakannya kosong belaka dan tidak mempunyai fakta. Merapu berjela jela, malah berulang ulang. Kalau tengok penonton dah naik bosan, buat kelakar berunsurkan lucah. Itulah yang pemimpin UMNO tahu.

Wak merujuk kepada kejadian di Selangor sebelum pilihanraya. Bila beberapa orang penyokong UMNO datang berkunjung bertemu Khir Toyo tentang bantahan pencalunan Warno Dogol dan beberapa calun yang lain, pemimpin UMNO tidak kelihatan. Membiarkan penyokong berjuang sendirian. AKhirnya kekuatan membantah tiada pada mereka dan lalu diarah pulang. Alasan Khir Toyo, keputusan adalah muktamad. Siapakah pemimpin yang ada? Akibat marah, penyokong balik kampung, pondok UMNO habis dibakar.

Sikap ANGGUK sebegini turut diamalkan oleh Menteri Besar Khir Toyo sendiri. Beliau tahu bahawa calun calun yang disenaraikan oleh Pasukan Dollah Badawi adalah orang yang tidak popular di kalangan penduduk tempatan. Kemungkinan akan kalah sudah ada, tetapi KHIR TOYO dan kepimpinan UMNO sudah terbiasa dengan istilah, calun TUNGGUL pun boleh menang. Maka sikap 'over confident' ini turut menjadi punca UMNO kalah teruk.

Kini kebanyakan negeri sudah mempunyai MB yang baru. Jangan budaya ini membawa kepada kepimpinan parti baru. UMNO bakal bubar di banyak kawasan. Cawangan akan lahir seperti cendawan tumbuh. Bila UMNO lompat masuk parti baru, budaya sama diamalkan. Lobi atas dan bawah untuk projek dan sebagainya. Bila orang tak tolong, dia kutuk bagai nak rak. Sikap dengki khianat pun boleh berlaku. Akibat budaya UMNO akan turut merosakkan parti lain.

UMNO bakal terkubur kerana sikap ahli UMNO yang tidak ikhlas berjuang. Apa juga yang berunsurkan bodek dan wang, maka perjuangan tidak kekal selama lamanya. Ada projek dan ada wang, aku kawan. Kalau tak der....sorry la bang, tak payah layan. Kerana itu lah UMNO tidak kukuh. Kalau tiada pengundi hantu, UMNO tidak akan menang. Kalau tidak tipu, UMNO tidak berjaya di dalam pilihanraya.

UMNO takkan hidup tanpa wang. Parti Pembangkang berjuang kerana ikhlas. UMNO berjuang untuk tunjuk ada kelas. Sombong dengan orang bawahan kerana pemimpin baik dengan dengan datuk tu dan baik dengan datuk ini. Pada anggapan orang UMNO, orang bawah akan datang berlutut bila diberi wang. Kalau tiada wang, penyokong akan lari ke tempat lain. Fahaman ini membuatkan pemimpin UMNO mencari peluang menjana kewangan dengan cara yang tidak betul. Apabila wang banyak semuanya hendak dibeli.

Kini UMNO sudah kalah. Tokey tokey Cina dan ahli perniagaan yang melabur wang ketika pilihanraya, rugi besar. Bukan sedikit malah dikatakan berjuta juta. Kalau besar pangkat dan kawasan, maka lebih mahal lah pelaburan yang dibuat. Kini yang kalah, pelaburan tidak membawa pulang. Hutang sana dan hutang sini. Ramai pemimpin UMNO yang tidak boleh membalas jasa atas bantuan yang dihulurkan kerana tiada lagi jawatan dan tiada lagi kuasa.

Apabila wak habis berbicara, pemimpin UMNO itu pun berkata. Apa perlu kami buat? Wak kata .... dah sampai ketika mereka terima pembalasan. Ketika senang, tak kenal kawan. Bila dah melepek, baru nak tegur sini dan sana. Itu lah dia sikap orang UMNO. Dah lama mereka kaya, dah lama mereka senang. Hidup bagaikan roda, ada masa diatas, ada masa dibawah. Kalau nasib tak baik. tayar pun boleh kempes kerana angin sudah semua keluar akibat terlalu yakin pilihanraya akan menang. Bila angin sudah keluar, tayar sudah kempes, balik rumah jalan kaki la.

Wak ketawa dan berlalu selepas melihat mereka termanggu manggu. Entah kan paham atau tidak, wak tak pasti.

Tapi wak yakin kepala mereka sedang binggung memikirkan tentang bagaimana untuk membayar kos kehidupan yang tinggi sekarang. Kereta mahal, rumah besar dan bila besar periuk, teballah keraknya. Kalau tak mampu, makan kerak pun dah Alhamdullillah.

MUKHRIZ CALLED DOLLAH TO STEP DOWN !!!

 Mukhriz: Leadership must take heed of results
thestar 5.44pm


PENANG: Voters in the recent general election have sent a clear message to the country's leaders, Umno Youth exco member Datuk Mukhriz Mahathir said at a press conference in Seberang Jaya here on Monday.

The Jerlun MP said the leadership should take heed of the election results, but he stopped short of calling for party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to step down.

On Sunday, Mukhriz told foreign wire agency AFP that "I hope he (Abdullah) takes heed of that message and does the right thing."

ARTIKEL BERNAMA DI DALAM MSTAR


UMNO masih kukuh di Perak?
mstar

TANDA-TANDA awal kemungkinan berlaku perubahan dalam landskap politik di Perak mula kelihatan sebaik sahaja PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan senarai calon masing-masing yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke12, yang menyaksikan tiada pertembungan antara mereka di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) buat pertama kali.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang dalam persidangan akhbar semasa mengumumkan senarai calon berkata ketiga-ketiga parti berjaya mewujudkan persefahaman walaupun PAS hanya menjalin kerjasama dengan PKR menerusi pakatan Barisan Alternatif.

DAP pula secara rasmi hanya bekerjasama dengan PKR dan pengumuman calonnya di Perak diadakan dalam persidangan akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini satu sejarah kerana nampaknya tiga parti ini berjaya mengagihkan kerusi dengan masing-masing berazam memastikan hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya ini," kata seorang wartawan kanan sebuah akhbar selepas proses penamaan calon.

Riak kecil kemungkinan itu bertukar menjadi ombak besar yang lebih ketara apabila Anwar mengadakan siri kempen di Perak tiga hari sebelum pengundian, dan di setiap tempat yang disinggahinya, ribuan penyokong pelbagai bangsa membanjiri venue dan bergema sorakan "Reformasi" dan "Makhal Sakti".

Keputusan pilihan raya yang menyaksikan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor terlepas dari tangan BN bukan sahaja mengejutkan penyokong BN malah di kalangan penyokong dan anggota parti yang akan menubuhkan kerajaan campuran di Perak.

"Paling kuat kita jangka pembangkang terutamanya DAP akan menambah bilangan kerusi. Untuk BN tumbang di Perak, ia sesuatu yang mengejutkan," kata seorang Ketua Bahagian Umno.

BN hanya memperoleh 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 31 kerusi yang dikongsi oleh DAP (18), PAS (6) dan PKR (7).

BN pada pilihan raya umum 2004 menguasai 52 dari 59 kerusi DUN berbanding tujuh oleh DAP, kini kehilangan 24 kerusi, manakala pembangkang melalui pakatan DAP, PKR dan PAS membolot 31 kerusi bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang baru selesai, DAP dan PKR didapati merampas kerusi yang sebelum ini milik MCA, MIC dan Gerakan di kawasan majoriti kaum Cina manakala PAS menang di kawasan majoriti Melayu yang mempunyai peratusan pengundi India dan Cina yang agak besar.

Trend ini dipercayai akibat perubahan angin di kalangan pengundi Cina dan India yang sebelum ini memberi undi mereka kepada parti komponen BN.

Antara isu yang dimainkan di kalangan pengundi Cina adalah seperti ketidakadilan agihan kekayaan ekonomi negara dan Dasar Ekonomi Baru, manakala di kalangan pengundi India membabitkan isu berkaitan Hindraf, penahanan lima pemimpinnya, dan masyarakat India didakwa mereka terpinggir di bawah BN dan Umno.

Satu isu yang dikatakan begitu kuat mempengaruhi pengundi ialah kenaikan harga barangan dan kegagagalan jentera pilihan raya BN memberi penerangan yang baik mengenai isu itu yang membawa padah, kata seorang peniaga pasar mini, Ahmad Abdullah, 45, di Ipoh.

Beliau berkata masalah kenaikan harga barang begitu dirasai dan beliau sendiri tercari-cari jawapan yang boleh menyejukkan para pelanggan yang sering merungut mengenai perkara itu.

"Saya ingatkan kerajaan (BN) melalui kempen pilihan raya ini akan dapat memberi jawapan yang cantik...alihalih janji dibuat oleh pembangkang pula untuk turunkan harga minyak, negara kebajikan dan sebagainya. Mereka (BN) perlecehkan janji itu tetapi makan diri kerana soal ini Melayu, Cina dan India semua terasa bebannya," katanya.

Isu pertukaran calon lama turut menghantui Umno hinggakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Tajol Rosli terpaksa membuat siri lawatan ke kawasan-kawasan panas itu dalam usaha 'menyejukkan hati' kumpulan yang marah dan 'merajuk' itu.

Pembangkang juga berjaya memikat pengundi dengan isu nasional seperti kenaikan harga petrol, kos sara hidup meningkat dan bebanan inflasi yang semakin menekan rakyat terutamnya yang berpendapatan kecil dan hidup di kawasan bandar.

Apa yang boleh dirumuskan di Perak ialah Umno masih bertapak kuat di hati orang Melayu kerana hanya terlepas tujuh kerusi daripada 34 yang ditandinginya.

Daripada 34 kerusi DUN yang dipertahankan oleh Umno pada pilihan raya umum kali ini, Umno hanya tewas di tujuh kerusi DUN iaitu di Titi Serong, Kuala Kurau, Gunung Semanggol, Selingsing, Changkat Jering, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.

MCA yang bertanding di 16 kerusi DUN sebaliknya hanya mampu menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang manakala MIC, Gerakan dan PPP gagal menambah walaupun satu kerusi bagi meneruskan kejayaan Umno itu.

MIC dan Gerakan masingmasing bertanding di empat kerusi DUN manakala PPP bertanding di kerusi tunggal di DUN Pasir Bedamar.

Pada pilihan raya umum 2004 Umno memegang 34 kerusi DUN, MCA (10), MIC (empat) dan Gerakan (empat) manakala DAP menguasai tujuh kerusi DUN. BERNAMA

MAJLIS ANGKAT SUMPAH EXCO TGNU DITANGGUH?

aHari ini berita Bernama tidak menyiarkan sebarang alasan kenapa Majlis Angkat Sumpah Exco dan kepimpinan kerajaan Terengganu di batalkan. Mengikut Rasol Wahid ketika di temubual oleh wartawan bernama di AStro menyatakan bahawa majlis itu ditangguhkan kerana Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. Sepatutnya beliau sudah berada di Terengganu pada awal pagi lagi.

Yang menjadi persoalannya, adakah pihak Istana boleh merubah sesuatu majlis itu hanya kerana Menteri besar tidak dapat hadir? Kalau alasan bahawa Ideris tidak berada di Terengganu dan Istana terpaksa membatalkan majlis tersebut, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak betul.

Maka desas desus yang kedengaran sekarang adalah, pihak Istana tidak bersetuju dengan perlantikan semula Ideris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu, mungkin ada kebenarannya. Dan beliau masih berada di Kuala Lumpur untuk meminta kerjasama Perdana Menteri di dalam hal ini. Benarkah berita angin ini atau benarkah apa yang dikatakan oleh Rasol?

Siapa agaknya yang anda percaya. Sebelum berfikir tentang isu ini, rujuk pembaziran yang berlaku di dalam tempoh 4 tahun lepas. Sekian

Rujuk: tranungkite

BAKAL PEMIMPIN 2 NEGERI MENGADAP SULTAN

Pemangku Raja Perak Terima Menghadap Wakil PAS, DAP Dan PKR
bernama

IPOH, 10 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima menghadap wakil PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran di Perak.

Rombongan yang menghadap Raja Dr Nazrin selama kira-kira 30 minit di Istana Kinta di sini diketuai Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Zulkfili Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Tiga parti berkenaan telah mengumumkan cadangan membentuk kerajaan campuran selepas menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum ke-12.

DAP menang 18, PKR 7 dan PAS 6 kerusi dan perlu membentuk kerajaan campuran kerana masing-masing tidak menguasai majoriti. Majoriti mudah yang diperlukan ialah sebanyak 30 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 28 kerusi berbanding 52 kerusi yang dikuasainya sebelum ini.

Ahmad berkata mereka telah memohon perkenan Pemangku Raja Perak untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.

"Kami menghadap Baginda bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan campuran dan telah mengemukakan nama calon Menteri Besar," katanya ringkas kepada pemberita di luar istana.

Turut serta menghadap ialah wakil rakyat dari Behrang (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi, Pasir Panjang (PAS) Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Nga Kor Ming (DAP) Pantai Remis.

Mohammad Nizar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini untuk menerajui kerajaan campuran yang bakal ditubuhkan.
Sementara, di Selangor pula ....
Tan Sri Khalid Menghadap Sultan Selangor
uarakeadilan

Shah Alam, 10 Mac - Tan Sri Khalid hari ini berjaya menghadap DYMM Sultan Selangor yang setuju secara dasarnya dengan pembentukkan kerajaan baru di Selangor. Pimpinan DAP dan Pas Selangor juga akan menghadap DYMM Sultan esok.

Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.

Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis.

Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut.

Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.

"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.

Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa.

Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.

Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ. - mr

No2umnO - Di Shah Alam pula memang ada desas desus pengeluaran fail dan dokumen penting dari SUK oleh Pihak BN. Kerja jahat itu dilapurkan berlaku pada waktu pengiraan undi. Namun sehingga sekarang, wak tidak dapat sebarang kepastian. Dah kalah....baru kelam kabut. Sebelum ni yakin sangat sampai lupa nak kemas dokumen rahsia.

APA AGENDA BERNAMA?

Berikjut adalah berita yang dikatakan mampu mencetuskan masalah penganut agama di Malaysia. Isu HUDUD ini kerapa timbul selepas atau sewaktu pilihanraya. Hendak lagakan rakyat atau hendak timbul kan kekacauan? Menimbulkan isu ini pada ketika ini adalah satu usaha yang mempunyai muslihat tertentu ....

PAS Cadang Laksana Hukum Hudud Di Kedah

KOTA BAHARU, 9 Mac (Bernama) -- Kepimpinan PAS pusat berhasrat untuk melaksanakan sistem perundangan jenayah hudud di Kedah untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang dicadangkan dikuatkuasakan di Kelantan.

"Kita akan laksanakan dalam kemampuan bidang kuasa kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat di sini hari ini.

Berikut adalah gerombolan editor yang terdapat di dalam BERNAMA


Datuk Azman Ujang
General Manager

Yong Soo Heong
Editor-in-chief

Datuk Zakaria bin Abdul Wahab
Deputy Editor-in-Chief Foreign/International Service

Zulkefli Salleh
Deputy Editor-in-Chief General News Service

Salbiah Said
Deputy Editor-in-Chief Economic Service

DOLLAH BADAWI TERUS DI DESAK LETAK JAWATAN

Pelbagai pihak kini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pak lah kerana kegagalan UNMO dan BN mengekalkan kuasa 2/3nya. Malah 5 negari telah jatuh ke tangan pembangkang. Kalau bukan kerana bantuan menarik balik cat jari, mungkin ada banyak lagi negeri yang jatuh kepada pembangkang. Langkah terakhir SPR itu ternyata menyelamatkan banyak kerusi BN.

Keraguan juga timbul apabila ada menteri dan calun BN yang bertanding telah berjaya memperolehi majoriti yang terlalu banyak sehingga menimbulkan spekulasi penggunaan undi pos dan tentera di dalam pilihanraya kali ini. Individu yang dimaksudkan adalah Najib yang terlalu banyak kes korupsi dan sebagainya, sementara undian mega majoriti turut diperolehi oleh Dollah dan Rafidah Aziz.

Dalam pada itu, Mukhriz di khabarkan turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada prestasi Abdullah Badawi. Seawal pagi tadi, Dollah dikatakan sudah pun menjalankan upacara angkat sumpahnya sebagai Perdana menteri untuk penggal yang kedua di Istana Negera.

Berikut adalah blog yang ditemui yang membincangkan dan mendesak perletakan jawatan Dollah Badawi.

Tuntut Pak Lah Letak Jawatan! UNDUR LAH!
Pak Lah Dipaksa Letak Jawatan?!
PETISYEN: Pak Lah Letak Jawatan atau Panggil Perhimpunan Khas - Ab ...
Pak Lah harus letak jawatan
Pak Lah Letak Jawatan?
Pak Lah nafi letak jawatan
Perlukah Pak Lah letak jawatan?
Untuk elakkan UMNO pupus, Pak Lah mesti di pecat dan di gantikan ...
SIDANG MEDIA UNTUK DESAK PAK LAH LETAK JAWATAN
Peaceful protest to ask Pak Lah to resign
Tidak timbul soal letak jawatan kerana saya tak rasa tertekan ...
Why Ask Pak Lah to Step Down

Nasihat aku kepada PAK LAH ..... letak lah JAWATAN !!! Rakyat dah tak suka dengan terbongkarnya isu persepakatan antara DOllah, Khairy, Kalimullah dan lain lain lagi ...... So Dollah, aku rasa kau tau apa nak buat. Khairy !!! Kau jangan cuba nak laga lagakan bangsa di negara ini. Itu style 1969 .... kitorang dah tak main.

AMARAN RAJA PETRA

(ada masalah memasuki laman blog Malaysia today, so ... wak ambil sikit dari artikel terbaru Raja Petra)

The aftermath of the 'bloodbath'

Now, with regards to my 'position' in the government. No, no and no! I do not wish to hold any position in the government. I know some of you have threatened to 'protest' in front of the party headquarters if I am not offered at least a Senator's post. Hey, I do not want to be a Senator or Wakil Rakyat or anything at all for that matter. I just want to continue being plain Raja Petra Kamarudin, Editor and Webmaster of Malaysia Today -- so please drop all this talk of me 'holding a position in the government'.

Bla bla bla ......

Now, with regards to the talk floating around that Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang has announced that Kedah is going to introduce Hudud laws; this is not true. Tok Guru confirmed he never made such an announcement. The trouble is, many of you wear these 'boycott the mainstream media' T-shirts yet you still read and believe what the mainstream media spins. Would you become terrible offended if I shout 'Bodoh punya orang!'? I really don't know what else to shout under these circumstances.

Bla bla bla .....

If you think that winning these five states and denying Barisan Nasional its two-thirds majority in Parliament was difficult, then you do not know what difficult is. Winning five states and denying Barisan Nasional its two-thirds majority in Parliament was the easy part. The difficult part is going to be in maintaining the confidence and support of the voters. Abdullah Ahmad Badawi won 92% of the seats in 2004 based on promises and four years later got massacred when he did not deliver. The same thing can and will happen to the opposition as well come the 13th General Election if it does not perform and/or deliver its election promise.

Malaysia Today is watching. And we shall whack the daylights out of anyone and everyone who misbehaves or forgets his or her promise. The opposition won the five states and 82 seats in Parliament with the support of Malays, Chinese and Indians. It needed all the races to cross the finishing line. Just two races would not have achieved that. One race would have been even more impossible.


So remember who put you where you are today. Remember who gave you your job. The rakyat can hire and the rakyat can fire. We, the rakyat, made you and we, the rakyat, can break you. Just remember that and with God as our witness we shall not fail to do that if you fail to do what you promised to do.

No2umnO - Aku ingat aku sorang je yang bagi amaran ... Raja Petra pun sama. Ingat tu semua bakal pemimpin? Blogger tulen tak boleh berpihak mana mana .... kalau salah guna kuasa ..... kitorang hantam lu !!!

DITUTUP ... IKKL JUNAM 130 MATA !!!

Pasaran saham digantung, IKKL junam 130 mata
Utusan

KUALA LUMPUR 10 Mac. - Keseluruhan kaunter - kaunter saham di Bursa Malaysia terpaksa digantung urus niaga untuk tempoh sejam hari ini bermula pada pukul 2.58 petang ini ekoran kejatuhan teruk pasaran saham.

Peniaga berkata, pengendali pasaran saham Kuala Lumpur, Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ berikutan kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus hari ini.

“Ini pertama kali IKKL susut lebih 10 peratus dalam tempoh tak sampai satu hari dan ini juga merupakan kali pertama pelaksanaan `Penampan Kejatuhan’ ini dibuat oleh Bursa Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu.

“Kebimbangan dan kekeliruan berhubung arah tuju ekonomi dan dasar pembangunan ekoran kemenangan tipis Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu, telah menyebabkan pelabur-pelabur menjual pegangan secara besar-besar sejak awal pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum digantung urus niaga, IKKL merekod kejatuhan sebanyak 130.01 mata atau 10.03 peratus untuk berada di paras 1,162.32 mata.

Berita sebelum ini: Pelabur bimbang, IKKL junam 100 mata

Majlis angkat sumpah Exco Terengganu ditunda

Majlis angkat sumpah dan pelantikan Exco Terengganu ditunda
utusan.

KUALA TERENGGANU 10 Mac — Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.

Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira pukul 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu telah ditangguh sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kemudian.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. - Bernama

PAS UTAMAKAN ADIL DARI KUASA

PAS setuju lantik wakil DAP jadi Exco Kerajaan Negeri Kedah
Mohd Rashidi Hassan
harakahdaily

TERKINI! KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju untuk melantik wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), dalam Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak, walaupun PAS mendominasi kemenangan di Kedah.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, PAS juga bersetuju memberikan dua kerusi Exco kepada Parti KeADILan Rakyat, sementara 7 jawatan Exco lagi akan diisi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Dewan Harian PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

"Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lalu, PAS memenangi 16 kerusi Dun, 4 dari KeADILan, DAP dan Bebas masing-masing satu. Pembangkang memenangi 22 daripada 36 kerusi Dun.

DAP memenangi satu kerusi di Kota Darul Aman melalui wakilnya, Lee Guan Aik.

Husam berkata, langkah yang diambil PAS ini bertujuan untuk memantapkan lagi Kerajaan Negeri Kedah yang terbentuk hasil sokongan rakyat kepada pembangkang dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12.

Katanya, PAS mahu menghormati kehendak rakyat yang terdiri daripada semua kaum dengan menawarkan kerusi Exco kepada DAP.

"Langkah ini menjadi permulaan kepada satu pembentukan front bersama yang lebih tersusun untuk menghadapi BN," tegasnya.

Sehubungan itu Husam mencadangkan agar semua parti politik pembangkang termasuk PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain bersatu membentuk Barisan Alternatif secara rasmi.

Katanya, tindakan ini harus diambil segera supaya mengelakkan salah anggap yang menjadi propaganda BN bahawa pembangkang masih tidak bersatu.

Menurut beliau, langkah ini juga boleh mengelakkan kekeliruan sama ada satu-satu negeri dikuasai PAS, KeADILan atau DAP.

"Kita mahu ianya Menteri Besar atau Ketua Menteri yang mewakili BA, sama seperti BN.

"Persetujuan ini (melantik wakil DAP sebagai Exco) kita (PAS) capai untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dari kalangan pelbagai kaum," katanya - mr

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Mohd Sabri Said
harakahdaily

BUTTERWORTH, 10 Mac (Hrkh) - Tepat jam 3.00 petang hari ini di Hotel Sunway, Seberang Jaya satu sidang akhbar berhubung bantahan perlantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri akan diadakan.

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Bantahan itu dipercayai diterajui oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir yang cuba menyelamatkan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berada ditahap lemah.

Menurut maklumat ia adalah himpunan Pemuda BN negeri sebelah utara yang menerima tamparan hebat apabila gagal mempertahankan negeri yang sudah lama menjadi milik BN sejak dulu.

Antara negeri yang terlibat ialah Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ketiga-tiga negeri ditawan oleh Barisan Alternatif (BA) di mana Perak dan Pulau Pinang dikuasai oleh DAP manakala Kedah PAS.

Selepas menerima keputusan yang mengejutkan dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Dato' Mukhriz bersuara agar Perdana Menteri ditukar kerana gagal mengawasi lima negeri sehingga jatuh ketangan pembangkang.

Semalam ribuan masyarakat BN berhimpun di kediamanya di Kuala Lumpur untuk memberikan semangat dan sokongan agar terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal ke dua.

Pagi tadi dilaporkan Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agung, Sultan Mizan Zainol Abidin dan isteri di Istana Negara.
-----

BERITA RASUAH KHIR TOYO 2001


BPR terima lebih 10 kes rasuah MB S'gor
malaysiakini

Pada Oktober 23 lalu saya telah membuat aduan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di hadapan Penolong Penguasa Kamaruddin Baharom di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), di Putrajaya.

Aduan itu kemudiannya dibuat semula pada November 8 ekoran kenyataan sumber BPR yang disiarkan sebelum ini mendakwa ia bukannya 'aduan rasmi' tetapi sekadar maklumat. Pada hari berikutnya saya memberi keterangan lanjut di pejabat BPR Selangor selama lebih tiga jam. Kenyataan saya dibuat di hadapan Penguasa Azni Yahaya.

Dalam aduan itu saya membutirkan lebih sepuluh kes membabitkan Dr Khir menyalahgunakan kuasa atau melakukan korupsi semasa mentadbir Selangor. Antaranya ialah projek Jalan Cross Ban 4 bernilai RM92.5 juta sepanjang 20.5 km di Sekinchan yang dianugerahkan kepada kontraktor bermasalah iaitu Meram Holdings Sdn Bhd.

Isu mesyuarat exco kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah di Shah Alam dan Kuala Langat, pada November 20 tahun lalu dan Julai 4 lalu kepada syarikat tertentu juga dibangkitkan terutama kepada empat syarikat yang pengarahnya baru berumur 20 tahun. Tiga dari empat pengarah muda itu dilantik menjadi pengarah syarikat tidak sampai pun 40 hari sebelum mereka bertiga menerima 50 ekar tanah di Kuala Langat.

Dalam aduan pertama saya, pada Oktober 23 di bawah perenggan E, Perkara 5, saya mencatatkan: "Khir didakwa menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu mesyuarat lembaga, untuk mendapatkan sebidang tanah di Shah Alam, sehingga pengurusan PKNS membuat dua kali tawaran harga tanah tersebut kepadanya. Ini disebabkan Dr Khir tidak berpuas hati dengan tawaran harga pertama."

Pada Oktober 30 ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang juga Adun Sungai Burung, Datuk Dr Hassan Ali, semasa membahaskan Belanjawan 2002 bagi Selangor telah membangkitkan isu berkaitan tanah PKNS itu.

Pada hari berikutnya Dr Khir menggulung perbahasan Belanjawan dengan menolak dakwaan itu. Walaupun mengaku beliau ada ditawarkan tanah milik PKNS tetapi kedua-dua tawaran yang dibuat itu adalah dengan harga yang sama.

Beliau (Dr Khir) kemudiannya mendakwa menolak tawaran itu kerana beliau tidak mempunyai cukup wang untuk membelinya.

Maklumat lanjut

Sehubungan itu pada jam 10.30 pagi, Disember 4, saya mengunjungi Ibu Pejabat BPR di Putrajaya untuk memberi maklumat lanjut perkara itu. Saya cuba menghubungi pegawai BPR yang menerima maklumat dan aduan rasmi tempoh hari. Malangnya Kamaruddin Baharom gagal ditemui.

Salah seorang pegawai bertugas hari itu menasihatkan saya supaya terus saja ke pejabat BPR di Shah Alam kerana kes membabitkan Dr Khir itu telah dipindahkan ke sana. Nampak mereka keberatan menerima maklumat lanjut saya.

"Sebenarnya saya lebih selesa membuat laporan di Putrajaya. Bukannya saya mempertikai kemampuan BPR Selangor untuk membuat siasatan tetapi saya rasa lebih elok jika yang hendak disiasat adalah ketua kerajaan sesebuah negeri, maka pihak yang menyiasat perlu dari luar negeri berkenaan, yakni dalam kes ini, dari Putrajaya," saya menjelaskan kepada seorang pegawai BPR.

Saya bimbang BPR Selangor tidak selesa memulakan proses siasatan kerana ia membabitkan Menteri Besar Selangor. Akhirnya, Penolong Penguasa Mohd Nasharudin Amir bersetuju menerima maklumat terbaru itu khususnya selepas saya berjanji memberi keterangan lanjut di Shah Alam!

Menurut surat tawaran pertama kepada Dr Khir bertarikh Februari 13 tahun ini, Pengurus Besar PKNS, Dato' Haji Harun Salim mencadangkan satu tapak banglo di Seksyen 2 tambahan, Bandar Baru Bangi kepada Khir dengan butiran berikut: No. Lot : 14 Jalan 2/1 G, keluasan 22,862.54 kaki persegi (0.47 ekar) dan harga jualan RM20.00 sekaki persegi.

Melalui surat itu Harun mencadangkan agar Dr Khir dapat meluangkan masa melawat tapak yang dicadangkan.

Cerita lama

Menurut sumber, Dr Khir menimbulkan cerita bahawa semasa belum dilantik Menteri Besar beliau pernah memohon tanah daripada PKNS tetapi tidak dilayan.

Dengan menimbulkan cerita seperti ia bagaikan dentuman `halalintar membelah bumi’ bagi seorang pengurus besar yang merasakan tempoh perkhidmatannya boleh ditamatkan bila-bila masa saja oleh Menteri Besar.

Tidak sukar untuk meramal apa yang akan dilakukan oleh pengurus besar itu apabila mendengar luahan hati Menteri Besar mengenangkan pengalaman silamnya dengan PKNS.

Saya rasa itu adalah detik permulaan amalan rasuah ketara sama ada membabitkan Menteri Besar yang mendapat tanah atau pengurus besar yang menawarkan tanah itu.Tidak mustahil jika kedua-duanya boleh disabitkan.

Saya juga mempersoalkan apakah Dr Khir mengikuti semua prosedur ketat dalam proses memohon tanah PKNS. Saya kira jawatannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS tidak mengecualikan beliau dari mematuhi segala prosedur yang diperlukan.

Difahamkan setiap tanah yang diluluskan untuk dijual oleh PKNS akan diperakukan terlebih dahulu oleh mesyuarat lembaga PKNS yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor. Soalnya, apakah Dr Khir meluluskan permohonan tanah untuk dirinya sendiri?

Persoalan lain yang timbul ialah layanan istimewa PKNS kepada Dr Khir apabila harga tanah yang ditawarkan pada surat kedua bertarikh Mei 12 tahun ini mendapat potongan hampir 50 peratus.

Menurut surat pertama, harga tanah ialah RM457,250 manakala bagi surat tawaran kedua harga tanah yang dinyatakan ialah RM231,678.

Potongan luar biasa

Difahamkan potongan harga itu cukup luar biasa dalam amalan pengurusan PKNS. Kakitangan yang bekerja lebih 20 tahun pun khabarnya hanya mendapat potongan sebanyak 10 peratus. Namun tidak dipastikan apakah ia satu kelaziman bagi PKNS untuk menawarkan tanah dengan harga istimewa kepada semua Menteri Besar yang baru dilantik?

"Sesiapa yang mendapat tanah daripada PKNS sudah cukup beruntung kalaupun harganya tetap. Ini kerana harga yang ditawarkan PKNS jauh lebih murah daripada harga pasaran," kata seorang ahli perniagaan yang terbabit dalam hartanah.

"Malah harga pasaran tanah di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu sekurang-kurangnya RM25 sekaki persegi," tambahnya.

Bukan soal nilai tanah yang menjadi pertikaian tetapi kita khuatir jika dalam proses jual-beli sekecil itu berlaku amalan salah guna kuasa kita bertambah bimbang takut-takut dalam urusan yang lebih besar dan membabitkan lebih banyak wang rakyat, amalan rasuah lebih mudah berleluasa.

Tetapi lebih menakutkan kita jika Menteri Besar sanggup berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu semata-mata untuk mengelak dari pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya.

Benarkah apabila Dr Khir berkata bahawa kedua-dua tawaran terhadap tapak tanah lot banglo di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu adalah dengan harga yang sama?

Kedua, benarkah Dr Khir berkata bahawa beliau menolak tawaran berkenaan sedangkan sumber memberitahu tawaran itu diterimanya dan pembayaran telah selesai dilakukan? Saya menunggu jawapan Dr Khir.

ADUAN RASUAH KHIR TOYO TAHUN 2001

mail-archive
Tarikh: 23 Oktober 2001
6 Syaaban 1422

AHMAD LUTFI B. OTHMAN
24, Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/fax: 03-40243531
019-3722079

Yang berbahagia
Ketua Pengarah
Badan Pencegah Rasuah
Ibu Pejabat BPR Malaysia
Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62502 Putrajaya

ADUAN RASUAH MEMBABITKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang dihantar kepada saya, dan juga carian saya secara lebih lanjut lagi, juga berasaskan maklumat berkenaan, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu disiasat kerana dibimbangi beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa diberi amanah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.

Kebimbangan saya itu berdasarkan beberapa perkara
seperti berikut:

A. PROJEK CADANGAN PEMBINAAN JALAN CROSS BAN 4, SUNGAI PANJANG (B44)

Lokasi: Dari Taliair 4, Sekinchan hingga Parit 4, Sg
Hj Dorani (Sebelah
Ban JPS sediada)
Panjang: 20.5 kilometer
Kos Kontrak: RM92.5 juta
Tempoh Siap: 36 Bulan

Kontraktor: Meram Holding Sdn Bhd
A-205, No. 11, Jalan Sepadu,
United Garden, 58200 Kuala Lumpur.

Jurukur/Rekabentuk: Jalal Johari Consultants,
9127C, Lorong Perak,
Taman Melewati, 53100 Kuala Lumpur.

ISU PERTAMA:

Mengapa Menteri Besar Selangor, melalui Jabatan Kerja Raya Selangor, menganugerahkan projek ini kepada Meram Holding, sebuah kontraktor bermasalah, yang mana tiga projek terakhirnya tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan, dan akhirnya terpaksa projek-projek itu diletakkan di bawah kontraktor penyelamat? Untuk perhatian, surat setujuterima tender ditandatangani oleh Menteri Besar sendiri.

Berikut adalah butiran terperinci projek-projek yang gagal disiapkan oleh Meram Holding:

Projek Pertama: Kos Kontrak: RM6,432,233.80
Tarikh Kontrak: 8/12/99 - 27/02/01
Lanjutan Masa 1: 28/02/01 - 19/07/01
Lanjutan Masa 2: 19/07/01 - 30-08/01
LAD dari 31/8/01 sebanyak RM1,595.00/hari
Status Terkini: Projek dijangka siap sebulan lagi

Projek Kedua: Cadangan membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3, di
Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan

Kos Kontrak: RM7,455,190.85
Tarikh Kontrak: 22/07/99 - 11/10/00
Lanjutan Masa 1: 12/10/00 - 16/01/01
Lanjutan Masa 2: 16/01/01 - 31/07/01
Status Terkini: Telah siap dan diserahkan kepada JKR

More...

Ramalan Siri Dan Buku The Toyol Code Terbukti Benar

kuda-kepang

Pendedahan Siri Toyol Code ternyata benar. Kesilapan menantu Abdullah (mengketengahkan segolongan calon pilihannya menyebabkan BN kalah teruk).

Hasil penyelidikan (penulis) berdasarkan kandungan The Toyol Code, membuktikan calon muda pilihan menantu Abdullah telah tewas.

Terima kasih kepada penulis The Toyol Code (yang membuat pendedahan awal) demi kedaulatan negara. – Pemerhati, 10 Mac 2008, 4:49 AM.

Komen: Saya menulis tujuh siri The Toyol Code dalam blog ini pada akhir 2006. Buku The Toyol Code pula saya tulis berasaskan siri tersebut.

The Toyol Code adalah hakikat dan realiti. Buku ini saya tulis berasaskan maklumat-maklumat eksklusif yang dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang sejak Oktober 2006 hinggalah Oktober 2007.

Seluruh maklumat tersebut telah dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat atau compact disc (CD) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar menerusi pemilihan serta penyenaraian calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam PRU12.

Dari analisa berasaskan maklumat-maklumat toyol terbabit, antara konspirasi utama yang dijangka dilaksanakan adalah seperti berikut:

Mengenalpasti, memilih dan menentukan barisan calon-calon BN untuk kerusi DUN dan Parlimen bagi PRU12.

Menentu dan memperakukan barisan anggota kabinet kerajaan Malaysia dan menentu serta memperakukan nama-nama Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan exco negeri yang akan dilantik sesudah PRU12.

Antara objektif utama konspirasi di atas dipercayai berpaksikan kepada beberapa matlamat berikut:

Memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12.

Memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12.

Memastikan seluruh barisan kabinet Malaysia dan ketua kepimpinan peringkat DUN adalah kelompok individu yang sedia mendukung serta menjayakan agenda asing di Malaysia.

Memastikan seluruh anggota DUN dan Parlimen BN yang memenangi PRU12 adalah golongan yang simpati dengan agenda asing di Malaysia.

Merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi di atas mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.

Kini konspirasi itu menyebabkan BN tunggang-langgang. Bacalah buku ini yang kini berada dalam pasaran. Sila kunjungi http://warung-buku.blogspot.com untuk membuat tempahan segera. – Ruhanie Ahmad

PETISYEN: UMNO SURUH PAK LAH UNDUR

angan-angan

Bahawa saya, Ab Jalil bin Aboo Backer, ahli UMNO bernombor 03030707 (semakan terkahir tiga tahun lalu) memohon agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara terhormat sebelum Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO yang akan akan datang.

Tidak perlu berselindung lagi bahawa kekalahan besar Barisan Nasional di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah rentetan ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar ekonomi, pentadbiran dan pelaksanaan Islam Hadhari oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Kekalahan di negeri-negeri pantai barat terutama di kawasan pengundi kaum cina membuktikan perjuangan laman ini dan ramai lagi ahli UMNO serta laman-laman web milik ahli atau penyokong UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini.

Tindakan Abdullah menaikkan harga petrol secara keterlaluan, harga tol yang mendadak dan kenaikan kadar pinjaman asas telah menyebabkan rakyat di kawasan bandar mengalami kejutan inflasi yang bukan sedikit kesannya. Sungguhpun dirayu dan dipohon mempertimbangkan keadaan, pentadbiran Abdullah memilih untuk terus membuat dasar-dasar ekonomi yang tidak menguntungkan golongan peniaga kecil.

Tindakan memperkenalkan Islam Hadhari dan promosi berlebihan mungkin menarik perhatian penduduk pantai timur, namun di negeri-negeri yang komposisi kaumnya pelbagai agama ia menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati di kalangan bukan Islam. Manakala di negeri seperti Kedah yang mempunyai banyak sekolah pondok dan kelas pengajian agama, Islam hadhari dianggap satu kecelaruan dari Islam sebenar.

Di Kedah juga ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdullah dan akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO memperlekehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Di kalangan pemimpin akar umbi UMNO sendiri melihat bagaimana banyak projek-projek hanya dijalankan di bawah setelah kedudukan Pak Lah tergugat akibat diasak oeh Tun Dr. Mahathir. Mereka melihat jika Pak Lah menang besar sekali lagi, maka kebongkakan pentadbiran Pak Lah akan berterusan seperti yang berlaku selepas 2004.

Di sebalik cuba mentadbir negara dan membawa kemajuan, Pak Lah mahu menjadi pemimpin popular yang cuba memuaskan hati semua pihak terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional. Hasilnya di kalangan penyokong UMNO dan BN merasa kecewa dan berpendapat mereka tidak penting.

Pak Lah juga banyak mengenepikan kepimpinan UMNO yang dipilih oleh perwakilan. Sebaiknya banya mendengar cakap penasihat-penasihatnya yang bukan pun pemimpin UMNO seperti Datuk Kalimulllah Hasan, Datuk Anuar Zaini, Datuk Kamarulzaman dan Khairy Jamaluddin. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang telah setia bersama UMNO ketika zaman jatuh dan bangun sejak 20 tahun lalu.

Tindaan Pak Lah memberi ruang terlalu ramai kepada sahabat-sahabat beliau bekas pemimpin semangat 46 seperti Radzi Sheikh Ahmad sehingga melebihi kuasa mereka yang setia bersama UMNO pada 1988 dan 1998 memberi banyak kesan sampingan. Ramai yang melihat Pak Lah yang mereka sokong dan dokong sebagai pengganti Dr. Mahathir telah mengkhianati mereka.

Krisis politik di Kubang Pasu, dan kemudiannya Perlis menyaksikan pengaruh terlalu besar Radzi Sheikh Ahmad dalam parti menyebabkan ramai akar umbi UMNO tidak berpuas hati. Lihat sahaja mengapa sehingga hari ini Datuk Seri Shahidan tidak diberi watikah untuk mneghadap Raja Perlis bagi membentuk kerajaan sungguhpun beliau berjaya menang besar dalam pilihan raya umum?

Dalaman UMNO juga tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah melucutkan jawatan Datuk Ibrahim Ali tanpa sebab disiplin yang jelas. Bagi pemimpin UMNO di bawah, jika Ibrahim Ali yang menang bertanding sebagai Ketua UMNO Pasir Mas pun boleh dibuang, apatah lagi pemimpin UMNO lain.

Dalam pentadbiran kerajaan, Pak Lah meruntuhkan kredebiliti sistem kehakiman, pasukan polis dan anggota pentadbiran kerajaan. Hasilnya banyak undi di kalangan kumpulan ini beralih kepada pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah.

Pak Lah juga diingati kerana keputusan-keputusan yang berubah-ubah sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Dari isu jambatan bengkok, penjualan aset khazanah Nasional, MV Augusta dan dasar pro Singapura sehinggalah tindakan Pak Lah menafikan akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari lalu.

Ini menimbulkan kemarahan rakyat di Pantai Barat yang lebih banyak terdedah dengan laporan media internet. Mereka tidak melihat masa depan bersama pemimpin "flip flop" yang banyak dikatakan dikausai oleh anak-anak muda Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.

Banyak lagi jika mahu ditulis kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Cukuplah sekadar sebahagian kenyataan ini untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu meletak jawatan kerana dasar pentadbiran dan imej peribadi beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat.

Dalam pilihan raya umum kali ini, banyak wakil rakyat yang telah berkhidmat dengan cemerlang turut tumpas kerana masalah pentadbiran Abdullah. Wajarkah ramai lagi menjadi mangsa dalam pilihan raya akan datang?

Selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan meneruskan dasar-dasar ekonomi semberono ini, publisiti keterlaluan terhadap Islam Hadhari dan penguasaan golongan tertentu di Jabatan Perdana Menteri, selagi itu rekod dan perkhidmatan wakil rakyat BN di kawasan bandar tidak akan memberi apa-apa erti.

Dalam pilihan raya kali ini pembangkang tidak pun bekerja keras kerana Abdullah telah memusnahkan UMNO dan BN selama empat tahun lalu.

Justeru saya sebagai ahli UMNO dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

And don’t call me ‘YB’ please

elizabethwong

In our meeting last night, Anwar Ibrahim brought us down to earth.

First - we have to change this ‘bodek’ feudal culture of Umno. ‘Yang Berhormat’ or YB is only appropriate in the halls of the state assembly or Parliament. Do the Brits or Australians go around calling their MPs or state legislators ‘Right Honourable’ in public? Nope.

So please don’t call us YBs. It gives me a strange icky feeling if you do.

Two - any unreasonable perks will be slashed. There will not be any redecorations in our offices and we will use the vehicles bought earlier by the state government. Our salary will also be cut. We gotto cut those wasteful and unnecessary spending.

Tan Sri Khalid is gonna run this state like a corporation. We are expected to file quarterly reports like an good company. Expect some redundant committees and positions created to appease the Umno-aites to be erased. And yeah - no belly-dancing in those ‘lawatan sambil belajar’. It’s ‘belajar sambil bekerja’.

Three - we will be open to everyone in regards to suggestions and inputs. We want to be take stock of what is immediate and urgent. And please give us time. Fifty years of nonsense will take time to be rectified and corrected.

KHAIRY JADI MENTERI?

Hari ini sudah kecoh tentang SMS Khairy yang sedang bertebaran, wak turut mendapatnya. Berikut adalah berita tentang perkara tersebut,

SMS tuduh Khairy mahu cetus rusuhan
harakahdaily
Walaupun tidak dapat disahkan kesahihannya, pesanan-pesanan mesej ringkas telah bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun sumber dalaman Umno tidak percaya Khairy berani berbuat demikian, tetapi telah bertebaran pesanan-pesanan SMS kononnya menantu Abdullah itu sedang merancang menggunakan sebuah pertubuhan bernama Pekida untuk "mengamuk" dengan menggunakan isu "Hak keistimewaan Melayu". more...
Khairy merupakah salah satu punca utama UMNO dan BN ditolak rakyat. Beliau MENGGODAM calun calun UMNO dan BN diseluruh negara sehingga menjadikan UMNO berpecah belah. Akibatnya rayuan rakyat dan penyokong BN telah ditolak oleh kebanyakan Menteri besar. Menteri Besar tidak berdaya melawan kehendak anak muda itu kerana bimbang masa depan mereka kucar dan kacir.

Malah, menurut berita, Mukhriz Mahathir pun telah di letakkan di tempat sejuk, Jerlun dimana sebelum itu beliau bercadang untuk bertanding di Langkawi. Busuk hati nya tidak selesai disitu apabila desas desus bercerita tentang penghantaran wang untuk menjatuhkan Mukhriz di dalam pilihanraya baru baru ini.

Namun beliau kekal sebagai MENANTU KESAYANGAN Perdana Menteri dan pagi tadi Abdullah Badawi sudah pun mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana menteri bagi penggal kedua.

Kalau diteliti, ramai menteri dan timbalan menteri telah kalah. Maka BN terpaksa menggantikan mereka mereka itu dengan personaliti baru. Adakah Khairy akan menjadi pilihan? Sama sama kita nantikan dan kalau sekiranya Khairy masih berada di dalam kelompok tersebut, UMNO akan terus terkubur bersama kepercayaan rakyat yang telah dilacurkan.

Mahu selamatkan UMNO atau mahu selamatkan Khairy? Anda fikir sendiri, kalau terpilih menjadi barisan Menteri baru, maka jelaslah bahawa ujudnya Abdullah Badawi adalah untuk mengkuburkan terus UMNO dari sejarah negara Malaysia.

6/3 Rehearsel .... 8/3 Kalah

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/7/76/Awangadek.jpg/240px-Awangadek.jpg

harakahdaily

Menurut sumber yang boleh dipercayai, satu majlis 'reherseal' atau simulasi bagi majlis angkat sumpah Menteri Besar serta exco kerajaan negeri akan diadakan pada hari esok, 6 Mac anjuran Umno-BN Kelantan.

Bahkan, mereka juga telah menyiapkan senarai profil diri exco-exco baru yang akan mentadbir Kelantan yang akan dipersembahkan kepada sultan Kelantan sebagai usaha meyakinkan pihak istana akan kemampuan parti tersebut memerintah Kelantan bagi menggantikan PAS. more...

BA SOKONG KHIR TOYO SIFARKAN PEMBANGKANG

http://www.nst.com.my/Thursday/National/2108259/insidepix1

Bermula pada bulan Mac ini No2umnO mengharap kerjasama Pembaca dan pelayar blog ini untuk menyokong KHIR TOYO di dalam misi "SIFAR PEMBANGKANG'nya. Cuma, siapa dia pembangkang sekarang? Kalau dia masih mempunyai misi yang sama, dengan dia dia sekali kita SIFARkan

Malaysian prime minister at risk in vote


By Thomas Fuller

KUALA LUMPUR: Malaysia's ruling coalition, which has governed this multiracial country without any major challenges for the past four decades, suffered a string of defeats in key constituencies Saturday and lost control of the relatively prosperous industrial state of Penang.

Early results showed that the coalition of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi retained a majority and will be able to form the next government. But the unexpected significant gains by opposition parties are a challenge to the long-standing paternalistic practices of a government that controls the mainstream media, bans most streets protests, bars students from taking part in politics and jails political opponents without trial.

"I don't think Malaysian politics will ever be the same again," said Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister who was expelled from the ruling party a decade ago and is now one of the leaders of the opposition. "There is a wave, an outcry for democratic reform."

The opposition parties unseated several long-time political veterans by fielding fresh but inexperienced candidates, including a political science professor, popular blogger and a human rights activist.

Voters showed their anger at a recent government crackdown against ethnic Indians by electing M. Manoharan, one of five activists jailed after a street protest by Indians, to a local state legislature. It is unclear how Mr. Manoharan, who is being detained without trial, will carry out his duties.

Anger by ethnic Indians and Chinese over religious disputes and a system of economic preferences given to the Malays, the majority ethnic group, appeared to play a major role in the opposition's gains.

The loss of Penang, which is alone among Malaysia's 13 states to have a majority of Chinese voters, is a major blow to Mr. Abdullah whose constituency is based there.

The state is a major industrial center, producing microchips, mobile phones and computer parts in factories owned by Intel, Dell and Motorola, among many others.

The outgoing chief minister, or governor, of Penang, Koh Tsu Koon, lost his seat Saturday to a dissident university professor, P. Ramasamy.

The heads of the two ethnic Indians parties represented in the ruling coalition also lost their seats. These losses call into question the future of the country's race-based coalition, a system in place since independence from Britain in 1957, where each major ethnic group – Malays, Chinese and Indians, is represented by its own political party.

Opposition leaders have vowed to move Malaysia away from this system, with Mr. Anwar's National Justice Party the loudest proponent of the change. Mr. Anwar was barred from running in this election because of a conviction for abuse of power in a politically charged trial. But both his wife and daughter won seats in the national parliament Saturday. Mr. Anwar, who many see as a possible future prime minister, is banned from politics until April. He said in an interview Saturday that he does not rule out requesting a member of his party to resign their seat and running in a by-election.

The opposition did especially well in urban areas, winning at least 7 out of the 11 seats in Kuala Lumpur. But it also made inroads into the rural heartland. The Pan-Islamic Party, one of the three main opposition parties, strengthened its control over the northern state of Kelantan and appeared to have won control of neighboring Kedah state.

The last time opposition parties made similar gains in Malaysia was 1969, an election where victory parties degenerated into deadly ethnic riots that scarred the national consciousness.

Fearing a similar outbreak of violence, the Inspector-General of Police in Malaysia, Musa Hassan, barred any public celebrations Saturday.

"There will not be any victory processions," he said.

AKU JADI PM LAGI !!!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was sworn in Monday as the prime minister before the Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, following the victory of the Barisan Nasional (BN) in Saturday's general election.

Abdullah sworn in as PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was sworn in Monday as the prime minister before the Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, following the victory of the Barisan Nasional (BN) in Saturday's general election.

Abdullah took the oath of office and oath of secrecy at the ceremony which was held at the Balairong Seri of the Istana Negara here at 11.10am after he was presented the instrument of appointment.

Abdullah, 68, assumes the office of prime minister for a second term.

The Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, was also present at the ceremony.

Abdullah arrived at the Balairong Seri at 11am, accompanied by his wife Datin Seri Jeanne Abdullah.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor as well as other VIPs were present at the event.

Among the VIPs were former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik, Umno secretary-general Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad and several new members of parliament (MPs).

At the ceremony, which took about 20 minutes, Abdullah signed the instrument of appointment before Chief Justice Datuk Abdul Hamid Mohamad, which was witnessed by the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Barisan won 140 of the 222 parliamentary seats in Saturday's general election, enabling it to garner a simple majority and form the government.

Abdullah retained his Kepala Batas seat in Penang by defeating Subri Md Arshad of PAS with a majority of 11,246 votes. -- Bernama

Posting terkini

Blog Archive