KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

Mukhriz minta PM berundur?

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Susulan keputusan pilihan raya umum semalam, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan perkara yang setepatnya.

Mengulas lanjut, AFP memetik beliau berkata: "Masih belum dapat dilihat apa yang akan beliau lakukan tetapi mesej yang sangat jelas ialah terdapat rasa tidak puas hati yang meluas terhadap Perdana Menteri kerana cara beliau mengendalikan pentadbiran negara sejak empat tahun ini".

"Saya berharap kita akan mendapat mesej tersebut dan melakukan perkara yang setepatnya," anak bekas Perdana Menteri itu memberitahu agensi berita tersebut.

"Kita benar-benar perlu menilai diri".


Setakat ini, satu-satunya perkara yang dilihat wajar dilakukan oleh Abdullah ialah seperti yang disarankan oleh bapa Mukhriz sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata dalam sidang akhbar selepas keputusan terburuk BN dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan.

Beliau menuntut Abdullah meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah tersilap melantik Abdullah sebagai penggantinya.

"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," kata bekas Perdana Menteri.

"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah menggantikannya sebagai Perdana Menteri)."

Dr Mahathir juga menyifatkan kerajaan menjadi terlalu bongkak, menindas pendapat yang tidak disukai dan mula mempercayai laporan sendiri yang biasanya tidak selari dengan apa yang sebenarnya terjadi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive