KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 6, 2008

Raja Petra Boleh Dikenakan Tindakan Di Bawah ISA

Bernama | Penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran ulasannya yang terdapat di laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata jika siasatan yang akan dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat empat agensi agama mendapati beliau bersalah, tindakan itu boleh dikenakan terhadapnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat hari ini terhadap Raja Petra oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam ulasan artikel bertajuk 'I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim', Raja Petra menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan komentar yang menghina Islam dan Nabi Muhamamd untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophet' disiarkan dalam laman web berkenaan.

"Tindakan yang dibuat oleh agensi agama itu adalah sejajar dengan undang-undang kerana tindakan dia (Raja Petra) mengeluarkan kata-kata lucah, buruk terhadap Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan undang-undang.

"Siasatan dan tindakan yang cepat perlu dibuat supaya dapat menyedarkan dia (Raja Petra) dengan segera dan dia perlu belajar menghormati agama Islam...kerana tidak ada sebarang lesen percuma dalam kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja," katanya.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive