Kalah teruk - Umno Kelantan akan sewa bas ke KL pula
penarikbeca
KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Kalau menjelang pilihan raya umum Sabtu lalu Umno Kelantan menyewa bas dari Kuala Lumpur untuk mengangkut rakyat Kelantan di ibu kota pulang mengundi, kali ini ahli-ahli Pemuda Umno negeri ini bersedia menyewa bas ke Kuala Lumpur pula untuk mendesak Perdana Menteri berundur.
Dalam pertemuan yang diatur antara beberapa anggota Pemuda Umno Kelantan dengan wakil Harakah di sini, salah seorang dari mereka memberitahu, ahli-ahli Pemuda Umno Kelantan hanya "menunggu wisel berbunyi sahaja".
"Kalau ada siapa-siapa dalam parti (Umno) buat perhimpunan mendesak Pak Lah undur, kita akan pergi. Kita konvoi ramai-ramai. Pilihan raya (Sabtu lalu) kita sewa bas Kuala Lumpur bawa balik anak Kelantan mengundi. Lepas ni kita sewa bas Kelantan pergi Kuala Lumpur pula," kata beliau dengan nada marah.
Bagi beliau, kejatuhan Umno di Kelantan bukan disebabkan oleh masalah Umno Kelantan, tetapi "pemimpin atas punya fasal".
"Tahun 1990, Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) tak setuju dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). (Umno) Kelantan kalah. Tahun 1999, Dr Mahathir buang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Umno) Kelantan kalah.
"Tahun ni, kita ingat boleh menang sebab 2004 yang kita kalah (perbezaan) undi sikit. Yang kita menang, (perbezaan undi) banyak. Tiba-tiba, orang marah Pak Lah, kita (Umno Kelantan) yang kalah. Sampai bila? Ni nak masuk 22 tahun, 18 tahun campur empat tahun lagi," kata beliau. more...
Mar 10, 2008
Berita yang tak dapat masuk Harakah (2)
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment