bernama | ....Agensi berita nasional, Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) Jumaat malam membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.
Laporan polis itu dibuat oleh Pengurus Kanan Teknikal Bernama Abdul Halim Hafiz yang menyelia trafik perkhidmatan SMS Bernama di Balai Polis Jalan Travers pada pukul 8.45 malam ini.
Abdul Halim dalam laporannya berkata terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Bernama untuk menyebar maklumat tidak benar kepada orang ramai.
Abdul Halim berkata daripada siasatannya, Bernama tidak ada mengeluarkan sebarang berita SMS seperti yang disebarkan oleh orang yang tidak diketahui hari ini.
"Saya telah menyemak log penghantaran berita SMS Bernama hari ini dan mendapati tiada sebarang rekod menunjukkan berita tersebut dihantar," katanya.... selanjutnya.
Sep 6, 2008
Bernama Buat Laporan Polis
Labels: Belit media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment