Msomelayu
BAGAIKAN pelawat menziarahi orang yang sedang sakit, begitulah Najib dalam merawat Abdullah Ahmad Badawi yang yang kini menanggung malu besar ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum Sabtu lalu. Apa yang Najib boleh lakukan dalam keadaan sekarang hanya memberi jaminan itu.
Bagi Abdullah pula walaupun jaminan itu tidak mengubahkan keadaan namun itulah juga yang beliau boleh telan dan kunyah.
Seperti orang sakit kronik, penziarahnya hanya boleh melihat sahaja tanpa boleh memegang atau mengelusnya. Demikian keadaan Najib dengan Abdullah hari ini. Tindakan dan langkah itu, itulah yang terbaik.
Tetapi sejauh mana dan selama manakah Najib boleh bertahan dengan tindakan itu? Bukankah kekalahan BN semalam membebankan. Walaupun dia juga harus memikul tanggungjawabnya, namun kerana Abdullah adalah bosnya maka Abdullah perlu bertanggungjawab.
Apa yang diterima BN khasnya Umno semalam cukup memalukan dan membebankan. Apakah Najib akan memikul bebanan yang tidak diminta olehnya?
Inilah persoalan dan perkara menarik untuk dinilai dan dianalisis. Atas politik itu bersifat segala mungkin maka segalanya juga mungkin berlaku termasuk Najib tiba-tiba Najib boleh memansuhkan jaminan itu. Najib boleh menarik sokongan itu bila-bila masa saja untuk survival politiknya.
Najib adalah orang yang sedang berangan panjang untuk menjadi PM. Beliau juga tahu usaha ke arah itu perlu dilakukan dan dicari. Biar pun tindakan itu seolah memakan daging sendiri namun dalam keadaan tersempit begitu Najib perlu dan wajar melakukannya.
Bagi Najib masa ini adalah terbaik untuk beliau memikirkan masa depan politiknya. Masa di mana Abdullah dalam kepenatan dan keletihan. Najib perlu menjadi singa ganas untuk menerkam mangsanya dalam keletihan kerana itu paling mudah dan tidak memerlukan detik pemburuan yang panjang.
Apakah Najib akan berbuat demikian? Penantian ini menarik sekali untuk dilihat dan dinilai. Keadaan ini menyebabkan Najib kini dalam dilema antara memikiran nasib politiknya dan kesetiaan sebagai seorang timbalan.
Najib sebelum berikrar akan bersama Abdullah dan tidak akan bertindak menimakm dari belakang. Dalam situasi hari ini kata-kata itu seperti menikam dirinya sendiri untuk tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kedaan dirinya.
Sekiranya beliau terus menghormat ketuanya, ia menyebabkan perjalanan Najib mencapai cita-citanya lambat. Inilah dilema Najib!
Sebaliknya kalau beliau sanggup memakan daging sendiri dalam keadaan hari ini, - merampas kedudukan Abdullah maka beliau akan dianggap sebagai pengkhianat? Ke mana dan selama mana Najib bertahan dengan kata-katanya sama-sama kita tunggu.
Sudah ada desakan dan paksaan ke atas Najib agar mengambil alih kedudukan. Dr Mahathir Mohamad yang selamanya minat dengan Najib telah pun membuat gesaan agar Abdullah melepaskan jawatan dan serahkan kepada Najib. Persoalan kini apakah Najib sanggup? Dan kalau dia terus bersetia selama mana? Sama-sama kita tunggu perkembangan amat menarik ini. [rpj kel. 8:30 09/03/08]
Mar 10, 2008
Sejauh mana kesetiaan Najib terhadap Abdullah?
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment