Hari ini berita Bernama tidak menyiarkan sebarang alasan kenapa Majlis Angkat Sumpah Exco dan kepimpinan kerajaan Terengganu di batalkan. Mengikut Rasol Wahid ketika di temubual oleh wartawan bernama di AStro menyatakan bahawa majlis itu ditangguhkan kerana Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. Sepatutnya beliau sudah berada di Terengganu pada awal pagi lagi.
Yang menjadi persoalannya, adakah pihak Istana boleh merubah sesuatu majlis itu hanya kerana Menteri besar tidak dapat hadir? Kalau alasan bahawa Ideris tidak berada di Terengganu dan Istana terpaksa membatalkan majlis tersebut, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak betul.
Maka desas desus yang kedengaran sekarang adalah, pihak Istana tidak bersetuju dengan perlantikan semula Ideris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu, mungkin ada kebenarannya. Dan beliau masih berada di Kuala Lumpur untuk meminta kerjasama Perdana Menteri di dalam hal ini. Benarkah berita angin ini atau benarkah apa yang dikatakan oleh Rasol?
Siapa agaknya yang anda percaya. Sebelum berfikir tentang isu ini, rujuk pembaziran yang berlaku di dalam tempoh 4 tahun lepas. Sekian
Rujuk: tranungkite
Mar 10, 2008
MAJLIS ANGKAT SUMPAH EXCO TGNU DITANGGUH?
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment