KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 7, 2008

Londeh seluar perkara biasa, tak perlu minta maaf - Joe Kidd



MStar | ...Mungkin itu kesimpulan yang dapat diambil dengan aksi tidak senonoh vokalis kumpulan underground, Carburetor Dung ketika membuat persembahan pada Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam.

"Dah lima tahun, kami menyanyi lagu Mari Menyanyi Menjilat dengan membuat aksi ini (melondeh seluar dan menonggeng punggung).

"Sudah jadi habit kami. Bukan niat kami untuk provokasi sesiapapun. Selama ini aksi itu sudah menjadi sebahagian dari act kami," kata Joe Kidd, ketua kumpulan dan pemain gitar Carburetor Dung ketika insiden vokalis Alak melondehkan seluar dan menonggeng punggungnya pada penonton di perhimpunan semalam.

Mari Menyanyi Menjilat merupakan antara lagu kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada 1991.... selanjutnya.

Pulau Pinang : Membujur Lalu Melintang Patah!

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/mppj-06july08151.jpg

anwaribrahimblog

Sambutan rakyat di Pulau Pinang begitu hebat dan sangat menggalakkan. Saya tegar mencabar dan mendesak para pemimpin UMNO yang angkuh menuduh saya kononnya pengadu domba kepada kerajaan Amerika Syarikat. Jangan hanya pandai mereka cerita tatkala minda rakyat lebih arif menentukan antara yang dongeng dan sandiwara.

Telah saya jelaskan pada ribuan pejuang yang hadir bahawa isu fitnah keatas saya tidak harus menyimpangkan matlamat asal dan maudhuk utama kita didalam Pakatan Rakyat, iaitu membentuk kerajaan. Sudah terang lagi bersuluh, isu bangkrup yang direka-sarya ini terpaksa dijolok-jolok media tunggangan Barisan Nasional untuk mengkaburi isu krisis harga minyak yang membelenggu tengkuk dan poket marhaen jelata. Jangan lupa, ramai yang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ayuh, bersama kita fokus, terus maju ke arah September. Jangan dibiarkan yang korup terus memerintah. Jangan lagi di biarkan petualang terus menabur racun dan menuba minda. Rakyat telah bangkit dan kini telah tiba masa untuk perubahan. Tulang empat kerat ini tidak akan sesekali berundur! Ayuh! Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM

Bala told all six months ago - Nephews

sun2surf | The nephews of missing private investigator P. Balasubramaniam claimed today that their uncle had revealed to them months earlier all the details he had stated in his first statutory declaration (SD) which alleged that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had links with murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.

Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public.

Kumaresan, an information technology (IT) professional said his uncle had expressed relief after he made his first statuatory declaration public on Thursday but what he did the next day by denying it had shocked the siblings.

Balasubramaniam who had made public his first SD on Thursday based on what political analyst Abdul Razak Baginda -- one of the accused in the Alatantuya murder case -- had told him, on Friday retracted his allegations via a second SD, claiming his first SD had been made under duress.

The brothers spoke to reporters at the Gombak district police headquarters with their lawyer R.Surendran yesterday after giving a statement to investigators over a police report he lodged on the disappearance of his uncle, aunt and three cousins on Saturday.

"He claimed he made the first SD under duress, but from the expression on his face on that day, it was clear that he was not, everyone could see that," said Kumaresan.... selanjutnya.

no2umno - Sorang lagi bakal hilang !!!

Himpunan Berita hari ini [7-July-2008/Isnin]

Kumaresan beri keterangan berhubung kehilangan Bala | UM
Penduduk miskin Perak terima 20 meter padu air percuma | BH
Dua kemungkinan kehilangan Bala | BH
Ezam ada pendedahan baru jatuhkan Pakatan Rakyat? | Mstar
Minyak: Anwar ulangi sedia berdebat, prosedur diatur | MStar
Joe Kidd: Londeh seluar perkara biasa, tak perlu minta maaf | MStar
'Protes' Alak londeh seluar secara 'live' jadi tontonan! | MStar
Wajibkan solat bagi semua pemimpin | Malaysiakini
Pants pulled down: Organisers to probe incident | Star
Missing Tawau MP turns up, declares she is still with BN | Nst
Protection for Saiful until probe completed | Nst
Abdullah labels attempts to create negative perceptions on country via SMS, Internet, as treachery | Nst
Rock singer’s show upsets crowd | Star
Warga asing hantar RM15.5b | BH
PM Australia tidak akan temui Anwar Ibrahim | UM
Mystery of the missing private eye: | Nst
State BN expects 'dirty campaign' | Nst
‘Explain 80% cut in federal allocation’ | Star
Samy Vellu slams former protege | Star
Rock singer’s show upsets crowd | Star
Man handcuffed, robbed by 'policemen' | Nst
'Malaysian drowned' after fleeing cops | Nst
Singer at rally attacked for exposing buttocks | Nst
ACA suspect's home splashed with paint | Nst
MB: I will go undercover | Nst
21,000 can't 'escape' | Nst
Military on Anwar's claims | NST
DUN Kelantan kecoh, wakil BN keluar dewan | BH
Jakim D-G: Swearing on Quran not necessary | malaysianinsider
Aussie PM rejects Anwar meeting in Malaysia | malaysianinsider
Politics running and ruining the country | malaysianinsider
Anwar sedia bersumpah tetapi bersyarat | um
Tiga teori Bala 'hilang' | kosmo
Tidak selamat di rumah sendiri - Bimbang bila rakyat asing kuasai perumahan kos rendah | kosmo
Komik gay makin dapat sambutan | kosmo
Bekalan beras ST15 masih tiada | kosmo
Pasukan khas pantau kampus UUM | kosmo
700 ahli Pas bantah Protes konsert | BH
Dua kemungkinan kehilangan Bala | BH
Artis rock cetus kecoh himpunan Protes | BH
Kerajaan pembangkang gagal tunai manifesto - Khairy | um
Warga ATM terus berpeluang beli barang murah | um
Asri cadang Nik Aziz orang tengah upacara sumpah | um
Royalti minyak dibayar Sept. | um
MIC tidak gentar ugutan Vigneswaran | um
Vigneswaran: Samy Vellu perlu berundur | um
Samy: Vigneswaran gagal bantu belia India | Mstar
Himpunan Aman PROTES – Rakyat Tidak Takut dan Berterus Terang | buletin
Bala Dipaksa Tarik Balik Akuan Berkanun !? | buletin
Himpunan Aman PROTES - PM dan Kabinet Buta dan Pekak??? | buletin
Dakwaan liwat: 18 disiasat, Saiful sedia bersumpah Anwar letak syarat | MStar

Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat

Mstar | Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.

"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.

"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi.

Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."... selanjutnya.

Sayfool cabar Anwar dalam Friendster

MStar | ...Dalam posting terbarunya dalam blog, 'A Step in My Pink Mary Janes', Janna berkata walaupun dia tidak dapat menunaikan segala hasrat menyambut hari lahir Saiful seperti yang dirancang setelah berhempas pulas membuat segala persiapan, dia tidak terkilan.

"Di mata saya, Saiful adalah hero. Pada mereka yang menghujani kami dengan sumpahan dan kata-kata hinaan, saya ucapkan Alhamdulillah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri pada Allah.

"Kami tidak ada kuasa untuk membuat orang berhenti bercakap perkara yang memedihkan tentang kami. Saya percaya pada Saiful dan saya tahu, kebenaran itu akan datang jua satu hari nanti," jelas Janna dalam blognya yang bertarikh semalam.

Di bawah posting terbaru yang bertajuk "Happy Birthday" itu juga, Janna turut membuat pautan dengan laman profile milik tunangnya itu menerusi laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari.

Di halaman pautan tersebut, tertera ayat yang menggambarkan seolah-olah Saiful mencabar Anwar iaitu: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!Aku tak takut mati. ALLAHHUAKBAR!"

... selanjutnya.

I WAS SCARED PEOPLE THOUGHT I WAS... RUNNING AWAY

eletricnewspaper | .... 'I told Syed Husin, 'Let me think about it. People may interpret it as running away or seeking political asylum',' said Mr Anwar.

He added that in the end, he had gone because he was worried about his safety and his wife's concerns.

WORRY ON FACE

'She (Azizah) is okay with the whole political situation. To deal with the malicious attacks, she is quite used to it. But .. my personal safety, I saw her (face), it was very real.'

So last Sunday (29 jun), just after early morning prayers, Mr Anwar went to the embassy.

'The ambassador was there waiting. I went in. I had breakfast and then I went to sleep,' he said.

But he admitted he didn't get much shut-eye - 'about half an hour, an hour'.

'Because they were all there coming back and forth - the legal team, the security, issues. Because I didn't know what it was all about, in detail, where, and things like that,' he said of the sodomy allegations.

Yet, Mr Anwar said he wasn't planning on staying too long at the embassy.

'The moment we've all the statements, making explicit about my personal security then I told the ambassador, I think I'd leave,' he said.

'I don't feel comfortable (staying in the embassy) because a lot of things you're not able to do... You have to be with your people, you have to plan, listen to them, you have to start meeting people.'... selanjutnya.

Protes ada banyak cara

malaysiakini | ..... Menurut satu sumber Protes, isu-isu lain yang dijangka berbangkit termasuk pemulauan Unit Amal PAS yang ditugaskan untuk mengawal kumpulan orang ramai dan lalu lintas.

Sementara itu setiausaha penaja PSM, yang juga ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini, mesyuarat penilaian itu akan membincangkan punca-punca perhimpunan di stadium Kelana Jaya "kurang daripada sasaran".

"Perhimpunan itu kurang daripada sasaran kita. Mungkin disebabkan pertukaran tempat dan gangguan daripada polis," katanya hari ini.

"Saya dapat banyak SMS yang kata mereka tidak gembira dengan tindakan Protes mengadakan perhimpunan di dalam stadium."

Bagaimanapun, menurut Arutchelvan, jumlah peserta yang hadir "agak besar".

"Kita merasakan boleh sampai sehingga 60,000 orang kerana hadirin yang datang bertukar-tukar. Bukan datang serentak."

Mengulas dakwaan bahawa perhimpunan itu hanya seperti karnival, setiausa agung PSM itu berkata, terdapat banyak cara memprotes.

"Banyak cara protes, bukan hanya satu cara saja. Semua berkait antara satu sama lain." ... selanjutnya.

Pria yang Ngaku Disodomi Anwar Minta Perlindungan Polisi

iklanprime | Pria muda yang menuduh tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim telah mensodomi dirinya, saat ini dalam perlindungan polisi. Pria bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan itu meminta perlindungan polisi karena telah menerima ancaman-ancaman.

Direktur Departemen Investigasi Kriminal Bakri Zinin mengatakan, pria berusia 23 tahun itu akan terus berada dalam perlindungan polisi sampai penyelidikan selesai.

“Dia memintanya (langkah-langkah pengamanan). Dia bilang dia diancam dan dia khawatir akan nyawanya,” kata Bakri seperti dikutip kantor berita AFP, Senin (7/7/2008).

“Dia memasukkan laporan kepolisian jadi sesuai konstitusi dia berhak meminta perlindungan. Dia butuh perlindungan sehingga kami harus memberikannya,” imbuh Bakri.

Saiful merupakan salah satu relawan untuk oposisi Anwar. Dia tak pernah terlihat di depan publik sejak 2 Juli, tak lama setelah mengadukan Anwar ke polisi atas tuduhan sodomi.

Tuduhan ini bisa mengancam proses kembalinya Anwar ke kancah politik. Anwar dipecat dari jabatannya sebagai wakil PM pada tahun 1998 dan dipenjara atas tuduhan sodomi dan korupsi.... selanjutnya.

no2umno - Gue ingin bilangin samak lo...tuduhan 'di liwat' itu memang cocok sama Sayfool kerna wajah ganteng ala cewek gitu, tapi kalau 'meliwat' itu pada Anwar, gue rase ade yang ngak kena. Bukti in dong !!!

Anwar has thrown the challenge, is Pak Lah's government man enough to take it?

malaysiansentinel | .... The rakyat have spoken, numbers aside, it still the voice of the rakyat and the government should take heed. Every small voice counts because it is with the will of the rakyat, governments are installed. Thus, it is to the rakyat the government must seek approval not the other way round.

It would not amaze me if the government of the day would play down all that happened during the weekend. Instead, BN would politicize the matter and make it out as a "them against us" fiasco. The very people who say, don't politicize things would be the ones to politicize things. And at the end of the day, the voice of the rakyat would be ignored.

The rakyat is saying (if the BN government has ears to hear) the fuel hike hurts us, the flip-flopping indecisiveness of the administration hurts us, the blatant abuse of power by the police and courts hurts us, corrupted leaders hurts us and smoke-screen scandals hurts us.

Pak Lah's government should take up the challenge for open debates with Anwar and let the people judge. The BN government should not hide behind press statements and skewed media coverage. Instead, take the fight into the open and let's see who is man enough to lead this country. The rakyat is looking for leaders who would lead, fight the fight and prove to us that our vote was meaningful.... selanjutnya.

Protes gagal atau BN cemburu?

.
imej dari fotowarung

Duit batang pisang

Imagemalaysiatoday | ... Kepala-kepala dan pemimpin lembaga daulah, dari badan kehakiman, kepolisian, persuratkhabaran, keilmuan, perniagaan yang jujur, ikhlas dan ingin menjaga kepentingan ramai telah di buang kerja, di air batukan, di gantung atau di takut-takutkan dengan pelbagai cara.

Untuk sesiapa sahaja yang sedia bertaat setia mereka akan dinobatkan dengan limpah kurnia yang lumayan dari Mahathir Mohamad. Nikmat dunia ini tidak ada sempadan untuk mereka. Harta kekayaan datang mencurah-curah sehinggakan mereka sendiri pun terperanjat.

