KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

PESANAN DARI ORANG UMNO

Harapan baru rakyat Malaysia

malay-lad

Agak mengejutkan dan sangat susah untuk dipercayai apabila Barisan Nasional dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen. Ibu saya sendiri terkejut dan bersedih dengan apa yang telah berlaku, sebagai orang kuat UMNO di Shah Alam sudah tentu agak sukar menerima kenyataan ini. Beliau berkempen dengan bersungguh-sungguh untuk UMNO, adik saya yang ketiga pula membawa bendera keadilan semasa pilihanraya,dengan kata lain membantu kempen calon Keadian. Dalam keluarga kami tak ada masalah sekiranya berbeza pandangan politik. Sangat terbuka, masing-masing boleh menerima perbezaan politik sebagai suatu perkara yang biasa sahaja. Itulah yang menarik dalam keluarga kami.

Beberapa negeri terlepas ke tangan Barisan Alternatif namun begitu jika difikirkan kembali, ini adalah masanya atau pun titik permulaan ke arah mencapai demokrasi yang tulin di Malaysia. Serta ianya boleh dilihat sebagai perkembangan positif untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti serta persaingan yang sihat di kalangan ahli-ahli politik. Secara tidak langsung, pemimpin-pemimpin politik ini akan bekerja lebih kuat serta betul-betul bekerja untuk rakyat.

Selepas ini apa-apa dasar baru yang ingin digubal oleh Kerajaan perlu dilandaskan kepada hujah-hujah yang bernas atau dengan kata lain sebelum sesuatu perkara baru diwujudkan akan ada 'debate' dari kedua-dua Barisan Nasional dan Barisan Alternatif.

Yang amat memeranjatkan saya sendiri ialah apabila parlimen dan DUN Shah Alam jatuh ke tangan calon pembangkang. Di tempat saya sepatutnya mengundi, Dr. Mat Shuhaimi Shafie menang dengan majoriti besar mengalahkan Dato' Amzah manakala Parlimen Shah Alam, Ir. Khalid Samad menewaskan Datuk Aziz Shamsudin. Semua yang beraku diluar jangkaan sama sekali.

Mengenai isu pendidikan pula, perlu diwujudkan lebih banyak lagi peluang-peluang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Pemberian biasiswa sepatutnya diberikan kepada rakyat kelas pertengahan dan miskin. Adalah tidak adil untuk memberikan biasiswa kepada golongan kelas atasan juga golongan yang berpendapatan tinggi.Pengagihan biasiswa perlu lebih adil selepas ini berdasarkan keupayaan dan latar belakang keluarga.

UMNO sebagai sebuah parti yang mewakili orang Melayu perlulah muhasabah diri serta menilai semula apa yang telah menyebabkan rakyat membuat keputusan yang mengejutkan ini. Jika sebelum ini mereka selesa dengan kemenangan demi kemenangan maka sekarang inilah masanya untuk mereka memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan yang ada. masalah dalaman dalam UMNO sendiri sebenarnya yang telah mengalahkan UMNO. Perebutan kuasa serta adanya "kumpulan-kumpulan" tertentu dalam UMNO sendiri adalah punca utama rakyat sudah mula menolak mereka. Tun Mahathir juga adalah faktor kekalahan UMNO, kemarahan dan kritikan Tun sangat-sangat memberikan kesan khususnya di Kedah. Natijahnya Kedah diserahkan kepada parti PAS. Bermulalah episod baru yang ditunggu-tunggu semua orang.

Kepada semua wakil rakyat yang baru dilantik, dah menang tu jangan seronok sangat. Buatlah kerja dengan sungguh-sungguh, tunaikan janji anda sebagaimana pernah disebut. Seperkara lagi, perbezaan ideologi politik janganlah kita jadikan isu yang besar sehingga kita bermasam-masam muka atau pun tidak bertegur sapa. Sebagai orang yang matang,kita mestilah menghormati pandangan serta perbezaan yang ada pada orang lain.

No2umnO - Pesanan yang akhir tu yang syok ...... Perbezaan ideologi politik jangan jadikan isu besar sampai masam masam muka, tidak bertegur sapa. Betul tu .... jangan jadi macam orang UMNO, kalau tengok orang PAS, tak nak bantu. Sebenarnya itu lah sikap yang membezakan antara UMNO dan PEMBANGKANG selama ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive