siasah | Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau telah meluluskan permohonan 75 anggota kelab penyokong BN untuk mengadakan lawatan keluar negara mulai 7 hingga 19 September ini melambangkan kepanikan BN.
Ini kerana, dalam kenyataannya juga Abdullah berkata, "Saya tidak akan biarkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September."
Walaupun para pemimpinnya menyatakan cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pada 16 September sebagai mimpi siang hari namun tindakan pemimpin BN melambangkan kepanikannya menjelang tarikh itu.
Bahkan, Bernama terpaksa membuat kenyataan rasmi mengatakan mereka bukan di belakang SMS yang mengatakan satu sidang akhbar akan diadakan oleh parti-parti BN di Sabah petang Jumaat semalam.
Semua ini disifatkan oleh ramai pemerhati sebagai tindakan panik BN terutama di kalangan pemimpin dan medianya "dan ini boleh menghilangkan lagi keyakinan kepada Abdullah," kata seorang pemerhati.... selanjutnya.
Sep 6, 2008
BN benar-benar dalam panik
Labels: Lompat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment