Hari ini sudah kecoh tentang SMS Khairy yang sedang bertebaran, wak turut mendapatnya. Berikut adalah berita tentang perkara tersebut,
SMS tuduh Khairy mahu cetus rusuhanKhairy merupakah salah satu punca utama UMNO dan BN ditolak rakyat. Beliau MENGGODAM calun calun UMNO dan BN diseluruh negara sehingga menjadikan UMNO berpecah belah. Akibatnya rayuan rakyat dan penyokong BN telah ditolak oleh kebanyakan Menteri besar. Menteri Besar tidak berdaya melawan kehendak anak muda itu kerana bimbang masa depan mereka kucar dan kacir.
harakahdaily
Walaupun tidak dapat disahkan kesahihannya, pesanan-pesanan mesej ringkas telah bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Walaupun sumber dalaman Umno tidak percaya Khairy berani berbuat demikian, tetapi telah bertebaran pesanan-pesanan SMS kononnya menantu Abdullah itu sedang merancang menggunakan sebuah pertubuhan bernama Pekida untuk "mengamuk" dengan menggunakan isu "Hak keistimewaan Melayu". more...
Malah, menurut berita, Mukhriz Mahathir pun telah di letakkan di tempat sejuk, Jerlun dimana sebelum itu beliau bercadang untuk bertanding di Langkawi. Busuk hati nya tidak selesai disitu apabila desas desus bercerita tentang penghantaran wang untuk menjatuhkan Mukhriz di dalam pilihanraya baru baru ini.
Namun beliau kekal sebagai MENANTU KESAYANGAN Perdana Menteri dan pagi tadi Abdullah Badawi sudah pun mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana menteri bagi penggal kedua.
Kalau diteliti, ramai menteri dan timbalan menteri telah kalah. Maka BN terpaksa menggantikan mereka mereka itu dengan personaliti baru. Adakah Khairy akan menjadi pilihan? Sama sama kita nantikan dan kalau sekiranya Khairy masih berada di dalam kelompok tersebut, UMNO akan terus terkubur bersama kepercayaan rakyat yang telah dilacurkan.
Mahu selamatkan UMNO atau mahu selamatkan Khairy? Anda fikir sendiri, kalau terpilih menjadi barisan Menteri baru, maka jelaslah bahawa ujudnya Abdullah Badawi adalah untuk mengkuburkan terus UMNO dari sejarah negara Malaysia.
3 comments:
Pak Lah sebenarnya nak balas dendam dekat UMNO sebab sikirkan dia dulu. Sekarang peluang dia la. Siap suruh Mahathir bodoh, lantik dia. Padam muka orang UMNO, lepas ni UMNO mati tak berkubur la.
KJ bakal menjadi MENTERI KERJA RAYA... hehe...
tak pon ganti anak Maidin Menteri Penerangan.. Mesti lg byk filem2 ala2 Remp-it masuk tv... Hancur lah anak bangsa dibuat KJ Bangang... yg pasti, dia akan jd menteri.. percayalah... huhu
Post a Comment