KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

Idris gagal angkat sumpah – Terengganu bakal dapat MB baru?

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/derishodoh.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Buletinonline
Kuala Terengganu, 10 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh dikatakan ‘mati kutu’ apabila hari ini dua kali berulang-alik ke Istana Maziah bagi mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Namun begitu, masih menemui kegagalan dan perlantikan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sepatutnya dijadual pada jam 8.00 pagi tadi ditangguhkan.

Watikah Perlantikan tersebut sepatutnya akan diserahkan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhamad Ismail Tengku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai juga Perdana Menteri, Datuk’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ke Terengganu esok (Selasa) bagi mengadap Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam usaha memujuk baginda menerima perkenan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

“Nama Idris Jusoh kurang diminati pihak Istana kali ini dan beberapa nama baru dicadangkan termasuk Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Awang Tera,” kata sumber yang enggan disebut namanya.

Katanya, ‘tembelang’ Dato’ Idris Jusoh sudah pecah dan ura-ura berlaku kurang senang pihak Istana terhadap beliau bermula sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, nama Dato’ Rosol turut diketengahkan sebagai calon MB tetapi beliau dikatakan kurang berminat dengan jawatan tersebut.

Selain itu, katanya nama-nama lain cuba ditonjolkan seperti Dato’ Ahmad Said dan Dato’ Awang Tera sebagai calon Menteri Besar Terengganu.

Buletin Online menerima banyak panggilan serta pesanan ringkas SMS memaklumkan berpuluh buah kenderaan yang dipercayai penyokong Idris Jusoh berarak ke Kuala Terengganu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive