KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 18, 2008

Cheng Lee Whee di bebaskan

Mstar | ..."Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kami sebagai aktivis hak asasi cuba memperjuangkan hak penduduk di sini yang majoritinya adalah Melayu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun menurut Yap, Cheng dibebaskan dengan ikat jamin penjamin dan beliau perlu kembali ke Majistret untuk melapor diri pada 1 November depan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengutuk tindakan polis menggunakan ISA ke atas sukarelawan wanita tersebut.

"Tangkapan ini betul-betul tidak masuk akal.

"Dia seorang aktivis berbangsa Cina yang mempertahankan hak penduduk di kampung Melayu, tapi ditahan tanpa sebab yang munasabah," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak polis menggunakan akta yang diangggap kejam itu kerana aktivis berkenaan tidak langsung mengancam keselamatan negara.

"Apa ancamannya? Saya tak nampak langsung rasional menggunakan ISA terhadap Cheng... selanjutnya.

Wanita UMNO Kuala Selangor pesta 'baling kerusi'

Wanita UMNO bertukar menjadi Jantan UMNO !!!

Mesyuarat wanita UMNO bahagian Kuala Selangor menjadi kacau bilau bila pengerusi mesyuarat enggan membenarkan ahli parti membuat pencalunan. Kerana tidak puas hati, ucapara baling kerusi pun bermula. Ada antara wakil bahagian yang meninggalkan dewan.

Pada awal mesyuarat, wakil wakil membaut protes kepada setiausaha tetap wanita bahagian, Zaini Khalid yang enggan membenarkan memberi peluang mencalunkan 10 wakil cawangan untuk hadir menyuarat bahagian esok.

Wartawan turut tidak dibenarkan memasuki dewan mesyuarat.

Baca cerita seterusnya di Chair throwing mars Kuala Selangor Wanita Umno meet

Wanita Umno divisional meeting turns ugly

NST | The Kuala Selangor Wanita Umno divisional meeting today turned ugly following a chair-throwing incident and several branch delegates walking out of the meeting.
Before the incidents, the delegates had put up a protest when Kuala Selangor Wanita Umno permanent chairman Zaini Khalid refused to give them the opportunity to propose 10 branch delegates to attend the divisional meeting tomorrow.

The media were also prevented from entering the meeting hall to observe the election process.

The division had nominated Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to contest the post of Wanita Umno head and Datuk Kamilia Ibrahim as its vice-head in the party elections in March.... selanjutnya.

no2umno - Baik jantan, mahupun betina. Perangai sama je.

Khairy minta transkrip ucapan perwakilan Pemuda MCA

malaysiakini | Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah meminta transkrip penuh ucapan perwakilan Pemuda MCA yang mendesak supaya beliau ditahan di bawah ISA kerana didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman.

Ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini mengenai desakan perwakilan tersebut, Khairy berkata:

khairy jamaluddin"Saya telah membaca artikel itu dan telah meminta Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong untuk membuat transkrip penuh ucapan Pemuda MCA itu.

"Buat masa ini saya tidak mahu respons terhadap laporan Malaysiakini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Menanti Abdul Samad Ibrahim di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, dekat Kuala Pilah, hari ini.... selanjutnya.

no2umno - cehhh .. hebat lah menantu PM tu. Sebut benda betul pun dah tak boleh. Semuanya kena angguk. Budaya UMNO sampai bila pun tak berubah.

Perak considering stop work order on sand dredging work

Star | Perak will seek a stop work order against the Federal Government’s Marine Department if proven that its sand dredging work in Sungai Dinding is killing millions of fish and prawn livestock.

Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the state should be able to make a decision after studying reports from various agencies and Universiti Sains Malaysia on Monday.

It was reported on Oct 10 that fish breeders blamed sand dredging works, initiated by the department under the Transport Ministry to deepen Sungai Dinding, for killing RM1.5mil in livestock.

Many of the farmers claimed that their stocks began dying around July soon after the dredging works started.... selanjutnya.

Strategi tenggelamkan kehebatan Anwar?

Siasah | ...Anwar selain daripada mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan juga sebagai Menteri Kewangan bukan sahaja mempunyai fakta-fakta yang kukuh untuk mempertahankan hujahnya bahkan beliau mendapat maklumat yang jelas untuk mempertikaikan angka-angka yang dibentangkan untuk tujuan tersebut.

"Saya melihat perkara ini sebagai ketidak sediaaan kerajaan dalam proses demokrasi, ini dilihat tidak adil kerana ruang kami sangat terhad untuk bersuara, dan ini sepatutnya didengari," komen Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Katanya, pandangan yang diutarakan oleh Anwar amat bagus untuk pihak kerajaan , ia juga dapat membantu pihak kerajaan juga sekiranya mereka mengambil sikap terbuka.

Bagaimanapun Pengerusi kelab Penyokong Kerajan (BBC), Datuk Seri Tiong King Sing ketika ditanya kemungkinan tersebut menafikan ada usaha untuk memboikot Anwar sebaliknya menyifatkan hanya perkara biasa dan hujah yang diberikan oleh Anwar hanya lah sama seperti yang pernah di bahaskan. Beliau juga menafikan pihaknya takut untuk berhadapan dengan Anwar untuk berhujah dalam Dewan Rakyat. ... selanjutnya.

Court rejects bid for ISA remand

malaysianinsider | The Magistrate's Court here today rejected a police application to remand a woman activist whom they had arrested yesterday under the Internal Security Act (ISA).

The 26-year-old Suaram (Suara Rakyat Malaysia) member was picked up for allegedly spreading false information that could have sparked public disorder over the demolition of vacant houses in Kampung Baru Plentong Tengah.

She is expected to be released tonight released after her statements are recorded by the police, who had taken her in at about 10.30 pm yesterday under Section 28 of the ISA.

Her counsel, Norman Fernandez, when contacted, said he had objected to the application for the remand order on the grounds that she had co-operated with the police.

He said "we argued that she will also report to the police station as well as attend court proceedings should she be released on bail".... selanjutnya.

'Paid groups' the cause of disturbances at Umno meetings - Khairy

NST | ...Umno Youth vice-head Khairy Jamaluddin does not rule out the possibility that the disturbances that occurred at several Umno Youth divisional delegates meetings throughout the country had been ochestrated by groups who were paid to create tension to bring shame to the institution.
He said he had received several reports from the Youth divisions on the existence of groups who were paid by certain quarters to create disturbances at the delegates meetings.

“I will investigate the matter and ensure that such incidents do not recur,” he told reporters after attending a Hari Raya open house hosted by Seri Menanti State Assemblyman Abdul Samad Ibrahim at the Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, near here today.... selanjutnya.

Umno bukan pembuli - Dollah

malaysiakini | Berucap merasmikan perhimpunan agung k-55 MCA di ibunegara hari ini, Abdullah yang presiden Umno dan pengerusi BN berkata, tidak timbul soal Umno jadi pembuli dalam BN.

mca agm 181008 abdullah speech"Saya tidak reti buli orang, tak ada buli, sesama sahabat mana ada buli," tegas beliau dalam reaksinya terhadap ucapan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mengenai perkara itu sebelumnya.

Dalam ucapannya, Ong berkata, terdapat persoalan yang dibangkitkan mengenai konsep perkongsian kuasa dalam BN kerana Umno dilihat mendominasi parti-parti lain dalam BN

"Kalau betul berlaku pembulian oleh Umno, mestilah pemimpin lain dalam BN dan rakan-rakan komponen lain, akan bercakap mengenai perkara ini," tambahnya.

Antara tetamu yang hadir di majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta pemimpin parti-parti komponen BN yang lain.... selanjutnya.


no2umno - Tak guna cakap dengan UMNO ... bak kata orang, tiada siapa mengaku berak tengah jalan dan orang gila tak pernah mengaku gila.

Some want Abdullah to exit earlier

malaysianinsider | Some Umno leaders are agitating for an earlier exit date for Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, just a week after top leaders agreed that he should retire by the end of March. The views from the restive ground were reflected by comments from party vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He told reporters on Thursday that the four-month campaign period for the party election was too long and that many members felt likewise, in a none-too-subtle hint for Abdullah to step down earlier.

“I am saying this because there are many who share the same concern because there can be the issue of money politics and will drain resources like energy and funds.

“The campaign period is the longest in years and has never happened before. All this because we want to accommodate the so-called power transition plan,” he said.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi, who is contesting a vice-president’s post, yesterday agreed with Muhyiddin.

He said Umno should hold its election by December as originally scheduled but Abdullah could remain as Prime Minister until March.... selanjutnya.

Kickdefella minta di dakwa

Suarakeadilan | Blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, berharap agar beliau didakwa supaya dapat mendedahkan maklumat yang beliau ada di mahkamah.

Katanya beberapa orang saksi turut akan dipanggil ke mahkamah termasuk Perdana Menteri sewaktu beliau dibicarakan.

“Saya berharap saya akan didakwa dan saya akan mendedahkan maklumat yang saya ada di mahkamah. Jika dibicarakan, saya akan memanggil beberapa saksi termasuk Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Beliau berkata sedemikian hari ini di Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman selepas jaminan polis beliau disambung hingga hujung bulan depan.

Beliau yang tiba kira-kira jam 10 pagi tadi kemudian keluar selepas 30 minit di bahagian berkenaan, dan memaklumkan kepada media akan hadir semula pada 21 November depan.

"Hello MB ... No talk but walk" - Radenjowo

Berita pagi ni

Owners of vehicles used in illegal sand mining activities may be prevented from renewing their commercial vehicle licences in the future.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the state government was looking into the possibility of working together with the Federal Government on the matter.

He was commenting on three burst water pipes in Kampung Revolusi Hijau in Sepang on Thursday which were believed to have been caused by sand mining activities.

The incident disrupted supply to 75,000 households in Sepang, Kuala Langat and Hulu Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) had said in a statement that the damage was believed to be from sand mining activities.
This is the second case of water disruption suspected to be caused by dredgers and sand mining activities.... selanjutnya.

Ahhhh ... lega sikit bila dengar kenyataan MB, tapi jangan cakap aje. YB dan EXCO yang bertugas tu macamana?

Kalau cakap soal hukuman ...tindakannya bila? Dah 7 bulan Pakatan Rakyat memerintah, telur belum menetas !!!

Nak tunggu kerajaan pusat buat keputusan. Selagi itu perompak pasir boleh curi pasir?
MB and EXCO .... sorry !!!! No Excuses pls.

Satanic Versus hak peribadi Salman Rusdie

http://wiredblogs.typepad.com/sterling/rushdie.jpg

Atas komen dari teman ..... dengan nama glamournya, mangchik, maka di sini aku menggesa rakyat Iran dan masyarakat seluruh dunia untuk tidak lagi memaki, mengutuk dan membunuh Salman Rusdie.

Penulis ini yang pernah menghasilkan buku kontroversi peringkat antarabangsa berjodol "The Satanic Verses" menjadi buruan selepas Ayatollah Ali Khameni menjatuhkan hukuman bunuh dengan upah yang cukup lumayan. Lanjutan kisahnya di SINI.

Merujuk kepada kenyataan PENA ... Salman Rusdie juga mempunyai hak peribadi untuk menulis apa yang dia suka.

Baca berita Malaysiakini, Cerpen, Puisi hak kreatif penulis.

"Pena mempertahankan Dr Ibrahim dan Datuk Chamil atas dasar karya kreatif yang tidak menyatakan secara spesifik kepada apa dan siapa.

"Itu merupakan hak penulis untuk berkreatif," kata setiausahanya Syed Mohd Zakir Syed Othman. - malaysiakini
Salman berjaya menggunakan kreativitinya untuk menimbulkan kemarahan rakyat seluruh dunia. Wakakakaka ..... Pandai ...pandai.

Ini syair dari aku untuk PENA

Cakap hati hati ... nanti orang marah sampai mati.
Tulis berhemah ... nanti tak balik rumah.
Mandi dengan adik .... PENA nak bodek?
Malam tak mandi ... pendapat yang ada kepentingan peribadi
Pegi Bagan Datuk .... kepala ATUK !!!

Pencuri pasir Selangor



umnomore | ... Mengikut laporan di terima, berton ton pasir di keluarkan sehari tanpa sebarang masalah. Kerajaan negeri buat buat tak tahu, Pejabat Tanah dan Galian buat buat bodoh, Polis buat buat buta dan pejabat daerah, buat buat tak pandang. Semuanya berjalan lancar dan di dalam tempoh satu malam, beratus ratus ton pasir di keluarkan dari satu satu lokasi.

Untuk pengetahuan pelayar ... satu satu operasi pembenterasan yang dibuat secara mengejut, boleh menyebabkan syarikat pasir haram akan kerugian beratus ribu ringgit. Kos pekerja, jentera dan lori sudah cukup membuatkan mereka bingung.

Yang pasti, Pejabat Tanah dan Galian sudah mengenal pasti jalan keluar mana mana lombong dan sungai yang terdapat di Selangor. Baik jalan besar atau pun lorong tikus. Mereka cuma perlu sekat di satu persimpangan keluar dalam hanya tempoh 4 jam dan pengusaha pasir haram akan mula tepuk dahi.

Kerap yang berlaku, terdapatnya orang dalam yang sudah di bayar secara bulanan, untuk memberitahu pengusaha pasir haram tentang jadual operasi mereka. Disamping itu, tonto juga mengikut penguatkuasa kesana dan kemari untuk meninjau arah mana tujuan penguatkuasa dan sebelum mereka sampai ke lokasi operasi, lori lori sudah tiada... selanjutnya.

no2umno - Macam ni la ... kalau EXCO dan Menteri Besar tak boleh buat kerja, biar kita bantu. Kalau ada ilmu dan kelulusan tapi tapi tak boleh buat kerja, biar kita tolong.

Maklumlah ... tempoh mengeram telur, kebiasaannya 5 tahun. Selepas itu baru lah telur menetas. Kerana terlalu sibuk mengeram telur, YB YB ni ..... lupa tanggung jawab kepada rakyat. Orang susah perlu dibantu. Mentang mentang gaji dah besar .. elaun pun dah ada. Pergi mana mana minyak di isi dek kerajaan, jangan ingat dunia ni korang punya. Nak lepaskan tekak korang sendiri ke?


Kerana layan sangat tempoh mengeram telur diorang ni, nama Pakatan Rakyat yang bakal rosak. Dari itu .... baik kita bantu. Bila sampai waktu nanti .... kita tukarkan mereka mereka ini kepada potfolio setakat Pengerusi PIBG atau Ketua Kampung. Tak payah susah susah panjat SUK tu.

OK ... kepada pelayar no2umno... permudahkan cara. Kemana mana ada lori pasir yang bergerak di lebuhraya atau di celah celah kampung. Terutama lori pencuri pasir ... sila ambil gambar guna Kamera Handphone korang. Klik dan kemudian catat, waktu, lokasi.
... emailkan kepada
radenjowo@yahoo.com.

Kita nak tengok kerja atau tidak kerajaan negeri Selangor ni bila dah di tolong. Dah ngantuk di sorong bantal. Dah di soron bantal pun masih tidak mahu tidur. Korang pekak ke?

Selepas usaha itu nanti ... Apa lagi alasan lagi yang mampu di berikan oleh mereka. YB Yaakob, YB Shuhaimi, Tan Sri Khalid serta syarikat KSSB (yang menguruskan pasir) sila berbuat sesuatu sebelum PKR sendiri terjah korang untuk paksa buat kerja).

Kalau tak reti buat kerja .... angkat tangan. Itu lebih mudah. Jangan sampai kitorang terajang korang kebawah !!!

UMNO meeting pun guna FRU



UMNO ni kelakar tak habis habis. Macamana diorang boleh bangga jadi ahli UMNO? Aku langsung tak paham. Mungkin pada mereka, samseng tu hero. Tapi pada aku SAMSENG tu bodoh ibni bahalol.

Otak atas kepala ... yang di lutut kita panggil tempurung lutut.

Korang jangan salah pakai.

Kerajaan guna FRU untuk halang pembangkang buat perhimpunan. Tapi UMNO guna FRU untuk elak berbalah masa mesyuarat. Korang tengok depan dewan, muka FRU nak buat mende? Bileh meeting ke macam tu?

Berita di SINI

Korang nak bergaduh sesama sendiri ... Nak berbunuh ke, nak pecah kepala ke atau nak cabut kemaluan masing masing ke ... tu korang punya pasal.

Cuma Jangan kacau parti lain dan jangan menyusahkan orang lain. Nak bodoh ... biar bodoh sendiri sendiri.
Wakakakakak .... !!! Syabas UMNO.

Seorang lagi di tahan di bawah ISA !



Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.... selanjutnya di Malaysiakini.

Rujuk berita berkaitan
Another ISA arrest ..... this time in Johor
SUARAM JOHOR BAHRU SECRETARIAT DETAINED UNDER ISA
Tahanan ISA terbaru
Panas!!!!! Penyebar Maklumat Di Tangkap
Tangkapan Terbaru ISA! Aktivis SUARAM Johor

Posting terkini

Blog Archive