Inilah hakikat realpolitik 22 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir Mohamad.

Hari ini apa yang berada di hadapan mata kita adalah bau haprak dan kelongsong politik yang telah ditinggalkan oleh Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi adalah pewaris yang kelihatan masih tidak dapat tanggal dari kelongsong ini.

Ada dua lembaga yang amat-amat penting dalam semua lembaga daulah – Badan Kehakiman dan Badan Kepolisian. Satu berkuasa untuk mentakrif, mencipta dan menilai undang-undang dan satu lagi untuk penguatkuasaan undang-undang. Dua badan ini begitu penting sekali untuk semua negara.

Adalah salah jika ada warga yang menganggap bahawa badan kehakiman dan kepolisian boleh bergerak bersendirian. Dua lembaga ini wajib bergerak seirama dalam satu tempo. Tetapi jangan lupa ada lagi satu lembaga yang maha penting yang akan menilai lembaga-lembaga ini. Lembaga ini adalah orang ramai. Orang ramai ini ialah kita rakyat biasa ahli warga negara ini. Orang ramailah akhirnya akan menjadi juru penilai akhir.

Hukum dan undang-undang ini semuanya didirikan untuk memastikan kepentingan hak individu terjamin, untuk memastikan kebaikan bersama didahulukan, untuk memastikan kepentingan ramai dijaga bukan kepentingan kroni yang didahulukan. Ertinya undang-udang di buat untuk kepentingan kita – rakyat.

Kita, orang ramai, wajib memiliki keyakinan terhadap lembaga-lembaga ini. Kita wajib yakin terhadap mahkamah dan hakim. Kita wajib yakin terhadap polis. Keyakinan terhadap lembaga- lembaga daulah tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh melalui ugutan. Tidak boleh melalui ISA. Tidak boleh melalui tangkapan. Polis memang boleh menangkap tetapi apakah tangkapan polis itu diyakini ramai. Hakim boleh menjatuhkan hokum tetapi apakah hukuman itu diyakini orang ramai.

Pada masa perang dunia ke dua dahulu, Tanah Melayu telah diduduki oleh Jepun dengan kekuatan senjata. Jepun juga telah meluluskan pelbagai macam undang-undang. Jepun juga ada mahkamah dan hakim. Jepun juga telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan Duit Jepun Pokok Pisang.... selanjutnya.

Bala yang hilang

matsamankati | ... Pak Nawi ambil kunyit dan tempurung. " Hoi!!! Ibu kunyit dengan anak kunyit pun tak reti ka? Yang kamu ambil tempurung betina nak buat apa?"

Selama aku sekolah, tak pernah cikgu ajar, yang mana tempurung betina atau jantan. Yang mana ibu kunyit, yang mana anak kunyit.

"Piah!... Pergi ambil kejap ibu kunyit dengan tempurung jantan!. Dah berjanggut pun tak kenal jantan betina." Jerit Pak Nawi kepada Mak Piah.

Dari belakang dapor, terdengar Mak Piah merungut. "Habis kunyit aku seperdu. "

Mak Piah dah tau adat-istiadat. Dia basuh ibu kunyit, belah empat. Bawa tempurung jantan dan bagi kat Pak Nawi. Mulut Pak Nawi kumat kamit. Apa yang dibacanya, wallahualam. Kunyit ditangan kiri, tempurung ditangan kanan. Dia baling kunyit yang dipotong empat keatas lantai dan cepat-cepat menutup kunyit tersebut dengan tempurung jantan. Semua kunyit tadi terserkup dibawah tempurung.

Hei!!! Yang tu aku tak heran. Tapi Pak Nawi buat dengan mata tertutup!

Bila dia buka tempurung, tiga daripada kunyit tersebut terlentang, satu tertungkup. Kemudian Pak Nawi tanya kat aku, bila Bala hilang. Aku jawab, hari Khamis malam Jumaat.

Pak Nawi membilang urat jarinya, macam orang sedang berwirid.

"Dia tak hilang. Cuma disorok. "

"Kat mana?"

"Dalam sebuah rumah, tepi air" kata Pak Nawi.

"Dimana?"

"Itu bukan kerja kamu."

Aku diam. Dah biasa dengan bomoh dan pawang. Cakap tak pernah habis. Tapi aku nak tau, macam mana depa boleh nampak benda-benda macam ni." Macam mana Pak Nawi boleh nampak, sedangkan mata Pak Nawi berbalut kain hospital?".... selanjutnya.

IGP, A-G will be excluded from decision-making in probe, says Nazri

sun2surf | THE Anti-Corruption Agency (ACA)'s probe into allegations against Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General (A-G) Tan Sri Abdul Gani Patail for abuse of power will be conducted with integrity although there may be conflicts of interest.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said the persons directly involved in the case will not participate in the decision-making process.

He said there are two aspects to the A-G, namely the A-G as an individual, and the A-G as an institution which comprises other officials such as the deputy A-G or the solicitor-general.

"The decision whether to prosecute or not will not be decided by the A-G as an individual but will be made by the A-G as an institution. And, because of conflict of interests, surely he (A-G) will not take part.

"So in this case, although conflict of interests may exist, it could still be implemented as there are other officials who can take part in the decision-making process," he said in reply to a supplementary question from Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) today.... selanjutnya.

Penduduk miskin Perak dapat 20 meter padu air percuma

bernama | Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini telah dikenal pasti untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari Isnin.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.... selanjutnya.

Membujur Lalu Melintang Patah!

anwaribrahimblog

Sambutan rakyat di Pulau Pinang begitu hebat dan sangat menggalakkan. Saya tegar mencabar dan mendesak para pemimpin UMNO yang angkuh menuduh saya kononnya pengadu domba kepada kerajaan Amerika Syarikat. Jangan hanya pandai mereka cerita tatkala minda rakyat lebih arif menentukan antara yang dongeng dan sandiwara.

Telah saya jelaskan pada ribuan pejuang yang hadir bahawa isu fitnah keatas saya tidak harus menyimpangkan matlamat asal dan maudhuk utama kita didalam Pakatan Rakyat, iaitu membentuk kerajaan. Sudah terang lagi bersuluh, isu bangkrup yang direka-sarya ini terpaksa dijolok-jolok media tunggangan Barisan Nasional untuk mengkaburi isu krisis harga minyak yang membelenggu tengkuk dan poket marhaen jelata. Jangan lupa, ramai yang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ayuh, bersama kita fokus, terus maju ke arah September. Jangan dibiarkan yang korup terus memerintah. Jangan lagi di biarkan petualang terus menabur racun dan menuba minda. Rakyat telah bangkit dan kini telah tiba masa untuk perubahan. Tulang empat kerat ini tidak akan sesekali berundur! Ayuh! Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM

Suruhanjaya siasat Najib, Gani, Anwar

malaysiakini | ... Dalam memorandum yang sama, ketuanya Salahuddin Ayub juga berkata dakwaan itu termasuklah tuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patik merasa terpanggil untuk meminta supaya satu suruhanjaya siasatan diraja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam aduan-aduan tersebut," katanya, yang menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai Istana Negara tengah hari tadi.

pas youth submit memo to agung 070708 meet with palace officerSalahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, memohon agar baginda menitahkan Najib, Musa dan Abdul Gani untuk bercuti daripada jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh suruhanjaya tersebut.


Berikut teks lengkap memorandum tersebut:

Seri Paduka Baginda Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.... selanjutnya.

MAS beri hutang Air Asia RM113 juta?

Suarakeadilan | Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kawasan Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendedahkan kepada dewan hari ini bahawa syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines System Berhad (MASB) ada memberikan hutang kepada syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia Berhad sebanyak RM113 juta.

Bercakap mengenai perkara itu dalam ucapan perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9, Choo Keong menyatakan rasa hairan apabila Menteri Pengangkutan hanya memberitahu jumlah pinjaman tersebut hanya sebanyak RM86 juta sahaja dan tidak sebagaimana maklumat yang ada pada beliau.

Choo Keong turut mempertikaikan kebekesanan pihak kerajaan khususnya kementerian kewangan yang tidak cekap untuk kembali menuntut semula hutang yang ditanggung GLC tersebut.

Menurut Choo Keong lagi, dari segi memberi kontrak LCCT fasa kedua pula kerajaan BN amat ‘cekap’ dengan menganugerahkan projek tersebut hanya 10 hari selepas pilihan raya umum lalu kepada syarikat ‘kroni’ yang dipercayai milik seorang menantu VVIP negara iaitu, Fajarbaru Building.

Tindakan provokasi, bukan pembangkang

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 26malaysiakini | Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.
"Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.

Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.... selanjutnya.

'Syed Hamid sering bohong'

malaysiakini | .... Abang peguam itu dan pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy berkata Uthayakumar juga enggan bertemu Syed Hamid, dalam lawatannya Sabtu lalu di kem Kamunting di Taiping, kerana menteri itu "menjangkakan tahanan-tahanan merayu nasib mereka, keadaan penjara mereka dan merayu agar dibebaskan awal."

Dalam kenyataannya hari ini, Waytha Moorthy menambah adiknya yakin dengan perjuangan adil Hindraf daripada "penjajahan berkekalan penjarah baru kerajaan Umno" yang telah menekan, menindas dan meminggirkan masyarakat India dalam tempoh 51 tahun."

Sabu lepas, Syed Hamid dilaporkan mengadakan perjumpaan selama kira-kira 15 minit dengan tiga daripada lima pemimpin Hindraf) yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lima pemimpin Hindraf yang ditahan di situ ialah R. Kengadharan, 41; M. Manoharan, 46; V. Ganabatirau, 34; P. Uthayakumar, 46, dan K. Vasantha Kumar, 34.... selanjutnya.

Still racist statements for BN reps

malaysiakini | .... Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman’s remark that non-Malays in the country are ‘immigrants ‘is uncalled for.

It is obvious that the Barisan Nasional government has not learnt from the mistakes it had allowed in the past.

Much of the political tsunami that we have seen in the last general elections can be attributed to comments made by certain politicians which hurt the feelings of the other races.

If this trend is allowed to continue, it will create further damage to the reputation of the Barisan government.

Only one of them has been forthcoming in confessing his mistake.

In a country where we talk so much about racial harmony, I find it amusing for Tajuddin and others in the past to be allowed to make comments like this and getting away with their statements made in public.

Najib Razak, as the BN whip, should have immediately reprimanded yet another BN member of parliament for making such racial sentiments.

He should have done this the moment it was mentioned in parliament, instead of allowing the public to express their discontent over the subject.... selanjutnya.

Raja Petra disiasat, sedia ke mahkamah



MStar | .... Pengendali blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah daripada mendedahkan sumber yang memberikannya maklumat mengenai penglibatan tiga individu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibuatnya dalam akuan bersumpahnya.

Raja Petra yang memberi keterangan kepada polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul petang tadi berkata keenggannya mendedahkan sumber yang memberikan maklumat itu kepadanya adalah kerana bimbang akan keselamatan sumber itu.

Beliau yang tiba di IPD Sentul, dengan diiringi oleh isterinya, Marina Abdullah dan peguam Amarjit Singh, pada pukul 5.10 petang keluar hampir dua setengah jam kemudian pada pukul 7.45 petang.

Raja Petra berkata, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada 20 Jun lepas yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu.

"Saya diarah memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah iaitu prosedur memberi keterangan ke atas sesuatu kes, selepas laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangannya di sini hari ini.... selanjutnya.

Media hadapi masalah matematik

MStar | ...Siri ucapan pembangkang mengkritik kerajaan menaikkan harga minyak, yang dikuatkuasakan awal bulan lalu, mewarnai Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), bermula pukul 10 pagi semalam. Perhimpunan telah berlarutan hingga 12 tengah malam.

Wartawan mStar Online, ARIFFUDIN ISHAK dan LEE YAN XIU yang berada di lokasi berkata, sehingga pukul 9 malam kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya, Selangor tempat perhimpunan itu diadakan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarganya tiba kira-kira pukul 9.30 malam. Dalam ucapannya Anwar menyentuh isu dakwaan meliwat dihadapi beliau dan menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian forum debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini.

Pihak polis pula menguatkuasakan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara dan ke Kelana Jaya, bermula sejak awal pagi semalam. Rondaan udara juga dilakukan oleh PDRM. Tiada sebarang tangkapan ataupun kejadian tidak diingini dilaporkan.

Penyelaras Protes, Dr. Hatta Ramli telah menjangkakan sejuta orang akan mengambil bahagian tetapi secara purata ia hanya dapat menarik kira-kira 20,000 orang sejak awal pagi semalam. Kira-kira 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan. Polis juga mula memperketatkan kawalan di sekitar stadium tersebut.... selanjutnya.
no2umno - Tak perlu lulus matematik untuk jadi wartawan. Hehe..... berapa ramai kah anggaran kedatangan pengunjung? Kenapa perlu ada purata sedangkan tujuan untuk adalah untuk mengumpul kedatangan. Seorang datang, di kira seorang, ramai yang datang, maka jumlah ramai itu dicampurkan dengan seorang tadi. Jumlah terkumpul adalah jumlah yang datang. Kekal atau pulang, sebentar atau lama, bukan satu isu.

Masalahnya ....perkara ini perlu di perjelaskan sebelum protes dibuat, agar media tidak manipulasi fakta sebenarnya untuk menjatuhkan kredibiliti perhimpunan. Korang pikir lah sendiri.

Bala Allah, Lebih Dasyat Dari Bala Subramaniam !!

 tranungkite | ... Adalah tidak munasabah dalam masa sehari beliau boleh mengeluarkan dunia kenyataan akuan sumpah yang berbeza-beza. Ini sesuatu yang amat memusykilkan kita sebenarnya. Mana mungkin dalam masa satu hari seseorang itu boleh membuat dua akuan sumpah. Ini menunjukkan bahawa, adanya campurtangan daripada pihak berkaitan. Apakah ada tangan-tangan ajaib yang memainkan peranan dalam kes ini. Apakah juga TPM Najib turut terlibat dalam memaksa Bala menarik balik akuan sumpahnya yang dibuat secara tergesa-gesa itu? Ini bukan sahaja menjatuhkan maruah beliau sendiri, malahan juga telah memalukan imej negara.

Bayangkan begita ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan sekiranya ada diantara mereka yang tidak membaca akhbar, tidak membaca blog dan mendapat maklumat dari media massa. Dimanakah TPM ingin meletakkan muka? Bukankah ini mencerminkan imej TPM dan negara tercalar di mata masyarakat dunia !. Bukan setakat itu sahaja, malahan "rodong-rodong" Najib juga akan menerima nasib yang sama tempias isu ini. Maka adalah amat merugikan bila, kes yang sungguh sensasi ini dipermain-mainkan seperti tiba

Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mungkin Bala telah ditekan oleh pihak-pihak tertentu dalam kes yang semakin sensasi ini?. Dan kini, satu laporan polis telah dibuat oleh oleh anak saudaranya tentang kehilangan beliau semalam. Mungkihkah Bala diancam dan ditekan ataupun beliau telah mendapat "habuan lumayan" daripada pihak-pihak tertentu. Kabaran yang diterima ada mengatakan yang beliau telah mendapat habuan USD500,000. (lebih kurang RM2.5 juta) Jika benar beliau menerima habuan sebanyak itu, memang "malang" lah nasib dan semakin besarlah "Bala" yang akan menimpa BALASUBRAMANIAM selepas ini. Ke manakah hilangnya Bala? Secara tiba-tiba sahaja rumahnya berkunci dan hilangnya tidak dipasti? Ada yang mengatakan beliau kini telah berangkat secara tergesa-gesa ke India. Mungkin untuk bertafakur agaknya, ataupun mungkin ingin mencari ketenangan setelah dipanaskan dengan isu "akuan sumpah"nya itu. [Laporan ini diterima daripada SB UMNO di Kelana Jaya]..... selanjutnya.

Anwar dares PM, DPM to debate on fuel prices

malaysianinsider | ...The crowd was way smaller than the predicted one million and the 50,000 capacity stadium was not filled to the brim but Datuk Seri Anwar Ibrahim last night challenged the government to debate about the pump price hikes.

Some 20,000 people defied police warnings to shun the anti-fuel price hike and pro-Anwar rally at the Stadium Kelana Jaya which began in the morning with political speeches interspersed with rock performances as a police helicopter hovered overhead.

"It is better if I debate with the Prime Minister. If he's not willing to debate with me alone, I'm happy to challenge him and the Deputy Prime Minister; them on one side together," said Anwar, whose arrival earlier caused pandemonium with supporters jumping until a makeshift stage broke apart.

He is scheduled to debate on the price hikes with Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek on July 15 and he promised that his allies would bring up the matter in Parliament today.

"Azizah, Kit Siang and other MPs will stand in Parliament tomorrow (today) to demand a reduction in fuel prices. They will convey the wishes of the people," Anwar thundered, referring to his wife Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, who is Parliamentary Opposition Leader, and DAP supremo Lim Kit Siang.... selanjutnya.

"Bersumpah...saya akan lakukan" - Anwar

harakah | Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan

ImageUcapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.... selanjutnya.

Jangan politikkan tentera untuk jamin kekuasaan parti pemerintah

harakah | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan perkhidmatan awam umumnya tidak boleh dipolitikkan untuk menjamin kekuasaan parti politik yang memerintah. Ini bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang mahukan perkhidmatan awam tidak memihak (neutral).

Ketika menegaskan perkara ini, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan itu amat berbahaya kepada rakyat kerana jika perkhidmatan awam sudah terbabit dengan politik, maka kebajikan dan hak-hak mereka akan dinafikan.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan Aziz meminta Yang di-Pertuan Agong agar perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan tentera dari terlibat di dalam kontroversi politik yang melanda negara sekarang, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tentera bersama polis mengawal ketenteraman awam.

"Memang cadangan membabitkan tentera untuk membantu polis itu dibuat atas nama ketenteraman awam. Tetapi hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya kerana semua orang tahu bahawa kemelut dan kebimbangan sekarang hanya dirasai oleh parti yang memerintah yang bimbang mereka akan kecundang dengan silat politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.

Aziz berkata institusi-institusi negara seperti Yang di-Pertuan Agong, badan kehakiman dan perkhidmatan awam perlu sedar bahawa mereka mesti mempastikan bahawa proses demokrasi dan politik berjalan dengan lancar.

"Mereka mesti berkecuali dan membiarkan orang politik bertarung di dalam gelangggang," ujar beliau.

... selanjutnya.

BN Mesti Bersedia Untuk Turun!

anwaribrahimblog

Tarikh 6 Julai 2008, Stadium Kelana Jaya menjadi saksi kepada ribuan rakyat yang berkumpul untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan BN. Lautan warna merah kelihatan membanjiri stadium. Warna merah warna rasmi bagi Protes dan Geramm ternyata berkesan dalam menyumbang saham kepada suasana ‘geramm’ terhadap sikap kerajaan yang seperti tidak peduli dengan kesusahan yang dialami rakyat.

Kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ke perhimpunan ini merupakan satu isyarat kepada BN bahawa detik dan masa mereka di Putrajaya sudah hampir tamat.

Rakyat mahukan perubahan yang sebenar. Mereka muak dengan program perubahan kosmetik yang dikepalai PM Abdullah dan TPM Najib Razak. Ketidakcekapan mereka di dalam mengurus ekonomi negara terbukti apabila gagal untuk memastikan harga minyak berada di paras harga yang tidak membebankan rakyat.

Pada masa yang sama ahli keluarga dan kroni-kroni mereka semakin rakus merompak khazanah kekayaan negara. Melihat rakyat semakin hari semakin tidak yakin dengan pimpinan BN, pemuka politik UMNO telah bertindak di luar batas kemanusiaan sehinggakan sanggup menggunakan taktik politik fitnah serta pembunuhan karakter.

Politik yang tidak memperdulikan negara dan nasib rakyat seperti inilah sebenarnya politik kotor!

ANWAR IBRAHIM

Certain parties could be holding him

NST | ....While not explaining "interested parties", Federal Criminal Investigation Department director Datuk Bakri Zinin said Balasubramaniam could also be in hiding as he was afraid of police action.

Bakri, however, in stressing that they need to speak to him, assured him of his safety.

"If he is afraid that we will arrest him if he turns up, then he can come with his lawyer.

"We need his help to investigate both his statutory declarations (SDs)."
Balasubramaniam, a former Special Branch detective, is being sought after he filed two contradictory SDs within four days.

On Thursday, in the company of Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and lawyer Americk Singh Sidhu, he linked Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.

Fewer than 24 hours later, however, he filed another SD retracting the earlier document.

Then, accompanied by a new lawyer, M. Arulampalam, he distributed copies of the second SD at a news conference at a hotel here.... selanjutnya.
no2umno - Sifir mudah. Kenyataan bersumpah pertama memihak kepada Anwar, kedua pula memihak kepada Najib. Selepas itu Balasubramaniam hilang .... Tiada kenyataan sumpah ke tiga . Siapa yang culik?

Mari sambung ayat

Cukup menarik ulasan dari teman utaraonline...

 Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.
Utaraonline | ....
Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar -- Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.

Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.

Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?

Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.

Kedua:
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?
... selanjutnya.

Najib ke Pameran Berlian?

http://theultimatediamond.com/Diamond%20Diamonds%20Man%20Face%20Solitaire%20.jpgDah lama jugak aku cuba relax kan minda .. tapi masih terfikir bagaimana ada pihak yang cuba menutup kejahatan TPM. Kalau sudah sampai letup meletup ... ugut mengugut tu perkara biasa. Maka tak hairan lah kalau Balasubramaniam, berubah wajah, pucat biru bila buat kenyataan akuan sumpah ke 2. Cuma apa yang aku nak korang perhatikan pada satu kenyataan bersumpah Penyiasat Persendirian, Balasubaramaniam itu, pada kenyataan sumpahnya yang pertama dulu ... "Diamond is not ONLY girl's best friend"

Dalam akuannya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.
Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa penganalisis politik itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.
Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuk penyiasat itu terus bertugas dengannya. - nmjnh
Jika menurut kenyataan, Pihak Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan ... Samada betul atau tidak ianya terserah kepada pihak polis. Nak siasat, mereka siasat. Kalau tak nak, siapa boleh marah? Antara terpaksa siasat dan ikhlas siasat pun ada bezanya. Sejak bila pulak polis tunduk pada kehendak rakyat?

Maka merujuk kepada keratan di atas, kalau benar benar mereka mahu siasat.. sudah pasti ada pihak yang ditugas kan untuk memastikan samada terdapat pada tarikh Oktober 2006, kehadiran Najib Razak di pameran berlian di Singapura. Begitu juga dengan kemungkinan Altantuya Hadir sama. Kalau nak siasat, pergi aje ke pejabat imigresen Singapura, minta kerjasama.

Tapi ...sekali lagi aku nak kata, tak semua siasatan itu betul betul dilakukan kerana siapalah Najib dan siapalah polis? Melainkan Abdullah Badawi sendiri arah polis untuk serius buat siasatan dan bukannya duduk berlonggok di meja untuk mereka - reka lapuran.

Satu benda lagi yang mengelirukan aku, akan apa kaitannya Najib dengan pameran Berlian?

TUMPAS DEK PERANGKAP ANWAR?

kedahku | ....Akhbar tersebut menyiarkan komen blogger Ahiruddin Atan (Rocky’s Bru), Marina Mahathir, presiden Transparency International Ramon Navaratnam, presiden MTUC Syed Sahir Syed Mohamud dan lain-lain yang melahirkan rasa resah dengan suasana politik negara.

Lebih meresahkan mereka ialah isu kesusahan rakyat bukan lagi menjadi topik utama tatapan akhbar .

“Saya bosan. Banyak perkara yang lebih penting dalam hidup yang perlu diambil kira seperti bagaimana seseorang mencari sesuap nasi untuk keluarganya.” Itulah antara catatan Marina dalam blognya “rantingsbymm”.

Ahiruddin menulis:“ Saya akan berhenti mem”blog” isu Anwar dan Altantuya kerana banyak isu lain yang perlu dibicarakan.”
Malah ketua pengarang The Star, Wong Chun Wai, menggunakan ayat ‘Fed up with political drama” (bosan dengan drama politik) sebagai tajuk kepada ruangan beliau “On the Beat” hari ini.

Kenapa tiba-tiba akhbar The Star merubah pendiriannya dalam isu Anwar Ibrahim? Kenapa tiba-tiba isu Anwar membosankan?

Rabu lalu The Star memuatkan tujuh mukasurat, bukan satu, untuk isu Anwar semata-mata. Hari ini ketua pengarangnya “bosan dengan drama politik”.

Untuk berlaku adil kepada Wong, alasan beliau kelihatan munasabah. Wong menulis (terjemahan):

“Isu sebenar telah dipinggirkan, malah tidak lagi dihiraukan, oleh mereka yang rakus merampas kuasa dan mereka yang bertungkus lumus untuk kekal berkuasa. Pelabur tidak lagi melihat Malaysia sebuah negara yang stabil politiknya.

“Persepsi dunia ialah Kerajaan kita akan tumbang bila-bila masa sehingga tarikh keramat Sept 16, tarikh di mana Anwar berjanji beliau akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Suasana politik yang ketidaktentuan ini tidak membantu menarik pelabur ke Malaysia.... selanjutnya.

FATWA dari QARDHAWI tentang kes Anwar

mujahidhizbullah |.....Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat syarak tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh MAHAFIRAUN terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah menjawab persoalan ini.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?

Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengacam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Surah al-Ahzab 33:58)

Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka minjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah.

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.... selanjutnya.

No Mogok, No Strike

kadirjasin | SEDIKIT penjelasan. Blog ini tidak mogok.

We’re open for business as usual.

Ya, kita menyampah, mual dan loya dengan permainan politik para pembesar dan masalah yang mereka bebankan ke atas bahu rakyat jelata.

Yes, we’re fed-up with their infantile behaviour and antics, their mudslinging and washing filthy linen in public. But we’re not striking. That’s not our way of protesting.

You think Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Anwar Ibrahim and a host of other VIPs care if we strike?

I think they’re happy if we go on strike. Better still if we close our blogs for good.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang mengantuk disorongkan bantal.

Bukan semua pembesar Umno bersikap terbuka macam Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chek yang mahu berbaik-baik dengan para pemblog.

Saki baki pembesar Umno dan pemerintah yang benci kepada blog masih ramai.

They cannot accept the reality that the online media are here to stay and people are no longer listening only to the mainstream media.

Blogger Jailani Harun (Just Read) noted that Minister in the PMD, Mohd Zahid Hamidi, had made a statement in Jakarta urging Malaysians who are staying abroad not to read blogs about Malaysia.

Zahid, a throwback of Anwar Ibrahim’s Umno era, had told his audience that contents of Malaysian blogs are “mere lies” and urged them to read the official news portal “for real political news.”

I am pleased to note that there are overseas Malaysians who read this humble blog of ours and participate regularly in our debate.

I think they will continue to read blogs and independent news portals alongside official news portals to compare news so to speak.

Take the reports on the anti-oil price hike in Kelana Jaya last night.

Bernama said: “PETALING JAYA, July 7 (Bernama) -- The plan by the Coalition Against the Fuel Price Hike (Protes) to gather one million people to pressure the government to reduce the oil price, fell well short of the target when only about 10,000 people turned up at the Petaling Jaya City Council Stadium, near here, Sunday night.”

But Malaysikini reported: “Coalition Against Inflation (Protes) estimated 30,000 people were in the stadium to hear Anwar (Ibrahim), turning the football field into a sea of red T-shirts.”

So, in short, the people will continue to read blogs and independent news portals no matter how hard the likes of Zahid try to spook and discourage them.

And for that reason, we in this blog are not going on strike or throw in the towel, God willing.

no2umno - setuju ... gua pun tak mogok, tapi gua blogger yang banyak cuti dari kerja. So ... apa masalahnya?

Protes minyak: Muntah yang menghijau

aRadenjowo
Perkara ini memang sudah dijangka ....

Radio ERA pada jam 7.00 pagi ini memberikan berita berita yang kurang menarik dan tidak benar. Apa yang aku dapat dengar tentang liputan adalah merujuk kepada berita BERNAMA, beberapa keratan di ambil untuk di dengar oleh pendengar pendengar berita tersebut, antaranya -

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) untuk mengumpul satu juta rakyat bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak gagal apabila hanya 10,000 orang yang berhimpun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya - bernama
Amboiiii ... gelinya aku dengar. Walaupun aku agak kurang setuju dengan pengisian perhimpunan ini, tapi tak lah sampai komen sebegitu. Yang benar tetap benar dan tipu tetap tipu. Apa yang jelas adalah pengunjung datang dan pergi. Jumlah keseluruhan mungkin atau tidak tercapai bergantung kepada jumlah sebenar kehadiran. Bukan lah jumlah maksima pada satu satu masa kerana tempoh perhimpunan yang panjang. Wak di beritahu, sebenarnya Stadium sudah mula di kunjungi orang ramai sejak Malam Sabtu lagi ... seterusnya pada pagi Ahad sehinggalah pada malam tadi. Bermakna, 2 malam dan satu hari. Yang menarik pula, pengunjung dari Sabah dan Sarawak turut hadir pada waktu malam ucapan DS Anwar Ibrahim.

Sudah dijangka, kesempatan atau perubahan bentuk protes pasti bakal di putarbelit oleh media arus perdana. Dan ini lah buktinya ......

Sebelum korang berikan komen, baca dulu berita BERNAMA yang kekadang lebih loya dari perasaan ketika makan mengkarong mentah mentah atau perasaan ketika makan lipas yang berlendir perutnya ..... RUJUK SINI

Insiden seperti ini perlu diambil iktibar oleh penganjur sebarang perhimpunan untuk mendesak kerajaan. Kita tak mahu di cabar, tapi kalau ada yang berani .... apa salahnya.....bulan depan pun kita boleh turun ke jalan. Dr. Hatta, sebut lokasi dan masa, kami turut desak kerajaan tanpa lengah lengah. T Shirt dah ada, air mineral sebotol, tinggal lagi .... aku nak tahu pengisian perhimpunan bantahan.

Kalau setakat nyanyi-nyanyi dan jual barang. ARghhhhhhhh .... gua ngantuk nak tidur. Namakan sahaja TEMA hari tersebut sebagai 'Hari Reformasi reunion" atau 'Mari berhimpun sambil pakai baju merah', atau 'Hari Gotong Royong bersih Kelana Jaya' atau pun 'Hari Jejak Kasih'.

Lagi satu gua nak cerita tentang berita yang dibaca oleh ERA .... "DS Anwar enggan mengangkat sumpah HANYA KERANA dinasihat oleh MUFTI". Betul tak betul berita ini, gua tak kira. APa yang hendak perjelaskan, perkataan "HANYA KERANA" tu dah cukup membuatkan gua benci ngan berita ERA. Takkan bodoh membaca tanpa fikir. Islam ... konon. Kalau tak mahu dengar nasihat MUFTI, nak dengar nasihat siapa. Kalau MUFTI bercanggah pendapat, tak perlu nak baca pun berita 'low quality' cam ni.

HARI SABTU KUNING-HARI AHAD MERAH

email:

SAYA MENCADANGKAN SUPAYA KEMPEN PROTES DAN BERSIH DITERUSKAN,SEBAB PILIHANRAYA BELUM BERSIH DAN HARGA MINYAK BELUM TURUN.SLOGAN 'PROTES SAMPAI TURUN'.
HARI SABTU PAKAI BAJU KUNING SEPERTI DAHULU,HARI AHAD PAKAI PULA BAJU MERAH.TAK PERLU YANG ADA TULISAN BERSIH/PROTES.SEKADAR WARNA SAHAJA.KALAU YANG ADA DAN NAK PAKAI LAGI BAGUS.

SAYA MERASAKAN ORANGRAMAI/RAKYAT MALAYSIA AKAN MENYAMBUT SARANAN INI. HAL INI TIDAK MEMBEBANKAN MEREKA.HANYA PAKAI BAJU.
HARAP DAPAT PERHATIAN DARI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

SABTU-KUNING
AHAD MERAH

http://tawanpekan.blogspot.com/

JGN LUPA...MISI TAWAN PEKAN

Anwar challenges PM and DPM to debate on fuel prices

Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged the Prime Minister and Deputy Prime Minister to a live debate on July 15 to discuss how to tackle the oil crisis and reduce petrol and diesel prices

Koleksi gambar Protes minyak

... selanjutnya di perisikrakyat

Graft cost country RM10 billion a year

sun2surf | Corruption, if left to fester, can cause the country to lose RM10 billion a year in domestic growth.

Pemudah, the government's special task force to facilitate business, gave this cost of corruption statistic in pushing its case for the Anti-Corruption Agency to be given a quick fix and a much-needed shot in the arm to give investors confidence to do business here.

Statistics made available to theSun show the ACA's performance is dismal -- it has only investigated 10.1% or just 7,223 cases out of the total of 71,558 reported between 2000 and 2006.
Pemudah co-chairman Tan Sri Yong Poh Kon told theSun in a recent interview that the statistics and dismal results could pose bigger problems for the country in years to come. “Something must be done fast as the actual situation is a serious cause for concern,” he said.

“The ACA must be given more resources to work with, including an increase in budget by the Government. It is about time to seriously consider recruiting foreign officers to work with the ACA on a contractual basis to solve more cases.”

Yong said World Bank statistics show that corruption can reduce the country’s growth rate by between two and four per cent and this translates to a loss of up to RM10 billion a year.
He said although the ACA is trying to better itself, the figures speak for themselves and paint a gloomy picture of things to come.... selanjutnya.

Family day atmosphere at fuel hike protest

sun2surf | The so-called "One-Million People Protest" against the fuel price hike held at the Kelana Jaya stadium got off to a slow start yesterday morning but picked up pace in the evening.

The crowd swelled to more than 20,000 by the time Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim took over the mike slightly after 10.

Anwar challenged the prime minister and deputy prime minister to the debate over fuel price hike on July 15.

He said many have doubted him if he really has the formula to lower the fuel price.

"Now I will tell the formula straight to them (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Abdul Razak).

"I am even willing to face the cabinet for the debate (initiated by Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek)," he told the rally.

Anwar also said now that he has decided to attend the debate, he hoped the TV station would not try to stop the debate from going on air.

On the development of his sodomy case, Anwar said he is willing to swear in the name of God.

He said he was not allowed to do so 10 years ago when the previous sodomy case against him was heard.... selanjutnya.

Pernah bersumpah, tapi tetap disepak terajang - Anwar

Saya Tidak Bersumpah Atas Nasihat Ulama, Kata Anwar
bernama | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.

"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.

Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.

"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.

Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.

Sementara itu, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.

"Lebih baik debat dengan PM dan TPM, separuh kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul (cara nak turunkan harga minyak)," katanya.

Beliau mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya membuktikan tuduhan bahawa beliau menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung amaran daripada Jabatan Negara negara berkenaan yang menolak segala tuduhan dan siasatan ke atasnya yang bermotifkan politik.

"Sekiranya ada bukti saya hubungi atau ada surat kepada mereka, saya sanggup didakwa... buktikan dan jika tidak saya akan saman," katanya.

Perhimpunan sehari suntuk yang bertemakan "Protes Sejuta Rakyat" itu diadakan pembangkang bagi meraih simpati rakyat untuk bersama-sama membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan lepas.

Debat ANWAR vs SHABERY ....'ON'



agendol | Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Katanya pada Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.Ahmad Shabrey sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen.... selanjutnya.

no2umno - nak tengok loghat mat salleh Shabery ... "you know" .... "you know"....

Extremist organisations @ Sunday’s rally?



Sloone | Wei. Bernama acts as if its reporters does not suffer the fuel hike at all. Macam mana ni?

And at 3.21am (Malaysian time), Bernama state news (central region) reports that the Sunday rally on fuel hike had a very poor turn out. Go on spinning, yeah!

It also reported that Opposition leaders failed to influence the people at large to protest against the government.

And so on, and on, the yarn spins…(Bernama).

Earlier, I said: Hello, Bernama!

It’s nice to know you have covered Sunday’s fuel hike rally at Kelana Jaya. But there are a few confusing statements in your report. Would you care to clarify?

We’d like to know who are those “extremist organisations” who attended the fuel hike rally in Kelana Jaya yesterday?

I wonder why you singled out the Hindu Rights Action Group (HINDRAF).... selanjutnya.

Rockers rile crowd at rally

malaysianinsider | The "one-million-people-protest" against rising oil prices held at the Kelana Jaya Stadium here quickly degenerated into chaos as a distressed audience "protested" against the rock performance of a live band.

The live band which took to the stage at about 6.40pm to provide entertainment as prelude to the main event of the night was quickly and loudly booed by the growing audience who disagreed with their taste in music.

"Oi! Cukuplah!" cried one distressed youth in the stands across the stage.

But the band played on, causing those closest to the stage to rise up in a huff. Those with families made their way to the side exits. But others, enraged, started throwing mineral water bottles at the band and were in the midst of leaping on stage when several security personnel entered the scene to escort the "musicians" out.

Despite calls for calm and patience from Dr Hatta Ramli, the organising chairman, several members of the audience managed to rain blows on the performers.

It was not immediately clear why the audience was unhappy with the band. However, the story emerged that the band had been performing a number titled "Liwat" which contained rather unsavoury lyrics. The last straw was when the lead singer, turned around and pulled down his pants to expose his underwear.

Finally, one of the organisers of the event went on stage to publicly apologise.

"I am sorry," he said repeatedly, before adding tearfully that he did not understand why the crowd was behaving so uncivilly against his "anak buah" who were part of the entertainment and had come to show support for the protest.... selanjutnya.

Penyanyi kurang ajar hampir di belasah


Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.

Persembahan itu adalah program selingan sebelum ucapan membantah kenaikan harga minyak oleh para pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusmeloya

Anwar sedia bersumpah

anwar ibrahim protes fuel price hike rally mppj stadium 070708malaysiakini | ..... "Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya," katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan," katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

'Selamatkan M'sia'

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama Sivaji The Boss, kita main drama Sivaji The Boss.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan...," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.... selanjutnya.

no2umno - Gua mau dengar kata "YA" dari Saiful, Najib dan Rosmah. Kalau diorang tak mahu .... kita tau siapa yang takut kerana salah.

Himpunan Berita hari ini [6-July-2008/Ahad]

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak | Harakah
Koleksi Gambar: Ribuan turun membanjiri Stadium Kelana Jaya | harakah
Guan Eng asks PM to explain why Penang projects put on hold | Nst
21,000 to be recalled for national service | malaysianinsider
Islam itu sudah lengkap, tidak perlu Hadhari! | MStar
ce seek Interpol help to find missing PI | Malaysianinsider
Can Pak Lah step up to the plate? | malaysianinsider
Bala has no credibility, says Najib | Star.
Crowds swelling at Kelana Jaya stadium | Star
Polis masih siasat dakwaan liwat terhadap Saiful: Bakri Zinin | BH
Najib: The truth will prevail | Nst
10,000 at price hike rally at Kelana jaya Stadium | Nst
Kerajaan Pulau Pinang ditegur terlalu tumpu isu tangguh projek mega | BH
Kehilangan Balasubramaniam mungkin kerana takut | UM
Mufti cadang Nik Aziz jadi orang tengah Mubahalah | UM
18 dipanggil beri keterangan kes liwat | UM
Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini, 10 pagi | harakah
Jangan salah tafsir penglibatan ATM - Musa | UM
Najib tak gentar fitnah dunia politik | BH
Najib Menafikan Hubungan Dengan Altantuya Tapi Mengaku Bertemu Saful !!?? | buletin
Himpunan Aman PROTES - Rakyat Terengganu Diminta Turun Beramai-ramai | buletin
10 individu disiasat | BH
2 calon ahli majlis MPAJ, MBSA undur | BH
Usah sertai tunjuk perasaan | BH
Selangor tidak hormat Sultan | UM
Demonstrasi tidak selesai masalah tapi rumitkan keadaan, kata Mustapa | BH
Kesal al-Quran, Yassin dikembalikan |kosmo
Groups: Stop the bickering | Star
Fed-up blogger Rocky takes 48-hour break | Star
Too much politicking, say Malaysians | Star
Berlian dedah rahsia bumi |kosmo
Naga Chini belum mati | kosmo
ACA to query Musa, Gani over Anwar's allegations |Nst
Anwar: I did not ask for US support |Nst
200 rakyat Malaysia dilarang lawat UK setiap bulan | UM
Mari bersemuka - Shabery | UM

Posting terkini

Blog Archive