KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 6, 2008

Pulau Pinang banjir kilat


imej di petik dari SINI

dan berita banjir dari anilnetto - Floods submerge parts of Penang

Dr Osman tegaskan tiada tanda liwat pada Saiful

siasah | Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor dari Hospital Pusrawi menegaskan, tidak ada sebarang tanda Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat ketika diperiksa beliau pada 28 Jun lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Majlis Peguam bersama dua peguamnya hari ini untuk mengesahkan laporan perubatan yang disebarkan sebelum ini.

Kenyataan Dr Osman hari ini memecah kebuntuan apabila beliau tidak membuat sebarang penjelasan selepas laporan perubatan yang beliau tulis tersebar luas sebelum ini.... selanjutnya.

BN benar-benar dalam panik

siasah | Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau telah meluluskan permohonan 75 anggota kelab penyokong BN untuk mengadakan lawatan keluar negara mulai 7 hingga 19 September ini melambangkan kepanikan BN.

Ini kerana, dalam kenyataannya juga Abdullah berkata, "Saya tidak akan biarkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September."

Walaupun para pemimpinnya menyatakan cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pada 16 September sebagai mimpi siang hari namun tindakan pemimpin BN melambangkan kepanikannya menjelang tarikh itu.

Bahkan, Bernama terpaksa membuat kenyataan rasmi mengatakan mereka bukan di belakang SMS yang mengatakan satu sidang akhbar akan diadakan oleh parti-parti BN di Sabah petang Jumaat semalam.

Semua ini disifatkan oleh ramai pemerhati sebagai tindakan panik BN terutama di kalangan pemimpin dan medianya "dan ini boleh menghilangkan lagi keyakinan kepada Abdullah," kata seorang pemerhati.... selanjutnya.

Sah: Umno Pulau Pinang mengapi-apikan sentimen perkauman!!!

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 01tranungkite | Sebentar tadi Umno Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar. Mereka menyatakan sokongan kepada Ahmad Ismail diatas tindakan untuk tidak memohon maaf diatas ucapannya yang menghina kaum Cina dinegara ini dalam ucapannya sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Mereka tidak punyai niat lain selain daripada untuk menghuru-harakan negara ini.
Diharap pihak-pihak lain jangan terperangkap dengan permainan ini.
Ini adalah taktik lama. Hanya orang bodoh sahaja yang akan terjerat dengan permainan Umno Pulau Pinang ini.

Mereka mahukan ada kelompok Cina yang respon agar pergaduhan kaum dapat dimulakan.
Apabila pergaduhan kaum bermula, maka undang-undang Darurat akan digunakan.

Apabila darurat berjalan, maka halallah tindakan kerajaan untuk menangkap sesiapa sahaja dan ini sekaligus akan menghalang Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Apakah ini ada kena mengena dengan kenyataan Dollah Tidur hari ini yang berbunyi, ‘Saya Pastikan 16 Sept Tidak Akan Berlaku,’ Kata Abdullah.... selanjutnya.

Barisan Nasional seen as panicky

Sun2surf | .....An Umno MP was dismayed to find out that Abdullah and Najib had endorsed the trip which he had initially believed was a frolic of the backbenchers' club.

“My god. We should not create an unnecessary perception that we are afraid of Anwar, and look like we are panicking,” he told The Straits Times.

Yesterday, the vocal Chinese-based Gerakan party threw in another shocker when its acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said it will review its position in the BN if Umno failed to restore people's confidence.

Gerakan, which has two MPs, had stayed loyal to the BN, to the point of near rebellion from its grassroots.

“We will give a reasonable timeframe, then we will see the situation,” Koh said.

The party was among those rumoured to be announcing a crossover yesterday. After speculation spread like wildfire, seven of the smaller BN component parties especially from Sabah and Sarawak were forced to deny a mass defection.

The BN coalition has 14 component members.

Observers suggest that the rumours could be part of a psychological war by the opposition to diminish confidence in PM Abdullah's government.

The opposition has hinted that 40 MPs are ready to move, although so far, there has been no sign of any movement.... selanjutnya.

Journalists: We did not hear it wrongly

Star | Two reporters have vouched for the accuracy of the Chinese newspaper’s report on Bukit Bendera Umno division chairman Datuk Ahmad Ismail’s allegedly racist remark.

Guang Ming Daily journalist Lee Kelvin said he was sure he heard Ahmad utter Orang Cina cuma tumpang di sini sahaja (the Chinese are only squatting here.)

"I was following Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's second assignment at Kampung Pelet.

"When I reached the place, Ahmad was already giving his talk but I did not pay much attention to the content of his speech.... selanjutnya.

Ramlang berdepan tindakan disiplin

Utusanmeloya | Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bakal dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru- baru ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik.

"Saya akan lihat prosedur kerajaan yang sesuai sebelum tindakan dapat diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila dan apakah bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ramlang.

"Saya akan buat kenyataan lengkap kemudian nanti," katanya.... selanjutnya.

Pemukiman BNBBC ke luar negara berfaedah

UMeloya | ...Timbalan Perdana Menteri berkata, pemukiman atau lawatan sambil belajar mulai 7 hingga 19 September itu adalah peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN terhadap pelbagai perkara baru.

''Ya, saya meluluskan (pemukiman) ini yang merupakan hasil daya usaha BNBBC dan mereka boleh memilih lokasi di mana saja dan menganjurkannya pada bila-bila masa jika program berkenaan membina,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menutup PLKN Siri 5/2008 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Najib mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa sebahagian ahli Parlimen BN diminta menyerahkan pasport antarabangsa mereka untuk program pemukiman ke luar negara bermula Ahad ini ke lokasi yang tidak dinyatakan.... selanjutnya.

Bernama Buat Laporan Polis

bernama | ....Agensi berita nasional, Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) Jumaat malam membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengurus Kanan Teknikal Bernama Abdul Halim Hafiz yang menyelia trafik perkhidmatan SMS Bernama di Balai Polis Jalan Travers pada pukul 8.45 malam ini.

Abdul Halim dalam laporannya berkata terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Bernama untuk menyebar maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Abdul Halim berkata daripada siasatannya, Bernama tidak ada mengeluarkan sebarang berita SMS seperti yang disebarkan oleh orang yang tidak diketahui hari ini.

"Saya telah menyemak log penghantaran berita SMS Bernama hari ini dan mendapati tiada sebarang rekod menunjukkan berita tersebut dihantar," katanya.... selanjutnya.

Raja Petra Boleh Dikenakan Tindakan Di Bawah ISA

Bernama | Penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran ulasannya yang terdapat di laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat hari ini terhadap Raja Petra oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam ulasan artikel bertajuk 'I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim', Raja Petra menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhamamd untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophet' disiarkan dalam laman web berkenaan.

"Tindakan yang dibuat oleh agensi agama itu adalah sejajar dengan undang-undang kerana tindakan dia (Raja Petra) mengeluarkan kata-kata lucah, buruk terhadap Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan undang-undang.

"Siasatan dan tindakan yang cepat perlu dibuat supaya dapat menyedarkan dia (Raja Petra) dengan segera dan dia perlu belajar menghormati agama Islam...kerana tidak ada sebarang lesen percuma dalam kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja," katanya.
... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive