Majlis angkat sumpah dan pelantikan Exco Terengganu ditunda
utusan.
KUALA TERENGGANU 10 Mac — Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.
Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira pukul 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu telah ditangguh sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kemudian.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. - Bernama
Mar 10, 2008
Majlis angkat sumpah Exco Terengganu ditunda
Labels: Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
dasar penyamun..sultan pun nyampah.haha..pdn muke ko Idris.
Post a Comment