KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 18, 2008

Pencuri pasir Selangor



umnomore | ... Mengikut laporan di terima, berton ton pasir di keluarkan sehari tanpa sebarang masalah. Kerajaan negeri buat buat tak tahu, Pejabat Tanah dan Galian buat buat bodoh, Polis buat buat buta dan pejabat daerah, buat buat tak pandang. Semuanya berjalan lancar dan di dalam tempoh satu malam, beratus ratus ton pasir di keluarkan dari satu satu lokasi.

Untuk pengetahuan pelayar ... satu satu operasi pembenterasan yang dibuat secara mengejut, boleh menyebabkan syarikat pasir haram akan kerugian beratus ribu ringgit. Kos pekerja, jentera dan lori sudah cukup membuatkan mereka bingung.

Yang pasti, Pejabat Tanah dan Galian sudah mengenal pasti jalan keluar mana mana lombong dan sungai yang terdapat di Selangor. Baik jalan besar atau pun lorong tikus. Mereka cuma perlu sekat di satu persimpangan keluar dalam hanya tempoh 4 jam dan pengusaha pasir haram akan mula tepuk dahi.

Kerap yang berlaku, terdapatnya orang dalam yang sudah di bayar secara bulanan, untuk memberitahu pengusaha pasir haram tentang jadual operasi mereka. Disamping itu, tonto juga mengikut penguatkuasa kesana dan kemari untuk meninjau arah mana tujuan penguatkuasa dan sebelum mereka sampai ke lokasi operasi, lori lori sudah tiada... selanjutnya.

no2umno - Macam ni la ... kalau EXCO dan Menteri Besar tak boleh buat kerja, biar kita bantu. Kalau ada ilmu dan kelulusan tapi tapi tak boleh buat kerja, biar kita tolong.

Maklumlah ... tempoh mengeram telur, kebiasaannya 5 tahun. Selepas itu baru lah telur menetas. Kerana terlalu sibuk mengeram telur, YB YB ni ..... lupa tanggung jawab kepada rakyat. Orang susah perlu dibantu. Mentang mentang gaji dah besar .. elaun pun dah ada. Pergi mana mana minyak di isi dek kerajaan, jangan ingat dunia ni korang punya. Nak lepaskan tekak korang sendiri ke?


Kerana layan sangat tempoh mengeram telur diorang ni, nama Pakatan Rakyat yang bakal rosak. Dari itu .... baik kita bantu. Bila sampai waktu nanti .... kita tukarkan mereka mereka ini kepada potfolio setakat Pengerusi PIBG atau Ketua Kampung. Tak payah susah susah panjat SUK tu.

OK ... kepada pelayar no2umno... permudahkan cara. Kemana mana ada lori pasir yang bergerak di lebuhraya atau di celah celah kampung. Terutama lori pencuri pasir ... sila ambil gambar guna Kamera Handphone korang. Klik dan kemudian catat, waktu, lokasi.
... emailkan kepada
radenjowo@yahoo.com.

Kita nak tengok kerja atau tidak kerajaan negeri Selangor ni bila dah di tolong. Dah ngantuk di sorong bantal. Dah di soron bantal pun masih tidak mahu tidur. Korang pekak ke?

Selepas usaha itu nanti ... Apa lagi alasan lagi yang mampu di berikan oleh mereka. YB Yaakob, YB Shuhaimi, Tan Sri Khalid serta syarikat KSSB (yang menguruskan pasir) sila berbuat sesuatu sebelum PKR sendiri terjah korang untuk paksa buat kerja).

Kalau tak reti buat kerja .... angkat tangan. Itu lebih mudah. Jangan sampai kitorang terajang korang kebawah !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive