UMNO MEMANG MACAM TU
Kemarahan penyokong UMNO terhadap Abdullah Badawi memang secara terang terangan. Mereka menyatakan bahawa kekalahan yang berlaku adalah angkara Badawi dan menantu nya. Terlalu banyak isu yang berkaitan dengan kerajaan 3 beranak itu, termasuk pembaziran, kronisme, pencalunan yang tidak merujuk kepada kemahuan penyokong dan campurtangan menantunya Khairy di dalam parti dan juga kerajaan.
Kemarahan ini dapat dirasai selepas kekalahan yang teruk di dalam PRU 12. Seorang pemimpin UMNO bahagian yang wak temui hari ini bercerita tentang perkara yang sama. Marah benar beliau kepada kepimpinan partinya. Namun persoalan wak kepadanya, kenapa tidak bantah sebelum pilihanraya?
Apabila soalan itu wak ajukan kepadanya, dia tak berkata apa apa. Dan kesempatan ini wak ambil untuk belasah mereka secukup cukupnya.
Wak pun ceritakan kepada mereka sikap sebenar UMNO sejak dahulu sehingga kini. Sering menyalahkan pemimpin walaupun mereka sedar sudah lama. Terlalu taksub malah ada yang anggap pemimpin UMNO itu sebagai Tuhan. Bila malapetaka datang, ketika itulah UMNO berubah. Selagi boleh makan, selagi boleh pakai kereta besar, apa yang pemimpin katakan semuanya betul. Bila dah tak der masa depan, baru lah tunjuk sana dan tunjuk sana, salahkan semua orang. Akhirnya pemimpin UMNO lompat parti dan kutuk UMNO sendiri.
Sikap berdiam diri, ikut arahan dan angguk bila disuruh adalah sikap UMNO. Ianya satu budaya Melayu sejak turun temurun. Kerana itu lah maka, UMNO berlonjak di dalam PWTC ketika perhimpunan diadakan. Sedangkan penggulungan yang dibuat oleh pemimpin kebanyakannya kosong belaka dan tidak mempunyai fakta. Merapu berjela jela, malah berulang ulang. Kalau tengok penonton dah naik bosan, buat kelakar berunsurkan lucah. Itulah yang pemimpin UMNO tahu.
Wak merujuk kepada kejadian di Selangor sebelum pilihanraya. Bila beberapa orang penyokong UMNO datang berkunjung bertemu Khir Toyo tentang bantahan pencalunan Warno Dogol dan beberapa calun yang lain, pemimpin UMNO tidak kelihatan. Membiarkan penyokong berjuang sendirian. AKhirnya kekuatan membantah tiada pada mereka dan lalu diarah pulang. Alasan Khir Toyo, keputusan adalah muktamad. Siapakah pemimpin yang ada? Akibat marah, penyokong balik kampung, pondok UMNO habis dibakar.
Sikap ANGGUK sebegini turut diamalkan oleh Menteri Besar Khir Toyo sendiri. Beliau tahu bahawa calun calun yang disenaraikan oleh Pasukan Dollah Badawi adalah orang yang tidak popular di kalangan penduduk tempatan. Kemungkinan akan kalah sudah ada, tetapi KHIR TOYO dan kepimpinan UMNO sudah terbiasa dengan istilah, calun TUNGGUL pun boleh menang. Maka sikap 'over confident' ini turut menjadi punca UMNO kalah teruk.
Kini kebanyakan negeri sudah mempunyai MB yang baru. Jangan budaya ini membawa kepada kepimpinan parti baru. UMNO bakal bubar di banyak kawasan. Cawangan akan lahir seperti cendawan tumbuh. Bila UMNO lompat masuk parti baru, budaya sama diamalkan. Lobi atas dan bawah untuk projek dan sebagainya. Bila orang tak tolong, dia kutuk bagai nak rak. Sikap dengki khianat pun boleh berlaku. Akibat budaya UMNO akan turut merosakkan parti lain.
UMNO bakal terkubur kerana sikap ahli UMNO yang tidak ikhlas berjuang. Apa juga yang berunsurkan bodek dan wang, maka perjuangan tidak kekal selama lamanya. Ada projek dan ada wang, aku kawan. Kalau tak der....sorry la bang, tak payah layan. Kerana itu lah UMNO tidak kukuh. Kalau tiada pengundi hantu, UMNO tidak akan menang. Kalau tidak tipu, UMNO tidak berjaya di dalam pilihanraya.
UMNO takkan hidup tanpa wang. Parti Pembangkang berjuang kerana ikhlas. UMNO berjuang untuk tunjuk ada kelas. Sombong dengan orang bawahan kerana pemimpin baik dengan dengan datuk tu dan baik dengan datuk ini. Pada anggapan orang UMNO, orang bawah akan datang berlutut bila diberi wang. Kalau tiada wang, penyokong akan lari ke tempat lain. Fahaman ini membuatkan pemimpin UMNO mencari peluang menjana kewangan dengan cara yang tidak betul. Apabila wang banyak semuanya hendak dibeli.
Kini UMNO sudah kalah. Tokey tokey Cina dan ahli perniagaan yang melabur wang ketika pilihanraya, rugi besar. Bukan sedikit malah dikatakan berjuta juta. Kalau besar pangkat dan kawasan, maka lebih mahal lah pelaburan yang dibuat. Kini yang kalah, pelaburan tidak membawa pulang. Hutang sana dan hutang sini. Ramai pemimpin UMNO yang tidak boleh membalas jasa atas bantuan yang dihulurkan kerana tiada lagi jawatan dan tiada lagi kuasa.
Apabila wak habis berbicara, pemimpin UMNO itu pun berkata. Apa perlu kami buat? Wak kata .... dah sampai ketika mereka terima pembalasan. Ketika senang, tak kenal kawan. Bila dah melepek, baru nak tegur sini dan sana. Itu lah dia sikap orang UMNO. Dah lama mereka kaya, dah lama mereka senang. Hidup bagaikan roda, ada masa diatas, ada masa dibawah. Kalau nasib tak baik. tayar pun boleh kempes kerana angin sudah semua keluar akibat terlalu yakin pilihanraya akan menang. Bila angin sudah keluar, tayar sudah kempes, balik rumah jalan kaki la.
Wak ketawa dan berlalu selepas melihat mereka termanggu manggu. Entah kan paham atau tidak, wak tak pasti.
Tapi wak yakin kepala mereka sedang binggung memikirkan tentang bagaimana untuk membayar kos kehidupan yang tinggi sekarang. Kereta mahal, rumah besar dan bila besar periuk, teballah keraknya. Kalau tak mampu, makan kerak pun dah Alhamdullillah.
Mar 10, 2008
UMNO YANG KALAH SUDAH MULA PENING
Labels: Badut UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salamualaikum...kabare wak.
saya bukan nak komen tapi nak jelaskan perkara yg masih was2 ni.Saya difaham kan kekalah BN diNEGERI2 sebelah UTARA adalah ber punca dari Tun M,Mukriz,najib, sanusi Junid dan rakan.dimana Tun sangat marah bila Mukriz dicalonkan dijerlun.Tun lebih berminat anak kesayangannya bertanding dipulau Kesayangannya itu.Tun Juga tidak berminat dgn mana2 kawasan didalam negeri kedah kecuali PULAU Langkawi.Tengok saja pusat bandar negeri KEDAH dimana masa pemerintahan TUN hingga Dia melepaskan jawatannya,pusat bandar N.Kedah kalau dilihat seperti Pekan Lama tidak ada perubahan lansung."Yang menjadi agent untuk Tun adalah sanusi Junid dan the gangs".Dimana sanusi and the gangs mengarahkan kepada penyokong2 TUN dan ahli2 bawahannya untuk menjatuhkan negeri2 sebelah utara dan memberi tekanan kepada pak lah dan khairy supaya meletakkan jawatan, dan masa yang memastikan mukriz menang dijerlun,ini memberi peluang kepada mukriz untuk ditabalkan sebagai ketua pemuda Umno pusat. Dengan ini bermulalah pemerintahan Najib dan kroni2nya. Dimana TUN sendiri sebagai penasihat najib.
Apa yang ingin saya jelaskan kita bukan saja kena berhati2 dgn khairy and the gangs tapi kita juga kena berhati2 dgn mukriz and the gangs.Lagi pun mereka berdua ni memang tak sebulu asyik mengunakan kuasa bapak masing2.kenapa saya kata kan kita kena berhati2 bukan saja khairy tapi mukriz!!! dimalam kemenang BA DIPulau Pinang dan Kedah,ramai orang2 di utara mendapat sms seperti ini:
mengatakan orang2 cina mungkin akan membuat huru-hara dan mungkin akan merebak hingga ke kuala lumpur.
dan ada juga sms mengatakan peniaga-peniaga cina tidak mahu menjual barang2 runcit pada orang2 melayu dan macam2 lagi.
Jadi saya saran pada KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF Berhati2lah dengan mangkuk ayun berdua ni.dimana kedua2 bapak mangkuk ayun berdua ni mempunyai sejarah dalam politik malaysia. satu keluar parti dan satu lagi dibuang parti . Dua2 ni ada pengalaman!
Jadi saya harap Kerajan BA harus berhati2.....!
SETINGGI2 TAHNIAH DAN SYABAS BUAT KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF DAN SETINGGI2 DAN TINGGIIIII..I TAKZIAH BUAT PEMBANGKANG BARISAN NASIONAL.
SEKIAN WASSALAM
Post a Comment