KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

ARTIKEL BERNAMA DI DALAM MSTAR


UMNO masih kukuh di Perak?
mstar

TANDA-TANDA awal kemungkinan berlaku perubahan dalam landskap politik di Perak mula kelihatan sebaik sahaja PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan senarai calon masing-masing yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke12, yang menyaksikan tiada pertembungan antara mereka di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) buat pertama kali.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang dalam persidangan akhbar semasa mengumumkan senarai calon berkata ketiga-ketiga parti berjaya mewujudkan persefahaman walaupun PAS hanya menjalin kerjasama dengan PKR menerusi pakatan Barisan Alternatif.

DAP pula secara rasmi hanya bekerjasama dengan PKR dan pengumuman calonnya di Perak diadakan dalam persidangan akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini satu sejarah kerana nampaknya tiga parti ini berjaya mengagihkan kerusi dengan masing-masing berazam memastikan hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya ini," kata seorang wartawan kanan sebuah akhbar selepas proses penamaan calon.

Riak kecil kemungkinan itu bertukar menjadi ombak besar yang lebih ketara apabila Anwar mengadakan siri kempen di Perak tiga hari sebelum pengundian, dan di setiap tempat yang disinggahinya, ribuan penyokong pelbagai bangsa membanjiri venue dan bergema sorakan "Reformasi" dan "Makhal Sakti".

Keputusan pilihan raya yang menyaksikan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor terlepas dari tangan BN bukan sahaja mengejutkan penyokong BN malah di kalangan penyokong dan anggota parti yang akan menubuhkan kerajaan campuran di Perak.

"Paling kuat kita jangka pembangkang terutamanya DAP akan menambah bilangan kerusi. Untuk BN tumbang di Perak, ia sesuatu yang mengejutkan," kata seorang Ketua Bahagian Umno.

BN hanya memperoleh 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 31 kerusi yang dikongsi oleh DAP (18), PAS (6) dan PKR (7).

BN pada pilihan raya umum 2004 menguasai 52 dari 59 kerusi DUN berbanding tujuh oleh DAP, kini kehilangan 24 kerusi, manakala pembangkang melalui pakatan DAP, PKR dan PAS membolot 31 kerusi bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang baru selesai, DAP dan PKR didapati merampas kerusi yang sebelum ini milik MCA, MIC dan Gerakan di kawasan majoriti kaum Cina manakala PAS menang di kawasan majoriti Melayu yang mempunyai peratusan pengundi India dan Cina yang agak besar.

Trend ini dipercayai akibat perubahan angin di kalangan pengundi Cina dan India yang sebelum ini memberi undi mereka kepada parti komponen BN.

Antara isu yang dimainkan di kalangan pengundi Cina adalah seperti ketidakadilan agihan kekayaan ekonomi negara dan Dasar Ekonomi Baru, manakala di kalangan pengundi India membabitkan isu berkaitan Hindraf, penahanan lima pemimpinnya, dan masyarakat India didakwa mereka terpinggir di bawah BN dan Umno.

Satu isu yang dikatakan begitu kuat mempengaruhi pengundi ialah kenaikan harga barangan dan kegagagalan jentera pilihan raya BN memberi penerangan yang baik mengenai isu itu yang membawa padah, kata seorang peniaga pasar mini, Ahmad Abdullah, 45, di Ipoh.

Beliau berkata masalah kenaikan harga barang begitu dirasai dan beliau sendiri tercari-cari jawapan yang boleh menyejukkan para pelanggan yang sering merungut mengenai perkara itu.

"Saya ingatkan kerajaan (BN) melalui kempen pilihan raya ini akan dapat memberi jawapan yang cantik...alihalih janji dibuat oleh pembangkang pula untuk turunkan harga minyak, negara kebajikan dan sebagainya. Mereka (BN) perlecehkan janji itu tetapi makan diri kerana soal ini Melayu, Cina dan India semua terasa bebannya," katanya.

Isu pertukaran calon lama turut menghantui Umno hinggakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Tajol Rosli terpaksa membuat siri lawatan ke kawasan-kawasan panas itu dalam usaha 'menyejukkan hati' kumpulan yang marah dan 'merajuk' itu.

Pembangkang juga berjaya memikat pengundi dengan isu nasional seperti kenaikan harga petrol, kos sara hidup meningkat dan bebanan inflasi yang semakin menekan rakyat terutamnya yang berpendapatan kecil dan hidup di kawasan bandar.

Apa yang boleh dirumuskan di Perak ialah Umno masih bertapak kuat di hati orang Melayu kerana hanya terlepas tujuh kerusi daripada 34 yang ditandinginya.

Daripada 34 kerusi DUN yang dipertahankan oleh Umno pada pilihan raya umum kali ini, Umno hanya tewas di tujuh kerusi DUN iaitu di Titi Serong, Kuala Kurau, Gunung Semanggol, Selingsing, Changkat Jering, Lubuk Merbau dan Changkat Jong.

MCA yang bertanding di 16 kerusi DUN sebaliknya hanya mampu menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang manakala MIC, Gerakan dan PPP gagal menambah walaupun satu kerusi bagi meneruskan kejayaan Umno itu.

MIC dan Gerakan masingmasing bertanding di empat kerusi DUN manakala PPP bertanding di kerusi tunggal di DUN Pasir Bedamar.

Pada pilihan raya umum 2004 Umno memegang 34 kerusi DUN, MCA (10), MIC (empat) dan Gerakan (empat) manakala DAP menguasai tujuh kerusi DUN. BERNAMA

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive